Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Sewaktu Orang Berbicara Tentang Kenaikkan Harga Minyak..

Harga minyak naik 20 sen selitter. riuh rendah ramai yang memberi pendapat....suamiku pun semalam bersungut 20sen selitter tu banyak juga....aku diam saja tak kaji lagi , so tak tau nak kata apa, lagipun pengetahuan semasa aku tak berapa up date sangat. Belajar untuk tidak komen kalau tak pasti..

kereta nissanku 2.0 C.C, kalau biasa  RM 50 seminggu, ulang alik p kerja, campur pi rumah mak dan asrama angah . Tak tahu lagi berapa ringgit seminggu sekarang. so tak berani komen berapa peratus kenaikan kosnya. kenaikan harga barang harian pun tak kaji lagi berapa peratus yang naik. ikut teori ekonomi mesti ada kesan penggandanya. tapi proses pengganda perlu masa sikit kot nak tengok kesannya.... pengunaan, C=a+byd tu turun atau naik, logiknya turun, AE akan turun  dan Y akan turun.... tapi mesti kerajaan buat sesuatu nak naikkan AE semula, contoh,  katanya brim akan naik, jadi C bagi orang berpendapatan rendah akan naik, apa kesan C orang pendapatan rendah pada AE, pengganda mereka beri impak tak...

semasa ligat otak berfikir dan kaji dengan data yang belum ada...pagi tadi tumpuan  fikiran ini bertukar 360 darjah semasa aku melihat rancangan jom mengaji ...air mata ini mula menitis...dan esakan menjadi kuat...betapa kerdilnya diriku...

ceritanya ringkas tapi amat menyentuh hati...

Sebuah keluarga yang sangat bahagia dan anak-anaknya semuanya berjaya....bila ditanya rahsianya ...ketua keluarganya adalah seorang tukang sapu, membersihkan kotoran di pejabat. Gajinya RM 400.00 sebulan. Setiap bulan dia akan beratur dipejabat untuk mendapatkan gaji. Selepas mendapat gaji, beliau akan ke masjid dan sujud syukur kerana Allah memberinya rezeki yang halal.. Walaupun setiap hari ia bergelumang dengan sampah yang kotor tapi dia bersyukur kerana rezekinya halal....air mata ini mula menitis....aku tak pernah buat begitu....

dan selepas sujud syukur...apabila di tanya apa yang ia lakukan...ia malu untuk bercerita, tapi apabila di desak....dengan rasa malu ia bercerita, saya keluarkan duit RM50 satu persatu dan saya cium dengan penuh rasa syukur, saya sangat bersyukur kerana allah memberi rezeki yang halal...katanya....air mata ini menitis lagi...mengikut gajiku, sudah tentulah setiap bulan berkeping keping duit RM 50 yang telah ku keluarkan dari mesin ATM, tapi tak satu pun yang aku cium...duit sentiasa rasa tak cukup saja kerana setiap duit yang dikeluarkan itu macam ada tuan masing- masing...

walaupun begitu hebat rasa syukur atas rezekinya dan walaupun dia bekerja bersungguh sungguh ...tapi setiap bulan gajinya masih RM 400 setiap bulan...tidak naik naik. Kalau diri ini mesti rasa sesuatu...dah bersyukur dan berkerja sebaik mungkin, mesti bersungut  gaji tak  naik.... Tapi dia tetap bekerja bersungguh dan tetap bersyukur....rupa-rupanya walaupun gajinya tidak naik...allah memberi  dan menambah rezekinya dengan cara lain,  diberinya anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya dalam pelajaran dan hidup masing- masing, diberinya keluarga yang bahagia, diberikan hidup yang tiada masalah....terdiam dan insaf diri ini. Allahuakbar...

Monday, March 19, 2012

Alangkah baiknya jika dapat hati sesuci  pokok mempelam, walaupun sakit dibaling dengan batu ia tetap menggugurkan buah yang sedap kepada orang yang membaling batu tersebut.........

