Dalam kepasrahan mendoakan anakku along menghadapi SPM dan jerih mengukir semula masa depan adam.....entah mengapa, detik ini selalu terbayang ...mungkin kerana mereka juga sebahagian dari hidupku...pelajarku...
Hari ahad, selepas bercuti 2 minggu, ramai yang datang melahirkan rasa rindu dan perbagai cerita dikongsi bersama...tak kering gusi aku ketawa...pelajar datang silih berganti tak putus-putus ...ada juga yang datang membaca buku untuk semester baru..sebelum beli, aku sarankan mereka baca dulu buku di kubikku...beli buku yang bahasa dan penyampaiannya mudah difahami.......bahagia rasanya bersama anak-anak pelajar ini...hilang rasa rindu.
dah lama ku lihat kelibat pelajarku yang sorang ni melintas kubik ku ...tapi pelajar ini tidak terus ke kubikku... tertunggu juga kenapa beliau tidak muncul.... selepas semua pelajar beredar, pelajar tersebut datang.....assalamualaikum puan.....apa khabar puan, saya nak bagi ni pada puan...lantas menghulurkan pada ku bungkusan cokelat...terimakasih jawabku...aku pun mula bertanya... saya nampak XX lama dah lalu kat sini tapi tak mai kat saya, kenapa???? tadi ramai sangat pelajar lain..saya tunggu kat situ...malu.....ramai sangat...
tertariknya pada budi bahasanya dan tingkahlakunya...pandai ibubapa nya mendidik...( pelajar yang aku maksudkan dalam post ini adalah sama dengan pelajar XX yang diceritakan dalam "post puan marah ke")
No comments:
Post a Comment