Thursday, July 28, 2011

mama & adam

Apa yang Tie fikirkan  tu baik tapi larat ke....jauh tu changlon ke jitra.........abang takut Tie tak larat.......itulah pendapat suamiku semasa aku mengutarakan cadanganku nak ambil alih tugas mengambil adam dari sekolah........

Sejak bulan julai.setiap pukul 1.45 petang aku keluar mengambil anakku adam dari sekolah...cuaca yang panas dan kereta yang bersesak disamping jalan yang di repair....perjalanan tidak menyeronokkan dan terasa payah....sampai disekolah adam sudah menunggu.....ku hulurkan air yang sudah ku beli diperjalanan, kadang-kadang sirap kadang-kadang teh ais.......cuaca panas pasti dahaga, nak pula lepas habis kelas....kulihat sekejab saya plastik air itu kosong...........melihat wajahnya sudah cukup memberi tenaga buat mama memandu pulang ke kolej......

Dikolej kalau tak dak kelas, sambil melayan pelajar, aku masih bersamanya....menemaninya makan dan membuat kerja sekolah.......makanan kegemarannya kari atau sambal sotong  atau ayam masak cabai dan kuah campur...lauk, ikan, telor,sotong atau daging aku selang-selikan takut jemu...seronok melihat dia makan sambil bercerita tentang apa yang berlaku disekolah.................selalu nasi yang dibeli memang cukup-cukup tak lebih tak kurang..........dan lauk yang dibeli kena aje dengan seleranya.........kadang-kadang aku mengacah juga mama tolong suap boleh.........kat rumah kadang-kadang nasinya masih  kusuapkan.

Waktu pulang ..sama-sama mencari juadah untuk makan malam dan kadang-kadang singgah supermarket beli apa yang patut.............

Malamnya kami masih bersama, bersama menonton cerita yang diminati disamping mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.....masalah timbul semasa menyuruhnya mengulangkaji pelajaran.....suruh beberapa kali masih tak bergerak....nak dimarah takut hilang langsung moodnya nak belajar...nak berlembut takut tak buat apa-apa langsung.... kadang-kadang sampai dia lupa apa yang aku suruh....mama suruh adam buat apa tadi....emmmm lamanya baru nak bergerak sammmmmmmmmmpai lupa.....lucu juga tapi mana boleh senyum depan dia...........adam...adam.....pelbagai teknik terpaksa digunakan......... macam-macam ayat aku baca dan hembuskan.............Ya Allah, sungguh menguji kesabaran.........sesekali terdengar suara adam ketawa , menyanyi dan menjerit........lepas geram. dan jika dia terlambat sembahyang isyak sekali lagi masalah timbul nak menyuruhnya sembahyang isyak.......nantila adam rehat sat...sat gi adam sembahyang......sat lagi tu pasti tak ada sat jika tak dibuat tindakan bersungguh-sungguh.........muncungnya boleh diukur...tapi lepas sembahyang muncung tu pasti hilang............

bila pagi walau sekelam kabut macammanapun....perut anak mama pasti berisi......selalunya roti telor kadang-kadang bihun goreng, nasi goreng atau kalau mama ada banyak masa, nasi lemak lauk telor rebus, sambal kosong dan ikan bilis goreng..........nasi lemak masakan mama, adam paling suka....sepinggan habis walaupun waktu baru pukul tujuh pagi....tapi mee goreng adam tak suka........kalau tak sempat sangat mama akan beli nasi lemak tepi jalan dan adam akan makan dalam kereta sambil mama memandu...... ........

Dihari jumaat akulah satu-satunya ibu yang ke masjid....menghantar dan menjemput adam....kadang dengan pakaian yang melucukan...baju kelawar berkot....tak sempat

Diwaktu senja, adam tanpa disuruh akan bersiap-siap kesurau....setelah dipaksa beberapa kali akhirnya dah jadi kebiasaan....."adam pergilah kesurau sembahyang berjemaah...adam membawa keberkatan buat keluarga kita............. "adam sorang aje anak lelaki mama. Papa duk jauh......................

nanti bila   adam dah besar dan berjaya .............ingatlah bagaimana susahnya kita merintisnya bersama-sama dengan penuh kasih dan sayang tanpa pernah mama mengeluh kerana kasih sayang mama tak berpenghujung. Mama tak pernah letih membuat segala-galanya...............Teringat kata-kata seorang imam muda....."semasa saya kecil, mama saya akan pulang kerumah waktu tengahhari untuk memastikan saya mengaji Quraan....kalau saya tak mengaji mama saya akan rotan saya......sebab tu lah dari tak tahu baca quraan sehingga saya boleh baca seperti sekarang ini......kalau saya tahu kebaikannya saya akan suruh mama saya rotan dengan lebih kuat lagi....mungkin bacaan saya akan jadi lebih baik lagi.........tapi semua tu dah berlalu............"

Friday, July 1, 2011

kurniaan atau musibah

Terpaku seketika tanpa kata tanpa pergerakan dan fikiran kosong....yang terkeluar hanya Ya Allah pencuri masuk rumah kita.... hanya itulah kata-kata yang terkeluar...

Rumah berselerak terutama bilik tidur utama....peringatan juga pada diriku dan juga teman-teman yang menbaca tulisan ini supaya jangan menyimpan semua benda berharga di bilik tidur utama....kalau simpan ditempat lain mungkin ada peluang untuk selamat...mungkin ada sedikit peluang kerana bilik-bilik lain tidak begitu teruk digelidah......semua pintu terbuka ...eeeee ngerinya...menakutkan....

Ya selepas kejadian itu  banyak ayat-ayat yang diberi oleh teman dan jiran, begitu  juga tentang aspek keselamatan rumahku, ramai yang memberi pendapat ............pendeknya aspek fizikal dan rohaniah perlu diperkemaskan...semoga Allah melindungi keluarga kami....terimakasih pada yang membantu, mendoakan dan bersimpati......

Beberapa hari selepas kejadian, bila kesedihan semakin reda, kehilangan semakin kurang dirasai.....aku terfikir semula...

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.SSSSSSSSSSSSSSSssssekadar memujuk  hati sendiri.........