Thursday, October 6, 2011

Cepatnya masa berlalu

Pada hari jumaat yang lepas  pagi-pagi lagi aku terima panggilan daripada adikku, E ada ahli keluarga kami yang meninggal dunia. seperti biasalah bawa kereta aku tapi E yang memandu.............sampai disana semua saudara-mara dah penuh............sambil menunggu kereta jenazah sampai, kami mengira-ngira adik beradik ayahku (seibu sebapa)yang tinggal........yang dah tiada wa, pak lang, pak teh, mak tam, mak ndak, pak lang...........dah ramai yang pergi.....yang masih tinggal paksu , pak ndak, mak cik dan pak ngah.........hanya empat orang............terasa sunyinya dunia ini...cepat-cepatnya masa berlalu............yang tinggal kebanyakkannya telah tua dan tak berdaya...........dulu merekalah yang mengendung dan mendukung aku, menghantar aku ke arama  kalau ayah tak sempat...tempat aku mendapat duit poket bila berjumpa.............kini mereka dah tiada.........al fatihah

Ku lihat sepupuku pun semakin berusia, ada yang dah bermenantu dan bercucu.........jenerasi ketiga ini pun dah merangkak tua........disuatu hari nanti ...tak tahu bila..........orang juga akan membilang namaku juga dikalangan mereka  yang dah pergi...............ya, itu memang pasti.

Monday, August 29, 2011

maaf zahir dan batin..........

Buat semua ...................

Apabila ada langkah yang membekas lara,…..
Apabila ada kata yang merangkai dusta,
dan ada tingkah yang pernah menoreh luka ……
mohon dibukakan pintu maaf  Sedalam2nya
 
Jika masih ada salah yang tersirat, terucap dan terlakukan
Dibulan Penuh keampunan ini.
Mohon Dimaafkan,……
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Raih Kemenangan dan Kembali Kefitrah.
Minal Aidhin Walfaidzin,Mohon Maaf Zahir dan Batin
 

Sunday, May 8, 2011

Selamat hari IBU............

Terimakasih Ya Allah kerana aku masih berpeluang memimpin tangan mak semasa  melintas jalan, membawa mak shopping, makan di kedai kegemaran mak, membawa mak ke kelinik, periksa tekanan darah dan gula, menukar gelang dan rantai di kedai emas, singgah di nursery pokok bunga, mendengar harapan dan impiannya, menunaikan hajatnya sekadar termampu..........


Siapa tak sayang ibu............Di hari ibu ini, teringin aku mengucapkan....mak yati sangat sayangkan mak...lantas memeluknya dan memberi hadiah padanya macam dalam TV....mak aku pasti tercengang-cengang kerana dari kecil itu bukanlah budaya keluarga kami.....Pernah  aku cuba melakukannya...tapi tampak gonjeng dan melucukan............

Mak  tak pernah nyatakan mak sayangkan aku...walaupun aku tahu segala tindak tanduknya menunjukkan mak sangat sayang padaku..........Jika sesuatu musibah yang aku alami maklah orang pertama akan tampil.....ya sayang dan kasih tak semestinya diucap....


Semoga sisa-sisa hidup mak dapat ku isikan dengan perjalanan yang indah dan mampu buat mak tersenyum...AMIN


Tuesday, April 26, 2011

Enam tahun............

Hati ini amat tersentuh,   tak sedar airmata ini menitis hingga  esakan menjadi kuat...rasa kerdilnya aku....tak baiknya aku ....kurangnya aku.....dan aku berazam ingin mengikuti  jejaknya walaupun sedikit........

Di kaca tv, kulihat seorang pendakwah, suaranya amat ikhlas dan penuh kerendahan hati....ceritanya bermula...... dulu saya jahil.....baca quraan pun tak pandai, buku-buku agama lagilah.....isteri saya pernah ajak saya ke mekah....tapi saya mempermainkanya...saya kata orang tua aje yang pi mekah...isteri saya  diam aje....tak marah, tak jua menarik muka ..........................

suatu peristiwa berlaku dan akhirnya hati saya tergerak untuk pergi ke mekah dan perbagai persiapan dilakukan........segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan.. kehidupan saya berubah..........

selepas balik dari Mekah, baru isteri saya menceritakan selama 6 tahun,  dalam diam-diam   setiap 1/3 malam isteri saya  bangun berdoa pada Allah supaya dibuka pintu hati saya .....selama 6 tahun, akhirnya saya mendapat hidayah.....

walaupun peristiwa itu berlaku bertahun-tahun yang lampau....dia masih sebak bila menceritakan tentang pengorbanan isterinya.........aku lihat airmatanya menitis dikaca tv........

