Wednesday, October 27, 2010

PSPM datang lagi...............


Minggu ulangkaji…. 2 hari aku menunggu di banquet…semua pelajar yang lemah diwajibkan datang…yang masih tidur dibilik pasti ada panggilan hangit dariku….”bangun mandi datang jumpa saya…saya tunggu…” mereka bagai anak-anakku sendiri………..yang dah faham boleh baca sendiri…………..aku menunggu pelajar yang tidak faham, menerang, melukis keluk dan mengira bersama-sama………..
Minggu peperiksaan…2 hari sebelum paper ekoAE015, sehari aku di DKB1 dan sehari di kubik….beberapa orang pelajar datang…..yang lain mungkin perlu masa utk study sendiri……..aku menerang, melukis keluk dan mengira bersama-sama lagi………aku mengajar mereka bagai mereka anakku sendiri……..petangnya kepalaku pening dan badanku panas….terlalu letih dan mugkin risau tentang kemampuan beberapa orang pelajar……..
Pagi sebelum PSPM, aku sms good luck dan kata-kata semangat buat pelajar-pelajar yang no. phone mereka ada dengan ku…..Di waktu ini terbayang wajah-wajah mereka, teringin nak membantu lagi .. Kimi, Mimi,Tasha, Fendi, Adam, Afina, Afiqah, Mimi, Atirah, Intan, farhan, Ada, Yana, Azi.……antara pelajar-pelajar yang sering ku panggil ke kubik……..student lain selalu kata mereka anak emas….”tak adalah, aku sayang semua pelajar-pelajarku”…..Cuma kaedah  mengajar setiap pelajar caranya berbeza….ikut kemampuan masing-masing……………
Semasa pelajar-pelajarku menghadapi PSPM, tak putus-putus aku mendoakan utk mereka…semua pelajar-pelajarku punya peluang  masing-masing……aku tahu semua pelajar mempunyai ibu-bapa  yang sentiasa mengharapkan kejayaan mereka….sebagai seorang ibu, aku  akan gembira jika dapat bahagiakan hati ibu yang lain …….
Selepas PSPM tak ada seorangpun pelajarku yang datang…..……risau, hampa, sedih…..kenapa mereka tak datang…tak boleh buatke??????….teringin nak mendengar dari mulut mereka sendiri…..boleh buat atau tidak?????…….atau mereka sebok nak balek….ayah-ibu masing-masing dah menunggu…………..atau semasa mereka datang aku tak ada kat kubik….atau dan atau….harapanku semua pelajarku dapat menjawab dengan baik………………….
Malamnya hatiku lega  bila terima sms dari seorang pelajar………………
Salam… cikgu ni fasha. Saya nak ucap byk2 trima kasih sbb cikgu byk sgt tolong sy….drp saya tak tau apa2. Alhamdulillah brkat doa cikgu sy dpt jwb soalan td tapi tak tau la betul ke X…. saya rase bersyukur sangat dapat cikgu… kadang-kadang sy,wana,su,nik dgn mimi rase kita orang minat eko sbb cikgu…….. insyaAllah nasihat cikgu sy pegang…………….terima kasih byk2. Jasa cikgu memang saya tak dapat balas sampai bila…………..

Friday, October 22, 2010

Warna Hidupku

 
DIWAKTU TIADA SESIAPA....SENTIASA ADA....







PERMATAKU.....

 


IMPIANKU....


JIWAKU
Anak-anakku dah besar rupanya..................rasa baru semalam mereka dilahirkan....

Masih terasa bahagianya bila Iffah dilahirkan....yang dinanti dah tiba...setiap hari adalah harijadinya...pertamakali membawa Iffah ke kelinik....bangga bila jururawat memanggil nama anak kami Iffah Irdina...nama yang kami pilih setelah beberapa buku dibaca...semasa bayi pernah tak tidur 24 jam...asyik main  saja..

