Showing posts with label KERJAYA. Show all posts
Showing posts with label KERJAYA. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

leganya...............






   


Termenung lama di atas katil, lama juga di bilik air…..tiba-tiba dikejutkan …” tie abang dah nak p kerja”….napa abang p awal sangat…dah pkul 7 lebih dah ni….ye ke…jawab aku seperti berada dlm dunia lain, rasa seperti hilang sesuatu, kepala rasa ringan sangat, hati rasa amat lapang, dah lama tidak rasa lapang begini ………..ya allah akhirnya sampai tarikh ini 22/11/2012………….alhamdulillah.

Buat teman-teman jawatankuasa persiapan tempat dan hiasan kakom 2012, terimakasih atas komitmen semua. Maaf cuti semester teman –teman  menjadi medan kerja yang tidak berpenghujung. Terimakasih atas semua jawapan ok bagi setiap permintaan, terimakasih pada setiap senyuman ketika  kita mengharungi kepayahan, terimakasih pada setiap sokongan di waktu diri  ini hampir longlai,  terimakasih kerana idea-idea yang memudahkan, terimakasih pada penataan landscape yang indah dan menarik walaupun terdapat banyak kekangan dan perubahan serta dugaan, terimakasih kerana  keringat yang mengalir, terimakasih kerana hadir diwaktu yang amat diperlukan……. bekerja bersama teman teman merupakan antara saat dan detik yang indah bila dikenang semula....

Buat Yan,ard,rafi,liza,ros,yanti,syitah,jama,din dan lis. Tahniah buat semua, akhirnya kita Berjaya merialisasikan perancangan kita walaupun terdapat perubahan mencabar disaat genting.  Sekali lagi tahniah dan maaf jika ada tutur bicara dan gerak laku yang membuat teman-teman terasa  hati…………..

Dunia ini bulat,  hari ini teman-teman mengatakan ya pada permintaan orang lain, hari esok diwaktu teman-teman ada permintaan, insyaallah akan ada pertolongan yang datang. Semoaga Allah melihat keihlasan kita.   Amin………………….

Monday, November 21, 2011

Malu

Dalam kepasrahan mendoakan anakku along menghadapi SPM dan jerih mengukir semula masa depan adam.....entah mengapa, detik ini selalu terbayang ...mungkin kerana mereka juga sebahagian dari hidupku...pelajarku...

Hari ahad, selepas bercuti 2 minggu, ramai yang datang melahirkan rasa rindu dan perbagai cerita dikongsi bersama...tak kering gusi aku ketawa...pelajar datang silih berganti tak putus-putus ...ada juga yang datang membaca buku untuk semester baru..sebelum beli, aku sarankan mereka baca dulu buku di kubikku...beli buku yang bahasa dan penyampaiannya mudah difahami.......bahagia rasanya bersama anak-anak pelajar ini...hilang rasa rindu.

dah lama ku lihat kelibat pelajarku yang sorang ni melintas kubik ku ...tapi pelajar ini tidak terus ke kubikku... tertunggu juga kenapa beliau tidak muncul.... selepas semua pelajar beredar, pelajar tersebut datang.....assalamualaikum puan.....apa khabar puan, saya nak bagi ni pada puan...lantas menghulurkan pada ku bungkusan cokelat...terimakasih jawabku...aku pun mula bertanya... saya nampak XX lama dah lalu kat sini tapi tak mai kat saya, kenapa????  tadi ramai sangat pelajar lain..saya tunggu kat situ...malu.....ramai sangat...

 tertariknya  pada budi bahasanya dan tingkahlakunya...pandai ibubapa nya mendidik...( pelajar yang aku maksudkan dalam post  ini adalah sama dengan pelajar XX yang diceritakan dalam "post puan marah ke")

Friday, October 7, 2011

Puan marah ke?????..........

PSPM menjelang lagi.............seperti  semua pensyarah yang lain....setiap kelas selalunya  ada pelajar yang bermasalah dalam pelajaran...........

seperti biasa aku mengambil masa pelajar-pelajar ini free...ku aturkan pertemuan untuk menguatkan lagi kefahaman tentang subjekku Mikroekonomi..........

