Showing posts with label ADAM. Show all posts
Showing posts with label ADAM. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Masih ada masa

Anakku adam memulakan persekolahan dengan lagak yang berbeza daripada  2orang kakaknya.......semasa darjah satu masih belum tahu membaca sehingga dia diasingkan dikelas yang berbeza dengan pelajar lain yang dah mahir membaca............menyedari keadaan ni aku pun bertindak pantas jadi guru mengajar dia membaca secara paksaan dengan hanger di tangan sebab malasnya tahap dewa...........dengan air mata yang meleleh di pipi akhirnya selama hanya seminggu dia sudah mahir membaca buku cerita.  hatiku yakin anakku pandai dan pintar cuma malas dan tak tahu nak fokus...........kalau tidak macam mana dia boleh baca buku dengan belajar membaca hanya seminggu.......

kalau kakaknya naik ke kelas 4MP atau MM dengan mudah tapi anakku adam masuk kekelas 4 kenanga .. tapi yang anehnya semasa darjah 4 kakak tak pernah dapat maths  70 lebih.........along yang pandai maths pun belum dapat momentum dalam darjah 4 begitu juga angah.........tapi masalahnya adam tidak faham bahasa inggeris.....selalu silap faham untuk subjek sains dan maths apatah lagi subjek bahasa inggeris...........karangan bahasa melayunya pun buat aku sakit perut membacanya...........ayatnya amat melucukan tapi nampak ceritanya ikhlas...........untuk math dia  menghafal perkataan tertentu sebagai panduan untuk menjawab soalan macam kalau ada total dia tambah, each bahagi, ......ini amat merisaukan............tapi jauh disudut hati aku masih mengatakan anakku masih ada masa untuk berjaya...........

Akhir darjah 4, semasa perjumpaan dengan guru kelasnya......aku semakin yakin dengan prestasi anakku adam.......darjah 5 adam dapat naik kelas 5MP...syukur ku panjatkan pada illahi......masa dajah lima, adam selalu kena berdiri dan marah dengan cikgu sebab buku hilang dan tak buat kerja sekolah...masih teringat lagi  semasa di darjah lima ". adam ni buku bahasa inggeris adam....... dah tak guna ke..kataku sewaktu aku terjumpa buku latihan bahasa inggerisnya di dalam longgokan buku-bukunya...."la buku ni yang adam duk cari selama ni..., berapa kali dah teacher marah adam pasal tak bawa buku ni.....".katanya bersahaja..............kelas 5 MP kerja sekolahnya  banyak berbanding kelas kenanga dulu ...mungkin adam belum biasa.....tulisan yang amat buruk menyebabkan sukar bagi cikgu membaca..........tapi  aku terkejut melihat peningkatannya, adam sudah faham bila membaca soalan maths dan sains dalam bahasa inggeris...prestasinya dalam subjek maths meningkat dengan mendadak cuma masalah tulisan yang buruk sehingga dia sendiri tersilap antara 0 dan 6 nampak macam sama jadi jawapannya silap.......prestasi keseluruhan adam sekadar 65%-70% sahaja...masih di gred B...........hati masih mengatakan ada masih ada masa untuk adam berjaya............