Angah yang petah bercakap...bila dah mula berjalan...pantang pintu pagar dibuka...hilang kerumah jiran...siap makan nasi lagi...semua orang mesti memanggilnya KAK NGAH...kalau tidak siap engkau....paling garang semasa kecil..

Adam... sejak kecil semua pakaiannya mesti  1 atau 2 saiz lebih besar dari usiaya. Sejak usia dalam pantang tidak pernah minum susu botol kecil...susu seminggu sekilo...nampak sopan didepan orang yang tidak rapat dengannya, tapi kalau tak ada tetamu...semua dipanjatnya....bangga bila jatuh basikal atau tangan berdarah....

Anak-anakku....bercerita tentang kalian buat mama bahagia....inilah harta mama dunia dan akhirat....semoga anak-anak mama semurni  impian mama sampai bila-bila......................

Thursday, October 21, 2010

Ubati sendiri
















Kalau nak terasa  pada siapa,
Kalau nak geram untuk apa
Kalau nak tersinggung kenapa
Kerana dia tak pernah mengerti……

Kalau nak berbudi, biar ikhlas
Kalau nak bercakap biar beralas
Kalau nak berbaik barpada-pada…..
Kerana semuanya pasti tak berbalas

Kalau ada bahasa indah
Kalau ada ucapan terimakasih
Kalau ada senyuman diwajahnya
Semua pasti bukan untuk aku…..

Kenapa mesti fikir
Kenapa mesti simpan dihati
Kenapa mesti sedih
Kerana baginya aku mungkin tiada…….


Maaf,  kekasihku….aku bukan kekasihmu yang hebat
Dalam limpah kasih mu aku masih berduka
walaupunku tahu duka yang dalam pasti ada penawar yang hebat…….maafkan aku,………………



Tuesday, October 19, 2010

Realiti kehidupan

Diwaktu kita tidak punya sesiapa…..sedikit perhatian  dirasa sangat bermakna…………….
Buatlah yang terbaik untuk sesiapa sahaja tetapi jangan mengharap orang lain buat yang terbaik untuk anda…jika diperolehi itu adalah bonus, jika sebaliknya terima dengan hati yang tenang.
Hanya diri sendiri yang tahu apa sebenarnya yang dilalui…orang lain boleh memandang dengan perbagai persepsi….jangan kecewa jika perasangka mereka menyimpang dari apa yang sebenarnya….jika anda benar……….kebenaran pasti menjelma..
Jangan mudah terpengaruh dengan orang lain, jika sesuatu itu baik teruskan, jika tidak tinggalkan…kerana risikonya anda yang akan tanggung sendiri..kata hati selalu benar…
Berhati-hati bila berkata kerana sekali perkataan terkeluar dari mulut, suatu hari nanti mungkin memakan diri sendiri….
Jangan mengharap lebih daripada apa yang sesaorang itu mampu berikan……anda akan kecewa
Bila marahkan sesaorang jangan buang semua kebaikannya….jangan biarkan hujan sehari memusnahkan kemarau bertahun…disuatu hari nanti mungkin dia akan menjadi teman akrab anda…
Belajarlah terima kelemahan orang lain kerana anda juga ada kelemahan…dan jika anda belajar untuk memaafkan orang lain , orang lain juga akan belajar memaafkan anda…setiap perbuatan ada balasannya…
Anda tidak boleh memaksa orang mengatakan anda baik atau benar…belajar buat yang terbaik…insya Allah tanggapan baik akan datang dengan sendirinya………….
Kita sering menganalisa tentang orang lain sedangkan di akhirat nanti hanya amalan sendiri yang dihitung…
Mengubah gunung ganang lebih mudah dari mengubah perangai sesaorang.…Jalan selamat, belajar sesuaikan diri dengan keadaan  ….
Dan tiada siapa yang boleh memaksa anda untuk tidak bahagia melainkan diri anda sendiri…………………