Ya Allah sabarnya, berimannya, tekunnya, baiknya................

Allah itu ada....dia sentiasa mendengar keluhan hambanya.........dia amat penyayang.....dia yang menjadikan kita, pasti dia yang paling mengerti.................perjalananku masih jauh........ 

Monday, March 7, 2011

Sambil melihat hujan turun..........

                              


keseorangan....bercakap dengan diri sendiri..............

Bila diceritakan kekecewaan, kegembiraan, kesedihan, kehampaan, jarang ada yang cuba benar-benar memahami...tak mengalami sendiri so tak terasa..............penat saja bercerita........jestru itu bila ada orang lain bercerita dengar dan empatilah disuatu waktu mungkin kita perlukan itu........

Bila kita sedang bergembira, kadang-kadang kita lupa kegembiraan kita itu menyinggung perasaan orang lain...jangan sakiti  perasaan orang lain dengan nikmat yang allah kurniakan kpd kita.......

Berseluruh tentang kejayaan kita, kadang-kadang buat orang yang ditimpa kegagalan pada masa itu merasa terhina...

Mencari kesalahan orang yang kita tidak suka adalah senang.........tapi jika hanya kesalahannya yang dicari sampai bila titik noktah kebencian akan berhenti.........sedangkan kalau kita tidak boleh menyanyangi orang lain sebagaimana  kita menyayangi diri kita, bagaimana dengan ibadat kita.......dan hidup ini adalah terlalu pendek...

Menjadi orang yang tidak digemari adalah suatu situasi yang sukar, nak tegur takut tak dilayan, nak senyum takut tak dibalas, nak memberi pendapat takut dikatakan menyindir....kadang-kadang berdiam lebih baik...tapi  jarang yang mengerti.........tak rasa tak tahu.......

kadang-kadang kita tidak terasa kata-kata kita menyebabkan ada hati yang terguris walaupun tidak pernah berniat ...sensitiflah pada perubahaan wajahnya atau perwatakkannya...kalau ada perubahan...pandai-pandailah ambil hatinya semula.......

Semakin kita rapat dengan sesaorang  semakin kita mengenali dirinya, dan pasti semakin banyak perbezaan pendapat............kalau  rasa pendapatnya boleh diterima...terima  saja pendapatnya..mungkin itu sesuatu yang baru dan boleh dicuba.........usah difikirkan sangat perbezaan itu .............
sukar menerima jika perbuatan baik yang kita hulurkan dipandang dari sudut negetif, malah dibalas dengan  rasa kebencian sedangkan segala-gala dibuat untuk kebaikkannya...........reda dan berserah pada Allah, itu mungkin ujian.............bersabar dan berdoa semoga allah membuka hatinya untuk menerima kebaikan kita.................

Kekadang hati bertanya kenapa dia begitu dan begini.....tak akan ada jawapan....perbetulkan diri sendiri...itu lebih baik..........

Melawak....biasa...tapi kalau sesuatu itu diulang berkali-kali, bermaksud ada sesuatu yang nak ditegaskan.......

...............hujan pun berhenti, sekejab aje turun....memadai untuk mendamaikan hati dan menyiram pokok yang semakin gersang.........semoga  pokok dilamanku dapat menikmati kurniaan ini...

Tuesday, February 22, 2011

ibu sentiasa di hati.........

Pagi tadi semasa aku menghantar anakku, Adam ke sekolah ternampak seorang ibu menghantar anaknya kesekolah...sebelum anaknya melangkah kesekolah, siibu sempat membetulkan kain dan tudung anaknya...terpancar kasih sayang seorang ibu.............shahdunya ........teringat semasa aku kecil, sebelum ke sekolah,mak akan sapu bedak nyoya kemukaku...sampai gebu muka aku....kalau sapu sendiri bedak ke muka pasti tak jadi...........

sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja, tak sedar air mata menitis laju dan akhirnya lebat sekali...tetera kembali kasih sayang ibuku...........