darjah 6, permulaan seperti biasa semua B kecuali BI..subjek paling lemah BI...tiada jalan lain terpaksa hantar tution tambahan BI dekat madem Lee........madem mengakui tahap BI adam pada ketika tu memang C.....subjek math aku paksa dia buat latihan di buku yang ku beli.......seminggu habis satu buku.......sains kami membaca bersama-sama dan buat latihan.........kadang-kadang aku yang aku yang baca bersungguh sehingga boleh ingat fakta-faktanya tapi dia relax aje ........suatu hari sewaktu kami mengulangkaji bersama..........aku tanya dia pasal suatu topik.......jawabnya "ala mama ingat adam ni bodoh sangat ke.".......dia pun menerangkan dengan panjang lebar.......sejuk hatiku.....kesyukuran yang teramatku panjatkan....BM aku suruh dia menonton tutor TV, setiap khamis 5.00-6.00 petang.....kami menonton bersama-sama...tapi setiap hari khamis mukanya pasti masam mencuka sebab kena tengok tutur TV, kadang-kadang dia buat-buat tidur atau kalau aku tak awasi canelnya bertukar pada rangcangan lain. ..walaupun begitu ada juga perubahan selepas menonton rancangan tu.............alhamdulililah...selepas pertengahan tahun di darjah 6  baru ada A dalam keputusan ujiannya..2A, 3B, A maths dan pemahaman..........aku begitu gembira dengan result tu......kejayaan adam semakin merangkak getus hatiku...........Percubaan adam masih result yang sama  tapi B nya dah semakin menghampiri 80............Walaupun orang lain telah mengapai 4 atau 5A dalam percubaan tapi aku masih mengatakan adam mempunyai masa untuk memperbaiki prestasinya.........hati ibuku masih mengharapkan  Adam akan dapat menggapai 5A dalam UPSR nanti. Kusimpan satu ruang didinding untuk ku isikan  gambar adam menerima hadiah sempena beliau mendapat 5A nanti.....................gambar kedua kakaknya dah tergantung disitu...........adam belum pernah naik pentas menerima hadiah kecemerlangan dalam pelajaran.......untuk acara sukan ade la.........ku harapkan ini yang pertama dan permulaan untuk kejayaan anakku yang seterusnya..........Amin

11/9/2011.........aku tidak lagi mengatakan masih ada masa tapi masanya telah sampai...........aku bangun awal pagi aku mengadu pada Allah..........ya Allah berikanlah ilmumu pada anakku....hanya engkau yang berkuasa dan hanya engkaulah pemilik ilmu itu.........aku redha untuk anakku,aku ampunkan semua dosanya dan ampunkan dosa-dosaku yaAllah...perkenankan doaku.....semoga anak kesayanganku berjaya didunia dan akhirat. Amin

15/11/2011............hari ini keputusan upsr adam diumumkan.....aku terlewat sedikit kerana membaca yasin dan sembahyang hajat untuk along yang akan ada paper spm pada hari itu....sesampai di sekolah ku lihat ramai pelajar menangis, ada yang menangis atas kerusi, bawah tangga,ditepi jalan, tidak ada tepukan dan kemeriahan macam selalu, tiadak ada wartawan mengambil gambar...kakiku terus melangkah laju,mata tercari cari anak kesayanganku, kulihat airmukanya keruh....ya allah aku hampir rebah...2A 3B...rupa rupanya hanya tiga orang sahaja pelajar kelas adam yang mendapat 5A,tidak seperti selalu hanya 3  orang sahaja yang tidak mendapat 5A..kukuatkan hati,tabah ,redha ...aku telah menjalankan tugasku sebagai ibu dan aku mengharapkan penangguhan kejayaan ini akan memberikan kejayaan yang lebih besar buat anak kesayanganku  adam...

Thursday, November 17, 2011

sayang, mama tahu betapa pahitnya ....................

Suasana sunyi sepi...ku lihat dia tenang menonton TV...tiada usikan macam selalu..." mama ular kat tv ni kata nak cari mama" dan dia akan berlakon sehingga aku cubit pipinya baru berhenti usikannya...mama tel mama berbunyi...sopannya...mama ada orang mai...katanya bila mendengar alat penggera berdecit tanda pintu bergesel. mama adam tengok ramai kawan adam nangis tapi adam tak tau nak nangis macam mana........luluh hati ibu mendengarnya...adam rasa macam tak lalu nak makan ma...macam kenyang tapi lapar...

mama adam tak mau pi sembahyang kat suraule...nanti adam tak larat nak jawab bila pak cik-pak cik tu tanya...........adam kena terima semuanya....itulah realiti anakku......

itulah sayangku perasaan bila kecewa...itulah perasaan bila hajat tak sampai....mama tahu betapa pahitnya........sabar sayangku.....mama dah selalu nasihat  tapi adam tak faham kerana adam belum rasa lagi ketika itu.............

hilang idea untuk berkata, bagaimana untuk kupujuk anak kesayanganku...lantas dapat idea..." mama rasa elok juga adam dapat result macam ni, kalau tidak adam ingat orang malas boleh berjaya...dan adam akan malas sampai bila-bila........tak pa, nanti adam pergi sekolah orang tak pandai, adam belajar betul-betul....mesti allah bantu adam sebab adam dah rajin...adam jadi pelajar yang pandai disitu, adam tak banyak persaingan..., mama rasa result adam tu dah dekat sangat nak A mungkin tak cukup 1,2 markah je...macam A jugalah...kadang-kadang nasib kita macam tu...adam rasapun macam tu la ma.....reaksi positif ni.....tapi jawapan selanjutnya membuat airmata ini menitis....adam rasa adam kena pi sekolah orang cacat kot...baru adam boleh jadi  pandai daripada orang lain....