Sunday, October 17, 2010

Bila hati berbicara

Impianku hampir semua di penuhi ilahi… ingin punya suami yang baik, memiliki sebuah rumah yang selesa, ingin punya anak-anak yang sempurna, ingin punya pekerjaan, kesihatan yang baik, mempunyai teman-teman untuk berkongsi bicara, mempunyai ibu dan adik-adik yang menyayangiku… malah Allah berikan terlalu banyak nikmat yang selama ini aku tidak pernah fikirkan….alhamdulilllah…Engkau amat penyanyang dan pemurah tuhanku………….
 Dalam nikmatmu yang melimpah ruah ini dan kasih sayang mu yang tak bertepi……….mengapa aku masih menghitung kata-kata insan yang menyakitkan, memendam rasa apabila hati ini diguris, sedih bila niat suci tidak ada yang memahami, merajuk bila hasrat tak dipenuhi, pilu bila rintihan tidak didengari, kecewa bila impian belum tercapai………….…
Sedangkan baki umurku semakin kurang bersisa, dan semasa aku mengadap ilahi nanti dalam neraca timbanganku hanya amalanku sahaja yang akan dihitung….Dan aku juga tahu dibelakang setiap insan ada syaitan yang belalainya panjang mencari masa mencucuk hati supaya lalai dan tidak mensyukuri nikmat Allah………..aku tahu…aku tahu semuanya………………….
Mengapakah  diusia begini aku tidak memperbanyakkan zikirku yang  tak pernah cukup ku lafazkan… memperbaiki amalan wajibku supaya  benar-benar diterima ilahi, memperbanyakkan amalan sunat yang amat jarang kulakukan, meneroka ilmumu yang luas untuk mencari kebesaranmu..…mensyukuri semua nikmat Allah dengan besedekah ………………dan bersedekah yang paling mudah ialah berzikir….daripada hanyut dalam godaan iblis dan syaitannnnnnn……..mengapa hati sering gundah pada segelintir nikmat yang tidak kukecapi itu…..
Aku teringat suatu cerita dizaman Rasulullah S.A.W, apabila melihat seorang yang buta, sopak, pekak, bisu  dan miskin sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, nikmat apakah yang dikurniakan pada orang ini, Rasulullah S.A.W menjawab “bukankan dia dapat kencing dengan sempurna….” Ya Allah berbanding dengan orang ini aku lebih malah terlalu sempurna…………………………….ALHAMDULILLAH…………………………