Teringat petang  semalam semasa aku melawat mak...kelam kabut seperti biasa sebab aku pergi selepas balek kerja....takut kelewatan melalui jalan kampung yang sempit...kalau malam dah merangkak takut pula nak melewati sebab dah pernah jatuh paya .........terngiang-ngiang kata mak..." banyak benda dah habis...mak ingat nak pi beli...bedak,susu,krim muka...." rasanya disamping nak shopping, nampak kesunyian di wajahnya...tapi aku terlalu sibuk....banyak keinginan mak tak dapat dipenuhi...........maaf...maaf........aku tak berdaya sangat sekarang................

Semoga mak dipanjangkan umur dan izinkan aku membahagiakanya...amin....teringin menghabiskan masa bercerita dan membuatkan mak bahagia sebagaimana aku dilayani semasa kecil.............

Thursday, February 10, 2011

Bila gambar mengukir kata



aku ingin dirimu ada disini menemani saat-saat sukarku...........................



Wednesday, February 9, 2011

Rindu.............

ketika mentari rindukan bulan, maka malam temukan pagi
luv u...

kita selalu berbeza dari orang lain........tapi itu cara kita.....kita bahagia  bersama........

Tuesday, February 8, 2011

Musim Dingin



Cuti tahun baru cina dah habis....rumah kembali sunyi..kalau selalu kubekalkan makanan untuk 2 orang, kini 3 beg berbaris didepan pintu dan tiga bekalan makanan disiapkan....along, angah dan papa....musim dingin datang lagi dalam taman hidupku.........

Tapi hatiku selalu berkata musim dingin ini akan berlalu dan musim bunga yang indah menanti...........




Monday, January 17, 2011

Senduduk yang diingati............


buah langsat kuning mencelah
senduduk sudah tidak berguna lagi
bila dapat gading bertuah
     senduk masih lagi diingati

masih diigati....sepanjang lapan tahun tak pernah kemalangan...tak pernah meragam...cuma selalu sesat jalan...tu pasal tuan dia tak cam jalan
dan masih dalam ingatan "Apa yang cik cuba buat" tanya uncle cina bila aku cuba keluar dari petak parking dan  tak boleh-boleh........"

TERIMA KASIH...KCS....WIRAKU

Thursday, October 21, 2010

Ubati sendiri
















Kalau nak terasa  pada siapa,
Kalau nak geram untuk apa
Kalau nak tersinggung kenapa
Kerana dia tak pernah mengerti……

Kalau nak berbudi, biar ikhlas
Kalau nak bercakap biar beralas
Kalau nak berbaik barpada-pada…..
Kerana semuanya pasti tak berbalas

Kalau ada bahasa indah
Kalau ada ucapan terimakasih
Kalau ada senyuman diwajahnya
Semua pasti bukan untuk aku…..

Kenapa mesti fikir
Kenapa mesti simpan dihati
Kenapa mesti sedih
Kerana baginya aku mungkin tiada…….


Maaf,  kekasihku….aku bukan kekasihmu yang hebat
Dalam limpah kasih mu aku masih berduka
walaupunku tahu duka yang dalam pasti ada penawar yang hebat…….maafkan aku,………………



