Anakku adam memulakan persekolahan dengan lagak yang berbeza daripada 2orang kakaknya.......semasa darjah satu masih belum tahu membaca sehingga dia diasingkan dikelas yang berbeza dengan pelajar lain yang dah mahir membaca............menyedari keadaan ni aku pun bertindak pantas jadi guru mengajar dia membaca secara paksaan dengan hanger di tangan sebab malasnya tahap dewa...........dengan air mata yang meleleh di pipi akhirnya selama hanya seminggu dia sudah mahir membaca buku cerita. hatiku yakin anakku pandai dan pintar cuma malas dan tak tahu nak fokus...........kalau tidak macam mana dia boleh baca buku dengan belajar membaca hanya seminggu.......
kalau kakaknya naik ke kelas 4MP atau MM dengan mudah tapi anakku adam masuk kekelas 4 kenanga .. tapi yang anehnya semasa darjah 4 kakak tak pernah dapat maths 70 lebih.........along yang pandai maths pun belum dapat momentum dalam darjah 4 begitu juga angah.........tapi masalahnya adam tidak faham bahasa inggeris.....selalu silap faham untuk subjek sains dan maths apatah lagi subjek bahasa inggeris...........karangan bahasa melayunya pun buat aku sakit perut membacanya...........ayatnya amat melucukan tapi nampak ceritanya ikhlas...........untuk math dia menghafal perkataan tertentu sebagai panduan untuk menjawab soalan macam kalau ada total dia tambah, each bahagi, ......ini amat merisaukan............tapi jauh disudut hati aku masih mengatakan anakku masih ada masa untuk berjaya...........
Akhir darjah 4, semasa perjumpaan dengan guru kelasnya......aku semakin yakin dengan prestasi anakku adam.......darjah 5 adam dapat naik kelas 5MP...syukur ku panjatkan pada illahi......masa dajah lima, adam selalu kena berdiri dan marah dengan cikgu sebab buku hilang dan tak buat kerja sekolah...masih teringat lagi semasa di darjah lima ". adam ni buku bahasa inggeris adam....... dah tak guna ke..kataku sewaktu aku terjumpa buku latihan bahasa inggerisnya di dalam longgokan buku-bukunya...."la buku ni yang adam duk cari selama ni..., berapa kali dah teacher marah adam pasal tak bawa buku ni.....".katanya bersahaja..............kelas 5 MP kerja sekolahnya banyak berbanding kelas kenanga dulu ...mungkin adam belum biasa.....tulisan yang amat buruk menyebabkan sukar bagi cikgu membaca..........tapi aku terkejut melihat peningkatannya, adam sudah faham bila membaca soalan maths dan sains dalam bahasa inggeris...prestasinya dalam subjek maths meningkat dengan mendadak cuma masalah tulisan yang buruk sehingga dia sendiri tersilap antara 0 dan 6 nampak macam sama jadi jawapannya silap.......prestasi keseluruhan adam sekadar 65%-70% sahaja...masih di gred B...........hati masih mengatakan ada masih ada masa untuk adam berjaya............
darjah 6, permulaan seperti biasa semua B kecuali BI..subjek paling lemah BI...tiada jalan lain terpaksa hantar tution tambahan BI dekat madem Lee........madem mengakui tahap BI adam pada ketika tu memang C.....subjek math aku paksa dia buat latihan di buku yang ku beli.......seminggu habis satu buku.......sains kami membaca bersama-sama dan buat latihan.........kadang-kadang aku yang aku yang baca bersungguh sehingga boleh ingat fakta-faktanya tapi dia relax aje ........suatu hari sewaktu kami mengulangkaji bersama..........aku tanya dia pasal suatu topik.......jawabnya "ala mama ingat adam ni bodoh sangat ke.".......dia pun menerangkan dengan panjang lebar.......sejuk hatiku.....kesyukuran yang teramatku panjatkan....BM aku suruh dia menonton tutor TV, setiap khamis 5.00-6.00 petang.....kami menonton bersama-sama...tapi setiap hari khamis mukanya pasti masam mencuka sebab kena tengok tutur TV, kadang-kadang dia buat-buat tidur atau kalau aku tak awasi canelnya bertukar pada rangcangan lain. ..walaupun begitu ada juga perubahan selepas menonton rancangan tu.............alhamdulililah...selepas pertengahan tahun di darjah 6 baru ada A dalam keputusan ujiannya..2A, 3B, A maths dan pemahaman..........aku begitu gembira dengan result tu......kejayaan adam semakin merangkak getus hatiku...........Percubaan adam masih result yang sama tapi B nya dah semakin menghampiri 80............Walaupun orang lain telah mengapai 4 atau 5A dalam percubaan tapi aku masih mengatakan adam mempunyai masa untuk memperbaiki prestasinya.........hati ibuku masih mengharapkan Adam akan dapat menggapai 5A dalam UPSR nanti. Kusimpan satu ruang didinding untuk ku isikan gambar adam menerima hadiah sempena beliau mendapat 5A nanti.....................gambar kedua kakaknya dah tergantung disitu...........adam belum pernah naik pentas menerima hadiah kecemerlangan dalam pelajaran.......untuk acara sukan ade la.........ku harapkan ini yang pertama dan permulaan untuk kejayaan anakku yang seterusnya..........Amin
11/9/2011.........aku tidak lagi mengatakan masih ada masa tapi masanya telah sampai...........aku bangun awal pagi aku mengadu pada Allah..........ya Allah berikanlah ilmumu pada anakku....hanya engkau yang berkuasa dan hanya engkaulah pemilik ilmu itu.........aku redha untuk anakku,aku ampunkan semua dosanya dan ampunkan dosa-dosaku yaAllah...perkenankan doaku.....semoga anak kesayanganku berjaya didunia dan akhirat. Amin
15/11/2011............hari ini keputusan upsr adam diumumkan.....aku terlewat sedikit kerana membaca yasin dan sembahyang hajat untuk along yang akan ada paper spm pada hari itu....sesampai di sekolah ku lihat ramai pelajar menangis, ada yang menangis atas kerusi, bawah tangga,ditepi jalan, tidak ada tepukan dan kemeriahan macam selalu, tiadak ada wartawan mengambil gambar...kakiku terus melangkah laju,mata tercari cari anak kesayanganku, kulihat airmukanya keruh....ya allah aku hampir rebah...2A 3B...rupa rupanya hanya tiga orang sahaja pelajar kelas adam yang mendapat 5A,tidak seperti selalu hanya 3 orang sahaja yang tidak mendapat 5A..kukuatkan hati,tabah ,redha ...aku telah menjalankan tugasku sebagai ibu dan aku mengharapkan penangguhan kejayaan ini akan memberikan kejayaan yang lebih besar buat anak kesayanganku adam...

























