Thursday, October 14, 2010

Udang sekilo RM 48.00, ketam sekilo RM 24, ikan sekilo RM 25.00

Cuti sekolah bermula, angah pulang pada hari khamis, along pulang pada hari jumaat……
Hati ibu mana tidak gembira dapat bersua anak-anak yang amat dirindui….. setiapkali nadi ini berdenyut tak pernah satu saat pun aku tidak merindui anak-anakku…dan setiap kali itu jugalah hati ini memanjatkan doa buat mereka dan setiap detik itu jugalah kerisauan bersarang dihati…..teringat kata seorang teman…”usazah Asmak” biarlah  Allah yang menjaga mereka kerana kuasa dan kederat kita tak mampu menjaga setiap detik  anak kita”   …….Allah amat berkuasa dan amat penyanyang ….semoga anakandaku sentiasa terpelihara dari sesuatu yang merisaukan diriku…..
Pagi-pagi  aku ke pasar,  sebelum ke pasar aku ke bank mengambil duit…. Rasa macam  duit dalam beg tak cukup….along suka ketam, angah suka ikan besar, udang menjadi kegemaran ketiga-tiga  anakku…. Ayam mesti di beli sebab kalau tak dak ayam angah macam  tak berselera…adam suka kari ikan besar…..masak tiga rasa juga kegemaran mereka  bertiga  suka…
Semuanya ku beli, udang sekilo RM 48.00, ikan sekilo RM 25.00 ……..kat pasar Jitra tak banyak sangat yang boleh dibeli….keesokkan harinya  aku ajak suamiku ke pasar nelayan di Kubang Rotanpula.. disitu ada ketam,ikan,sotong……dan seperti biasa  makanan wajib kami suami- isteri ulam –ulaman dan cabai Melaka……
Suamiku tersenyum saja tengok aku shoping kat pasar….. dia pun sama  macam aku….anak nak balek….
Tiga minggu anak-anak ku berbuka kat asrama…selalu masa telipon…mereka akan kata sedap tapi aku macam tak percaya…aku juga pernah duk asrama…faham rasanya keadaan diasrama……angah , boleh juga aku dan suami hantar makanan berbuka….along tak dapat nak merasa sebab jauh….
Menu hari pertama anak-anak berbuka di rumah…ikan  gerut tiga rasa dan masak lemak udang besar, kangkung goreng belacan ….resepi diubah ikut citarasa anak-anakku….aku dan suami  mesti ada ulam dan sambal belacan…sedih tengok anak-anak ku makan…. Adam memanglah tiap-tiap hari makan banyak…. Hari ni lagi banyak…. Riuh rendah meja makan… semua lauk mereka berebut…. Sampai air pun mereka berebut nak minum…sapa dapat dulu jadi pemenang….. aku dan suami sekadar jadi pemerhati…. Bahagia rasanya……kalau boleh saat itu nak ku hentikan puaran bumi supaya ia tidak berlalu…….
Lepas magrib berlima berjalan bersama-sama kesurau…..selalu bertiga kini berlima…..terlalu bahagia rasanya…
 Menu hari kedua, masak lemak ketam, Ikan siakap bakar, sayur campur……ulam dan sambal belacan…. Anak-anak ku makan sehingga menjilat jari….
Syukur padamu Ya Allah atas limpah kurniamu  aku mampu menyediakan makanan kegemaran anak-anakku ………..

Kaulah laguku, Kau irama terindah.....................