Terdapat beberapa orang pelajar dikelasku yang sangat lemah...hampir 25% dari pada keseluruhan pelajar...mereka semua agak lambat nak faham sesuatu teori atau rajah..........tapi ada seorang pelajar yang amat mencuri perhatianku........pelajar ini pada mulanya seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap........kali pertama ku panggil, kami berbincang tentang markah kuiznya yang rendah......dia seolah-olah hairan kenapa dia mendapat markah paling rendah sedangkan dia ingat dia buat betul............aku cuba betulkan kefahamannya sehingga dia sedar yang jawapannya tidak menepati kehendak soalan.........

5/10/1011...........entah ke berapa sekian kalinya perjumpaan kami.... aku panggil dia dan ku ajar tentang untung dan tutup firma di kubikku ...aku katakan padanya Jumlah hasil - jumlah kos dapat untung......dan jika firma mengalami kerugian dia akan berhenti operasinya jika jumlah hasilnya tidak dapat menampung semua kos berubahnya..............aku ajar dia buat keluk dan tandakan kawasan untung dan sebagainya..........hampir 2 jam kami buat latihan mengenai masalah untung dan tutup firma...........pukul 5 petang mereka bergerak pergi kerana ada perjumpaan.........aku pesan supaya dia balek baca dan cuba buat teori yang sama untuk pasaran yang lain.............aku lihat dia dah semakin faham.........

pukul 2.00 keesokkan harinya........dia datang lagi dengan rajah semalam tak berusik.......disebabkan dia tidak melukis untuk pasaran yang lain......aku menyuruh dia siapkan apa yang tidak disiapkan........aku tanya dia ........"xxx tak baca ekonomi semalamkan"...tergaman juga dia lantas menjawab "saya buat akaun semalam"..........aku tak marah, tapi sedih juga sebab pelajar ni tak bersungguh2 tapi mungkin dia kena study subjek lain juga....aku cuba memahami keadaan pelajar tersebut.........aku pun menerangkan semula secara ringkas apa yang ku terangkan semalam.......

Dan kefahamannya tentang formula teruji lagi..........jumlah hasil -jumlah kos berubah dapat untung.........aku melihat mukanya dan mengeleng kepala..........Jumlah kos -jumlah kos berubah dapat untung..........dia cuba menjawab lagi.....aku lihat dia teragak-agak menjawab.......aku pun menerangkan semula apa yang aku terangkan padanya sebentar tadi........kadang-kadang suara sedikit meninggi, mungkin letih ulang benda yang sama.......ku lihat kawan-kawannya yang juga lemah  tersenyum.....dia mungkin malu sebab tak faham-faham.......aku tahu dia dah berusaha tapi mungkin allah mengujinya dengan cara ini............Puan marah kat saya ke sebab saya tak faham lagi...tak saya tak marah, setiap orang ada kelemahannya dan kelebihannya.....semakin banyak saya mengajar mungkin semakin banyak pahala yang saya dapat..Insyaallah...jangan risaulah kita belajar sampai faham.....saya tak marah sikit pun.........aku cuba memberi semangat padanya........semasa nak balek aku menasihatinya supaya belajar sungguh-sungguh, baca yasin, sembahyang hajat minta allah permudahkan semuga dibuka hijab yang menutup ketidak fahamannya.........

kadang-kadang letih bercakap benda yang sama.........tapi itulah tugasku........kalau semua pandai mungkin kerjaya ini tidak menarik dan hubungan aku dengan mereka tidak seakrab sekarang..........

Sunday, May 15, 2011

Ku ingin kau selalu ada..............


Sejak pensyarah di KMK dikejutkan dengan kenaikan 52 dan ada teman-temanku yang berpindah...otakku seperti terawang-awang............entah kemana.........rasa kosong, hambar......hari-hari yang dilalui terasa payah............sedih dan gembira bercampur aduk.....tapi  hatiku berdetik....siapalah kita untuk membuat sebuah ketentuan pasti ada hikmah  disebalik semua aturanNya.

Kak ida dapat Perlis itulah SMS yang ku dapat di petang Ahad ....Tahniah yatie dapat KMK...itu pula SMS  dari Chow dan Idris.........
Teringat kata-kata Pok yeh...kalau saya tak kena pi Penang, mungkin Yati yang kena...yati perempuan lagi susah...tak apalah saya susah sekarang.... ni pelaburan juga untuk masa depan...tenang dia berkata seperti watak selalunya....Aku amat tersentuh dengan ayat Pok Yeh...ikhlasnya ...terimakasih Pok Yeh.....