Tuesday, October 19, 2010

Realiti kehidupan

Diwaktu kita tidak punya sesiapa…..sedikit perhatian  dirasa sangat bermakna…………….
Buatlah yang terbaik untuk sesiapa sahaja tetapi jangan mengharap orang lain buat yang terbaik untuk anda…jika diperolehi itu adalah bonus, jika sebaliknya terima dengan hati yang tenang.
Hanya diri sendiri yang tahu apa sebenarnya yang dilalui…orang lain boleh memandang dengan perbagai persepsi….jangan kecewa jika perasangka mereka menyimpang dari apa yang sebenarnya….jika anda benar……….kebenaran pasti menjelma..
Jangan mudah terpengaruh dengan orang lain, jika sesuatu itu baik teruskan, jika tidak tinggalkan…kerana risikonya anda yang akan tanggung sendiri..kata hati selalu benar…
Berhati-hati bila berkata kerana sekali perkataan terkeluar dari mulut, suatu hari nanti mungkin memakan diri sendiri….
Jangan mengharap lebih daripada apa yang sesaorang itu mampu berikan……anda akan kecewa
Bila marahkan sesaorang jangan buang semua kebaikannya….jangan biarkan hujan sehari memusnahkan kemarau bertahun…disuatu hari nanti mungkin dia akan menjadi teman akrab anda…
Belajarlah terima kelemahan orang lain kerana anda juga ada kelemahan…dan jika anda belajar untuk memaafkan orang lain , orang lain juga akan belajar memaafkan anda…setiap perbuatan ada balasannya…
Anda tidak boleh memaksa orang mengatakan anda baik atau benar…belajar buat yang terbaik…insya Allah tanggapan baik akan datang dengan sendirinya………….
Kita sering menganalisa tentang orang lain sedangkan di akhirat nanti hanya amalan sendiri yang dihitung…
Mengubah gunung ganang lebih mudah dari mengubah perangai sesaorang.…Jalan selamat, belajar sesuaikan diri dengan keadaan  ….
Dan tiada siapa yang boleh memaksa anda untuk tidak bahagia melainkan diri anda sendiri…………………


Sunday, October 17, 2010

Bila hati berbicara

Impianku hampir semua di penuhi ilahi… ingin punya suami yang baik, memiliki sebuah rumah yang selesa, ingin punya anak-anak yang sempurna, ingin punya pekerjaan, kesihatan yang baik, mempunyai teman-teman untuk berkongsi bicara, mempunyai ibu dan adik-adik yang menyayangiku… malah Allah berikan terlalu banyak nikmat yang selama ini aku tidak pernah fikirkan….alhamdulilllah…Engkau amat penyanyang dan pemurah tuhanku………….
 Dalam nikmatmu yang melimpah ruah ini dan kasih sayang mu yang tak bertepi……….mengapa aku masih menghitung kata-kata insan yang menyakitkan, memendam rasa apabila hati ini diguris, sedih bila niat suci tidak ada yang memahami, merajuk bila hasrat tak dipenuhi, pilu bila rintihan tidak didengari, kecewa bila impian belum tercapai………….…
Sedangkan baki umurku semakin kurang bersisa, dan semasa aku mengadap ilahi nanti dalam neraca timbanganku hanya amalanku sahaja yang akan dihitung….Dan aku juga tahu dibelakang setiap insan ada syaitan yang belalainya panjang mencari masa mencucuk hati supaya lalai dan tidak mensyukuri nikmat Allah………..aku tahu…aku tahu semuanya………………….
Mengapakah  diusia begini aku tidak memperbanyakkan zikirku yang  tak pernah cukup ku lafazkan… memperbaiki amalan wajibku supaya  benar-benar diterima ilahi, memperbanyakkan amalan sunat yang amat jarang kulakukan, meneroka ilmumu yang luas untuk mencari kebesaranmu..…mensyukuri semua nikmat Allah dengan besedekah ………………dan bersedekah yang paling mudah ialah berzikir….daripada hanyut dalam godaan iblis dan syaitannnnnnn……..mengapa hati sering gundah pada segelintir nikmat yang tidak kukecapi itu…..
Aku teringat suatu cerita dizaman Rasulullah S.A.W, apabila melihat seorang yang buta, sopak, pekak, bisu  dan miskin sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, nikmat apakah yang dikurniakan pada orang ini, Rasulullah S.A.W menjawab “bukankan dia dapat kencing dengan sempurna….” Ya Allah berbanding dengan orang ini aku lebih malah terlalu sempurna…………………………….ALHAMDULILLAH…………………………

Wednesday, October 13, 2010

Terimakasih

Mulanya tak pernah teringin nak buka blog.... hidupku terlalu peribadi tapi semua berubah bila .......
suatu hari sedang aku berterapi dengan mesin Al Jabar sambil menonton TV....ada sesuatu yang menarik bila ku dengar sepotong ayat............

" terlalu banyak peristiwa, memori yang berlaku dalam hidup kita dan kadang-kadang kita rasa tak nak detik itu berlalu.....kita rakamkan disuatu sudut yang membolehkan kita menatapnya selalu....."

Terimakasih kepada teman yang merialisasikannya.....kak ida, nora dan mek ros.....