1989….. Pakcik meninggalkan aku sewaktu aku di universiti…..disebabkan dia terlalu lama menderita aku lebih merelakan pemergiannya….tapi ia merupakan tamparan hebat buat nenekku yang kupanggil tok…… tapi kesabaran tok  amat aku sanjung…. Orang kampong memanggilnya Siti Fatimah…dialah idolaku…
selepas itu moyangku yang ku panggil Nyang  Nab meninggalkan aku.  Semasa hayatnya aku selalu menjenguknya semasa cuti semester. Berbagai cerita kami bercerita…tentang kehebatan nenekku menjadi Mak Andam Sultan, cerita tentang moyang aku yang berkahwin dengan Sultan Kedah, cerita tentang anak-anak dan menantunya….. aku sering menjadi pendengar yang setia…. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya… kalau aku lihat dia sedih aku akan memeluknya…. Kami  sama-sama menangis……aku selalu berjanji dalam diri untuk menjaganya bila aku besar……Tapi tak sempat….
Arwah Wan….
Semua kawan-kawan wan memanggil aku chik….itulah panggilan manja untuk aku…mungkin aku merupakan cucu sulung  dan akulah paling kecil dalam keluarga pada ketika itu….…wan terlalu berbangga dengan kejayaanku yang sebenarnya tak seberapa…selalu diceritakan  tentang aku pada kawan-kawannya…sampaikan  dalam tesis pelajar USM yang menceritakan tentang kerjaya wan sebagai seorang pembuat keris (wan seorang pembuat keris yang mahir) ada tertulis nama aku sabagai chik…bukan noryati…
Pernah sewaktu kami tinggal berdua, aku nak makan pulut, aku tak tahu masak, wan pun tak tahu masak..tapi dia cuba masak juga demi aku  …..lembik jadi bubur…kami ketawa…., tak lalu nak makan….bila tok balek dari bendang, mengucap panjang tenguk kami dua bercucu…
Wan selalu batuk dan dia akan makan ubat batuk tak ikut jadual dan tak suka berpantang,   bila aku balek dari asrama wan pasti jadi baik….makan ubat ikut peraturan dan pantang apa yang tak boleh dimakan  tapi sakitnya akan menjadi-jadi bila aku ada…..mak dan adik-adik akan senyum
Wan akan menunggu aku dengan basikal tua di pekan Tunjang bila aku balek dari asrama, menghantar  makanan kegemaran aku “gulai ikan sepat benua” bila datang melawat aku kat asrama..satu beg besar dibawanya untuk aku dan kawan-kawan…selalunya wan tak datang masa melawat , wan akan cari aku kat kelas… kalau ada lelaki tua yang bebaju melayu datang membawa beg makanan kekelas aku…itu pasti wan…..memberi duit untuk membeli uniform St John….memarahi ayah atau mak jika aku dimarahi…”kalau tak mau jaga chik bagi aku jaga”, menghadiahkan sebilah keris kepada HM Sekolah Menengah Derma, EN. Mohd Zin semasa aku Berjaya dalam SRP….     Terimakasih wan…
Semasa wan sakit…Aku puas mengubati penyakit wan…. tapi ralatnya aku tak pernah berjaya mengungkapkan pada wan semasa hidupnya bahawa aku sangat sayang dan bangga punya wan sepertinya…aku pernah cuba lakukan tapi tak terkeluar dari mulut ini……..mungkin apa yang pernah aku lakukan dan katakan tidak melambangkan sebenarnya  100% isi hatiku…..maafkan chik , wan….wan lah wan yang paling baik di dunia ini…. Alfatihah….semoga allah akan membalas kasih sayang wan pada chik dengan rahmatnya amin…..
Sebab itu sehingga sekarang aku mudah mengucapkan sayang dan memeluk orang yang aku sayangi….. kerana aku takut aku tidak sempat  lagi….( tapi taklah sampai melanggar batas agama)
Arwah Tok…..
Bapa tok aku keturunan dari India…jadi tok, hidungnya mancung tapi kulitnya gelap… semasa aku kecil, Tok selalu tanya kalau orang nak tukar tok dengan orang lain yang lebih putih nak tak? Aku selalu jawab tak nak….. kalau orang nak beli Tok RM 500 pun chik tak kan jual…..kami akan ketawa bersama-sama. Aku akan peluk Tok erat2. Bagi aku dan Tok masa tu RM 500 besar nilainya…
Tok juga selalu tanya kenapa Chik selalu cium Tok …..aku senyum saja …tak pernah kujawab bahawa aku sangat sayang padanya melebihi diriku sendiri….