Selain itu aku juga kehilangan teman seunit Fae dan Pudin....bila melihat bilik Fae yang kosong dan kubik pudin tak berpenghuni....rasa ada sesuatu yang hilang..........sayu dan sunyi....bila berpisah kita selalu terbayangkan kebaikan.....

Kak ida, walaupun pendapatku selalu menyuruhnya berfikiran positif dan kuat menghadapi semua ini tapi sebenarnya perpisahan ini sangat berat bagiku…………….kita  selalu berempat, pelbagai peranan kita mainkan dari pensyarah menjadi tukang kebun sehingga ke model pencen………….................
Buah langsat kuning mencelah, hanya kita berempat yang faham maksud tersirat.....ingat lagi, anak dara berbaju kotak-kotak ni tak buat kerjake????????? depa dua mai dah!!!!!!!
kalau jalan bertiga, orang pasti tanya mana sorang lagi...................kini …………………………Pasti sunyi, pasti rindu, setiap pagi pasti tercari-cari di mana kak ida untuk makan bersama dan mendengar ceritanya…………dan  orang takkan tanya  ....mana sorang lagi????????????????

Thursday, April 21, 2011

Menumpang Kasih

Hidup menjadi lebih bermakna dengan kehadiran pelajar-pelajar yang ku anggap anak sendiri....selain dari mengajar ekonomi dan sering belajar bersama, kita juga sering bercerita tentang kehidupan dan pelbagai ragam hidup...kadang-kadang rasanya aku lebih mengerti mereka...tindak tanduk mereka boleh difahami...bagai anak sendiri... ada tikanya mereka ketawa, merengek manja, bergurau, ada kalanya diam patuh mendengar nasihat sang guru, adakalanaya menangis sendu melepaskan terbuku dihati....adakalanya tunduk mengaku bersalah.... pukul lapan hingga empat kita bersama...tapi selalu sehingga jam 5 atau 6 petang...saya nak balik beli ikan dah ni...itulah ayat bila aku nak minta diri dari mereka....lima hari seminggu selama setahun....bagai sebahagian dari hidupku...kalau mereka tak datang menjenguk dikubik, pasti peti masej penuh kata-kata.....

kelmarin mereka berduyun-duyun pulang bersama ibu dan ayah sendiri....aku hanya menjadi pemerhati dengan airmata yang terpaksa ditahankan...........memoriku simpan lagi....kekadang terbayang wajah mereka...telatah mereka yang kadang buat aku senyum sendiri....terimakasih kerana hadir walau seketika........

hanya ini yang ada dalam simpanan....sayang puan yati bukan sekadar pada nama-nama di gambar dalam simpanan..............

Tuesday, March 1, 2011

kopi + gula.....tapi lebih manis dari pahit...........

segala-galanya telah selesai....namun segala-galanya masih segar di ingatan................

"kak ida otak yati tak boleh berhenti berfikir"......rungut aku pada kak ida pada suatu malam...entah kenapa di kepala ini asyik tergambar susunan pokok dan batu...." tak apa tie...jangan fikir sorang-sorang esok kita bincang dan buat bersama"...........bagai penawar menyimbah hatiku....

hari ni kita tak sempat nak menaip...tak pa malam ni kita taip....aduh sejuk seketika hatiku bila kata-kata itu diucapkan oleh mek ros...

kak yati hari 23 tu kita semua tak payah masuk kelas, kita buat sama-sama pentas pelancaran budaya kelestasian tu....cadangan nora mengurai masalah yang berbalam di kotak fikiran...

"kak yati plak tu saya dah bincang dengan pembuatnya dan besok dia janji nak mai , kita bincang sama-sama"...kerjasama rafi meringankan banyak beban...........

"lepas saya habis kelas nanti saya pi tengok kat astaka"....lega bila yuppa sanggup sama-sama turun padang memberi idea dan pendapat..........

"kak yati, kak yati beritahu  dengan bos minta pelepasan untuk saya pasang banting...kalau dia lepaskan saya akan mula besok"...janji ad yang menambah keyakinanku bahawa team kami akan berjaya laksanakan tugas yang diamanahkan...........

"semua banting  telah kami turunkan dan simpan di stor"....lapor non selepas 2 hari majlis berlangsung.......tergamam seketika...baru nak suruh turunkan...semua dah selesai...........tak terkata apa-apa.....
man sentiasa senyum....menandakan semuanya ok.........


