Showing posts with label LAMAN. Show all posts
Showing posts with label LAMAN. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Nyam-Nyam........sedapnya

Cuti dua minggu rasa macam tak cukup...dah lama tak buat kenduri kat mereka...kesian ...dah makin kurus...apalagi seguni besar baja tahi lembu dan separuh guni baja garam pemberian mak...jom kenduri sakan....Dua tiga hari juga buat kenduri.........lepas kenduri hujan turun....

eeeeemmmmmm nyam-nyam lah pokok-pokok di laman....seronok tengok mereka makin menghijau...rasa berdosa kalau biar mereka kurus kerana pokok pasuan akarnya tak kemana...kalau tanam atas tanah pun tak kan dia boleh pi beli baja kat kedai.........pi kandang lembu lagi la jauh....

lepas tu biasalah pangkas apa yang patut, merumput, ubah pasu dan macam-macam lagi supaya mereka nampak angun dan bergaya...........

Hilang seketika rindu yang bersarang, harapan yang belum sampai, hati yang resah, otakku berhenti sekejab mengira he..he..he.. tu yang lucunya....... fikiran menjadi tenang  bila  masuk dalam duniaKu............

Kalau tiada hobi begini rasanya payah untuk aku  menongkah kesunyian dan  melawan arus rindu ini.....

                               Pokok seusia anak bujangku Adam...
                                      kombinasi baru.....

Pokok Pam pemberian ibu....lambaian pokok pam, membuat suasana menjadi tenteram..............
Pokok Ati-ati ni diambil dari kediaman suami....semakin besar pokok ni semakin lama perpisahan ini.

Monday, November 8, 2010

Sementara nasi di dapur





Sementara menanti nasi di dapur…selalunya aku ke halaman melalui pintu belakang……………..melihat pokok-pokok di laman tak sedar macam-macam sempat di buat dalam waktu yang singkat….memangkas, membuang daun kering supaya pokok kelihatan bermaya, mengubah pasu pun sempat,  membubuh baja..atau sekadar memerhatikan saja gelagat pokok…melihat  mereka tersenyum hatiku puas…..kadang-kadang nasi hangit di dapur…