Semasa aku sekolah rendah Tok masuk kelas dewasa…. Lucu bila aku dengar Tok baca ABC… aku tolong Tok buat kerja sekolah…. Lepas tu bila aku balek kampong sekali lagi Tok dah tak pergi kelas dewasa dah…tak payahlah aku tolong tok buat kerja sekolah…..
Sebelum raya, aku selalu tolong tok buat kueh bahulu….guna dapur kayu. Bubuh api atas dan bawah… panas tapi seronok… kami selalu buat malam-malam. Kekadang  bila letih sangat, aku terlena… bila aku terjaga  semua kueh yang tok buat besar-besar dan gemuk-gemuk… tok bukan kira cantik, asalkan cepat habis…. Tok senyum saja tengok aku tarik muka masam…tok kata,” rasa sama saja”.Bila hari raya tok akan buat ketupat besar-besar untuk orang lain tapi untuk aku kecil dan comel……tok takut aku tak makan kalau ketupat tu besar….
Bila aku study… kalau aku terlena tok tak pernah kejut walaupun dipesan…. Tok kata kesian tengok aku tidur…sebabtu aku  ketagih kopi hingga sekarang sebab aku akan minum kopi takut ngantuk…. Kalau terlena tok tak akan kejut… tapi kopi tu,  tok juga yang buat….aku tak pandai buat……
Semasa aku kecil, tok ambik upah menanam padi, tok kata masa tu habis jari tangan dan kaki tok kena penyakit kulit, kami panggil penyakit tu “makan air” sebab jari tangan dan kaki tok berair dan gatal…dan yang sedihnya semua duit upah tu dibelanjakan untuk membeli gelang emas  aku…..Aku selalu tanya tok, seronok tak jadi tok sebab tak boleh pakai fesyen2, tak p jalan2, selalu fikir nak bahagiakan orang lain tapi diri sendiri?   Tok jawab bila chik besar nanti chik tau la…..sekarang bila aku dah berumahtangga dan ada anak-anak, aku faham maksud tok…..
Mengikut cerita mak semasa zaman kanak-kanaknya  tok hidup dengan bapa tiri yang garang. Tok tak bersekolah dan tak dihantar mengaji….asyik kena mengasuh adik-adiknya dan buat kerja rumah, selalu kena tengking….akhirnya otak tok jadi lembab tapi Alhamdulillah tok dikurniakan Allah sifat yang sangat terpuji, tak pernah berdendam, sangat sabar dan semua orang sayang padanya…..disebabkan hatinya yang bersih, tok mudah menghafal ayat-ayat suci…… semasa aku kecil tok selalu hafal kat aku….bagi tok aku ni tahu serba-serbi …..tapi kadang-kadang aku tak tahupun ayat apa yang dibacanya…..aku Cuma angguk-angguk saja untuk memberi peneguhan pada tok…..
Pada malam terakhir tok, aku selimutkan dia, betulkan kelambunya dan menciumnya…esoknya tok meninggal ….aku selalu berazam untuk  menjadi orang yang paling tok sayang…..al fatihah,  setiap malam sehingga sekarang bila aku memeluk bantal aku akan bayangkan tok…. Luv  U,……. alfatihah….kadang –kadang sewaktu aku nyenyak tidur terdengar suara tok mengejutkan aku sembahyang subuh….
Terlalu banyak kenangan bersama tok…tok yang mengajar aku buat gulai, erti kesabaran…kekadang aku tak tahu nak pilih diantara tok dan mak siapa yang paling kusayang….
Arwah ayah….
Wira,PFD 1000 tak sempat ayah miliki…..lambat buat keputusan….
“Noryati, saya nak tanya, ayah noryati nama apa?”….Tanya cikgu besar semasa aku darjah dua….”Nayan”jawabku….aku hairan kenapa cikguni….lepas tu cikgu beritahu  “noryati nama ayah  noryati, sebenarnya Saad bukan Nayan” “cikgu silap aku lawan cikgu dengan yakin” cikgu pun jelaskan satu persatu pada ku….…Duniaku gelap…. Aku rasa marah, sedih, hampa….. semasa balek, ayah mengambil aku dengan basikal tua…aku tak bercakap sepatah pun, ayah mungkin tahu sebabnya….Balek rumah aku terus masuk bilik tak makan, tak minum….aku ambil semua buku, aku padam nama Nayan aku tulis Saat… aku tak tahu ejaan sebenar nama ayah kandungku…lepas siap semuanya aku letak kat luar bilik biar ayah dan mak tengok….mak dan ayah senyum saja tengok buku-buku tu…. Keesokkan harinya aku lihat ejaan SAAT telah di betulkan ejaannya menjadi SAAD…..sejak itu aku rasa aku amat berbeza dengan adik2ku…. Tapi ayah menyayangi aku seperti anak-anak yang lain….kadang-kadang aku dilebihkan dalam banyak hal …yuran sekolah aku tak pernah lewat dibayar oleh ayah tapi yuran adik-adik selalu berbaki…ayah memang sentiasa jaga perasaan aku…..tak ada orang yang akan berani bertanya tentang status aku sebagai anak tiri ayah… ayah selalu kata, anak ayah 4 orang termasuk aku….….