Tak terucap dengan kata, tak terungkap dengan tulisan, semoga allah membalasnya............
Semua AJK adalah ketua projek yang besar ini kerana beban dipikul bersama-sama.....aku hanya pengantara yang membawa idea teman- teman kepada pihak pengurusan..........

Saturday, February 5, 2011

Maafkan saya.............

because i'm too.....

                                                                         busy &...........
                                                                 
  Seminggu dua ini aku agak sebok...sebelum tu mesyuarat kat KL............masa aku bersama pelajar kat kelas aja.........lepastu aku sebok dengan urusan kerja yang lain yang ditugaskan padaku............

Rindu pada pelajar-pelajarku...rindu nak menunggu mereka kat kubik....rindu nak panggil mereka, rindu nak dengar masalah mereka, rindu nak bercerita dengan mereka, rindu nak bergurau dengan mereka..................

Talipon ku asyik berdering, peti messageku penuh...puan kat mana, nak jumpa puan boleh?,saya dah datang berkali-kali puan tak ada.................kami rindu puan,  puan saya demam....macam-macam  lagi...pelajar-pelajarku pasti perlukan aku...pasti ada sesuatu nak dikongsi bersama selain dari nak belajar ekonomi....

Bagaimana nak kuganti masa-masa yang berlalu  ini..............

Wednesday, December 8, 2010

Impian.........

Semalam keputusan Pspm diumumkan…..

Selepas habis kelas aku terus pergi ambik result pelajar-pelajarku  kat penolong pengarah peperiksaan…aku salin satu persatu…ada yang dijangkakan  ada juga yang membuatkan aku terkejut…………walaubagaimanapun aku bersyukur kebanyakkan pelajarku mendapat keputusan sebagaimana yang dijangkakan…berbaloi usaha selama ini….memang kalau boleh semua  pelajar nak bagi dapat  A.. Tapi kemampuan pelajar tak sama….kebanyakkan pelajar yang sepatutnya mendapat A memang mendapat A,  ada juga yang tergelincir, mungkin Allah nak mengujinya dan aku sebagai pensyarahnya..…….dan yang lemah  setelah diberi penekanan dan mahu berusaha nampak hasilnya,  ada yang dapat B,B+, A-…..malah C+ juga aku bersyukur…dan ada 2/3 orang  boleh menggapai  A, …………….aku tahu usaha mereka…bagaimana susahnya mereka nak faham konsep ekonomi tu…..syukur alhamdulillah….semoga  Allah terus membuka hati mereka supaya senang faham apa yang diajar……..

Setelah pelajar mendapat result mereka… ada yang datang berjumpa memberitahu result mereka….. mengucapkan terimkasih, meminta maaf bagi yang tak dapat A. Dan bagi yang tak sempat berjumpa….menghantar sms sehingga penuh peti massege ku ……sebenarnya sebagai pensyarah aku hanya mencetuskan idea mereka yang melakukannya…….

Diantara massage yang di terima………
 Assalamualaikum……
Cikgu terimakasih banyak2 atas tunjuk ajar cikgu selama ney………terimakasih banyak………..
 Salam terima ksih puan coz tunjuk ajr puan slme ni…saya dapat A…terimakasih bnyak2.
Salam…maaf pn sayaX dapat tunaikan janji sy nak dapat 4 flat N A, utk ekonomi. Tp sy akan usaha buat yang trbaik nak tebus kegagalan sy. timakasih kerana susah pyh layan kerenah  masa sem 1……

Setelah  seminggu keputusan pspm diumumkan,  seorang pelajar yang seringku panggil tidak datang,tidak sms,malah bertembung dijalan pun tidak pernah….hairan…hati kecil mula berkata… tak kan dia dah lupakan aku, sedih juga hatini…….sedangkan last sem boleh dikatakan tiap-tiap hari kami buat ulang kaji bersama…..kami melukis keluk, mengira dan berbincang bersama….

Suatu petang ada seorang pelajar datang……. Dia menceritakan pelajar tersebut malu untuk berjumpa aku…..dia berazam  belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat 4.0 masa UPS nanti  dan diwaktu itu baru, ia akan datang berjumpa aku………Tak sedar air mata menitis……dalam hatiku doakan semoga impiannya tercapai.... semoga Allah mempermudahkan usahanya.....amin.

