Wednesday, September 7, 2011

Sebuah cerita yang membuat air mataku menitis

Secebis Kasih Sayang.. Bacalah..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
“Jika tak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Sunday, September 4, 2011

melayan kerenah

"adam tak mau bangun sahur la ma.....adam dah kenyang" ..."mama dah masak ni....sapa nak makan nanti"kataku sambil tangan mengoyang-goyangkan badannya.....akhirnya bangun juga anak bungsuku..........

aku hidangkan makanan di meja makan,  nasi dan sejenis lauk kegemaranya saja. matanya masih tertutup..."mama suka paksa adam"...rungutnya...."kalau adam tak mau buat benda baik mama kena paksala"....ceramahku berhenti disitu..masa tak sesuai....

setelah dua suapan, suapannya berhenti...."adam malas le nak makan ma"....."tak pa mama suapkan..mama suap adam "..tak jawab lagi..."mama suap ni"....akhirnya dia mengangguk....akupun suapkan sambil mulut aku terkumat kamit membaca kalimah kalimah yang aku boleh hafal.....akhirnya makan juga anak ku...lepas tu aku bagi dia makan 7 biji kismis dan jus.........sambil mulutku mambaca selawat kuat-kuat supaya dia ikut..........

"adam nak tidur mama, adam ngantuk"..."ye la nanti azan subuh mama kejut".........

semasa menghantarnya kesekolah..."adam kena minta maaf   dengan mama, tadi kan adam marah mama sebab kejut adam"........adam bukan marah mama tadi, adam cakap sorang-sorang ....itulah alasannya setiapkali dia berkasar dengan mama.........sambil tersenyum dia mencium pipiku dan terus masuk ke kawasan sekolah............

nanti bila adam dah besar, kalau-kalau ada kerenah mama di hari tua membuat adam mengerut muka, ingatlah bagaimana mama melayan kerenah anak kesayangan mama..........

Saturday, September 3, 2011

Pemilik cintaku

Along sudah 17 tahun, Angah 14 tahun dan Adam sudah memasuki 12 tahun.......dah remaja anak-anak mama....dah besar. Walaupun 2 orang anakku berada diasrama, hanya Adam di depan mata, namun sebagai ibu, aku dapat menghidu naluri remaja semakin mekar dalam jiwa anak-anakku.........ya perasaan remaja semakin berkembang ada yang positif dan takut juga yang negatifnya.........ya namapun  perasaan, takut sukar nak dikendalikan tambah-tambah pula anak-anak yang masih mentah tentang resam hidup........pengetahuan agama dah dibekalkan..takut tak cukup sebab dugaan sekeliling semakin ganas rasanya.............

Hati ibu mana yang boleh duduk diam.......pelbagai cara digunakan untuk mendapat maklumat tentang keadaan anakku sekarang.........kawannya, pergaulannya dan sebagainya ......macam spypun ada juga..... dan pelbagai maklumat juga dicari untuk mencegahnya.....pergi kekedai buku, search kat internet dan yang banyaknya tanya pendapat kawan-kawan yang sudah melalui pengalaman yang sama dan juga tak kurang juga tanya pendapat student2 remajaku............dan yang tak pernah ditnggalkan doa pada pencipta supaya sentiasa anak-anakku dalam peliharaannya.............

Suatu pagi, sedang berbincang dengan pelajar, tiba-tiba seorang pelajar memceritakan tentang sebuah buku yang amat bermakna bagi pencarianku.........Pemilik cintaku...karya Fatimah Syarha Mohd Nordin, sehari buku nipis itu habisku baca.........bagus isinya, dapatlah aku panduan tentang mengawal perasaan cinta di zaman remaja.............ada idea dan nas-nas yang sahih disitu..........panduan yang sangat penting untuk aku pegang sebagai panduan mengendalikan gelora remaja anak-anaku jika ia timbul...........

baris ayat yang sangat menyetuh hati.............

Sebuah hadis yang bermaksud " sesiapa yang jatuh cinta, kemundian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid,"  Riwayat hakim, ibn Asakir,al dailami, dan lain-lain.
Memang nama bagi jodoh kita telah tercatat di lohmahfuz tetapi akhlak dan peribadinya adalah bergantung kepada peribadi kita............perbaikilah peribadi sendiri untuk mendapat jodoh yang mempunyai peribadi yang baik dan berakhlak mulia.

Sesiapa yang mengelak cinta palsu atau maksiat sebelum kahwin kerana Allah, insyaAllah percintaannya selepas kahwin akan diberkati.

Semasa anak-anakku pulang bercuti raya aidilfitri, aku menghadiahkan buku tersebut kepada dua orang anak perempuanku.....dan hati ini amat gembira bila buku tersebut telah dibaca oleh along di maktabnya....selalunya anak sulungku ni macam tulah sebelum disuruh dia dah buat alhamdulillah...mungkin berkat usaha cikgu dan teman-temannya..........angah belum pernah baca lagi buku tu..........selepas dia membacanya, kulihat senyum menguntum di wajah...."angah faham apa yang mama nak bagitau".........Terimakasih Ya Allah............lega dan lapang sedikit dadaku............semoga anakku sentiasa dalam peliharaannya............Amin........