Semasa muda, ayah seorang peminat hindustan, pernah aku dan family pergi tengok filem Hindustan di Kaki Bukit dengan aku berpakaian baju sekolah, tak sempat nak balek tukar…Terlupa pula, kami pergi naik morsikal enam beranak…sama seperti iklan kereta Nissan Livina yang menujukkan satu keluarga menaikki motorsikal……waktu tu aku kat Sekolah Derma…satu sekolah heboh esoknya…..
Masa ayah sakit, selepas balek kerja aku akan membawa ayah kekelinik….selalunya ayah akan memandu sendiri dan kami berjumpa di depan klinik Dr.Thibronni, Semakin lama ayah semakin lemah… akhir-akhir hayatnya,   ayah ku pimpin kekelinik….ayah sudah tidak kuat…pada masa itu aku bersyukur kerana aku sempat memimpin dan memeluknya membawa kekelinik…semasa menunggu doktor kami selalu berbincang masalah adik-adik aku…..semuanya ayah ceritakan padaku…ayah macam nak serah tugas itu pada aku….aku membawa ayah membuat cermin mata kerana mata ayah penuh katerak…ayah kencing manis…aku selalu menghantar ayah ke hospital..bila cuti aku akan buat gulai untuk ayah, kegemaran ayah gulai ikan keli…..aku juga pernah ditahan polis kerana memandu laju…aku beritahu polis, “saya nak cepat sebab nak ambik ayah saya kat hospital.”.…….polis macam simpati….”lain kali jangan bawa laju lagi” simpati juga abang polis tu pada aku,  terimakasih…….aku juga pernah teman ayah ambik jarum kat hospital…ayah kena suntik insulin sendiri….aku menangis melihat jarum tu, banyaknya…tapi ayah selamba sahaja….
Kami empat beradik  puas  menyuruh ayah berhenti kerja… tapi ayah enggan… akhirnya Nov 2008 ayah setuju untuk berhenti kerja….kami semua gembira…aku bertindak sebagai ceti mengumpul duit daripada adik-beradik untuk diberi pada ayah, sebagai ganti gaji ayah…..ayah memang menunaikan janjinya berhenti kerja…..tetapi ayah berhenti kerja dengan pergi buat selama-lamanya……semua orang terkejut kerana ayah hanya demam panas sahaja……Semasa hayatnya aku selalu berkata pada ayah, aku takut ayah jatuh dan meninggal dunia ditempat kerja kerana ayah dah dua kali kena strok……aku nak ayah habiskan hayatnya ditempat yang elok dan sempurna  dan memang tuhan memakbulkan doaku di mana ayah menghembus nafasnya di bilik berhawa dingin dan di atas katil empuk di hospital swasta dikelilingi anak dan isteri serta doctor pakar dan jururawat yang baik hati dengan diiringi ayat-ayat suci…..Al fatihah…..semoga Allah membalas kasih sayangnya pada ku dengan rahmatnya keatas ayah….
Selepas ayah meninggal aku membawa mak menguruskan semua urusan ayah, tentang kontrak ayah dengan syarikat, simpanan ayah dan macam-macam…..setiap kali aku berjumpa kenalan ayah ….tak putus-putus orang memuji ayah…selepas ayah tiada baru kutahu semua kebaikkan ayah….alhamdulillah…

Selepas ayah pergi.....aku jadi takut untuk melihat mentari pagi...apabila mentari pagi bersinar bermakna ada hari baru....aku takut kerana semakin hari berganti, semakin ramai orang yangku sayangi pergi meninggalkanku......

Terasa mereka semua masih bersama….tapi aku terpaksa menerima hakikat, Semua hikayat indah ini hanya  tinggal sejarah….walaupun wangian kasih mereka masih mengharum….Al Fatihah….…

Wednesday, October 13, 2010

Terimakasih

Mulanya tak pernah teringin nak buka blog.... hidupku terlalu peribadi tapi semua berubah bila .......
suatu hari sedang aku berterapi dengan mesin Al Jabar sambil menonton TV....ada sesuatu yang menarik bila ku dengar sepotong ayat............

" terlalu banyak peristiwa, memori yang berlaku dalam hidup kita dan kadang-kadang kita rasa tak nak detik itu berlalu.....kita rakamkan disuatu sudut yang membolehkan kita menatapnya selalu....."

Terimakasih kepada teman yang merialisasikannya.....kak ida, nora dan mek ros.....
selamat bertemu