Malamnya aku sms pelajar tersebut...."datanglah jumpa saya, kita dah usaha, mungkin Allah nak uji kita...saya tak marah atau kecik hatipun...nak buat macam mana dah tak ada rezeki.........datang lah"

Pelajar tersebut membalas...." saya malu nak jumpa puan....usaha puan melebihi usaha saya....saya tak usaha sungguh-sungguh...maafkan saya kecewakan puan...." 

Dari feedback, yang aku terima dari teman-teman pensyarah, nampak macam pelajar tersebut macam dah betul-betul  berubah..........Alhamdulillah...............

Tadi, setelah hampir sebulan keputusan PSPM diumumkan....ada seorang pelajar perempuan datang...kupanggilnya G sahaja..........berlenang airmatanya....."maafkan saya" aku faham beliau pelajar harapan untuk memdapat A tapi resultnya C+....aku simpati padanya....aku memberi semangat dan harapan .....semoga usahanya disemester ini dipermudahkan...............

Mereka ibarat anak-anaku....aku gembira melihat mereka gembira, kedukaan mereka juga membuatkan hatiku terusik.............Azam dan semangat mereka untuk berjaya membuatkan aku merasai nasihatku dan kehadiranku dihargai....biarlah jatuh dahulu kemundian bangun dan terus berlari....syabas pelajar-pelajarku...PN Yatie sayang anda semua..........



Wednesday, October 27, 2010

PSPM datang lagi...............


Minggu ulangkaji…. 2 hari aku menunggu di banquet…semua pelajar yang lemah diwajibkan datang…yang masih tidur dibilik pasti ada panggilan hangit dariku….”bangun mandi datang jumpa saya…saya tunggu…” mereka bagai anak-anakku sendiri………..yang dah faham boleh baca sendiri…………..aku menunggu pelajar yang tidak faham, menerang, melukis keluk dan mengira bersama-sama………..
Minggu peperiksaan…2 hari sebelum paper ekoAE015, sehari aku di DKB1 dan sehari di kubik….beberapa orang pelajar datang…..yang lain mungkin perlu masa utk study sendiri……..aku menerang, melukis keluk dan mengira bersama-sama lagi………aku mengajar mereka bagai mereka anakku sendiri……..petangnya kepalaku pening dan badanku panas….terlalu letih dan mugkin risau tentang kemampuan beberapa orang pelajar……..
Pagi sebelum PSPM, aku sms good luck dan kata-kata semangat buat pelajar-pelajar yang no. phone mereka ada dengan ku…..Di waktu ini terbayang wajah-wajah mereka, teringin nak membantu lagi .. Kimi, Mimi,Tasha, Fendi, Adam, Afina, Afiqah, Mimi, Atirah, Intan, farhan, Ada, Yana, Azi.……antara pelajar-pelajar yang sering ku panggil ke kubik……..student lain selalu kata mereka anak emas….”tak adalah, aku sayang semua pelajar-pelajarku”…..Cuma kaedah  mengajar setiap pelajar caranya berbeza….ikut kemampuan masing-masing……………
Semasa pelajar-pelajarku menghadapi PSPM, tak putus-putus aku mendoakan utk mereka…semua pelajar-pelajarku punya peluang  masing-masing……aku tahu semua pelajar mempunyai ibu-bapa  yang sentiasa mengharapkan kejayaan mereka….sebagai seorang ibu, aku  akan gembira jika dapat bahagiakan hati ibu yang lain …….
Selepas PSPM tak ada seorangpun pelajarku yang datang…..……risau, hampa, sedih…..kenapa mereka tak datang…tak boleh buatke??????….teringin nak mendengar dari mulut mereka sendiri…..boleh buat atau tidak?????…….atau mereka sebok nak balek….ayah-ibu masing-masing dah menunggu…………..atau semasa mereka datang aku tak ada kat kubik….atau dan atau….harapanku semua pelajarku dapat menjawab dengan baik………………….
Malamnya hatiku lega  bila terima sms dari seorang pelajar………………
Salam… cikgu ni fasha. Saya nak ucap byk2 trima kasih sbb cikgu byk sgt tolong sy….drp saya tak tau apa2. Alhamdulillah brkat doa cikgu sy dpt jwb soalan td tapi tak tau la betul ke X…. saya rase bersyukur sangat dapat cikgu… kadang-kadang sy,wana,su,nik dgn mimi rase kita orang minat eko sbb cikgu…….. insyaAllah nasihat cikgu sy pegang…………….terima kasih byk2. Jasa cikgu memang saya tak dapat balas sampai bila…………..