Thursday, July 28, 2011

mama & adam

Apa yang Tie fikirkan  tu baik tapi larat ke....jauh tu changlon ke jitra.........abang takut Tie tak larat.......itulah pendapat suamiku semasa aku mengutarakan cadanganku nak ambil alih tugas mengambil adam dari sekolah........

Sejak bulan julai.setiap pukul 1.45 petang aku keluar mengambil anakku adam dari sekolah...cuaca yang panas dan kereta yang bersesak disamping jalan yang di repair....perjalanan tidak menyeronokkan dan terasa payah....sampai disekolah adam sudah menunggu.....ku hulurkan air yang sudah ku beli diperjalanan, kadang-kadang sirap kadang-kadang teh ais.......cuaca panas pasti dahaga, nak pula lepas habis kelas....kulihat sekejab saya plastik air itu kosong...........melihat wajahnya sudah cukup memberi tenaga buat mama memandu pulang ke kolej......

Dikolej kalau tak dak kelas, sambil melayan pelajar, aku masih bersamanya....menemaninya makan dan membuat kerja sekolah.......makanan kegemarannya kari atau sambal sotong  atau ayam masak cabai dan kuah campur...lauk, ikan, telor,sotong atau daging aku selang-selikan takut jemu...seronok melihat dia makan sambil bercerita tentang apa yang berlaku disekolah.................selalu nasi yang dibeli memang cukup-cukup tak lebih tak kurang..........dan lauk yang dibeli kena aje dengan seleranya.........kadang-kadang aku mengacah juga mama tolong suap boleh.........kat rumah kadang-kadang nasinya masih  kusuapkan.

Waktu pulang ..sama-sama mencari juadah untuk makan malam dan kadang-kadang singgah supermarket beli apa yang patut.............

Malamnya kami masih bersama, bersama menonton cerita yang diminati disamping mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.....masalah timbul semasa menyuruhnya mengulangkaji pelajaran.....suruh beberapa kali masih tak bergerak....nak dimarah takut hilang langsung moodnya nak belajar...nak berlembut takut tak buat apa-apa langsung.... kadang-kadang sampai dia lupa apa yang aku suruh....mama suruh adam buat apa tadi....emmmm lamanya baru nak bergerak sammmmmmmmmmpai lupa.....lucu juga tapi mana boleh senyum depan dia...........adam...adam.....pelbagai teknik terpaksa digunakan......... macam-macam ayat aku baca dan hembuskan.............Ya Allah, sungguh menguji kesabaran.........sesekali terdengar suara adam ketawa , menyanyi dan menjerit........lepas geram. dan jika dia terlambat sembahyang isyak sekali lagi masalah timbul nak menyuruhnya sembahyang isyak.......nantila adam rehat sat...sat gi adam sembahyang......sat lagi tu pasti tak ada sat jika tak dibuat tindakan bersungguh-sungguh.........muncungnya boleh diukur...tapi lepas sembahyang muncung tu pasti hilang............

bila pagi walau sekelam kabut macammanapun....perut anak mama pasti berisi......selalunya roti telor kadang-kadang bihun goreng, nasi goreng atau kalau mama ada banyak masa, nasi lemak lauk telor rebus, sambal kosong dan ikan bilis goreng..........nasi lemak masakan mama, adam paling suka....sepinggan habis walaupun waktu baru pukul tujuh pagi....tapi mee goreng adam tak suka........kalau tak sempat sangat mama akan beli nasi lemak tepi jalan dan adam akan makan dalam kereta sambil mama memandu...... ........

Dihari jumaat akulah satu-satunya ibu yang ke masjid....menghantar dan menjemput adam....kadang dengan pakaian yang melucukan...baju kelawar berkot....tak sempat

Diwaktu senja, adam tanpa disuruh akan bersiap-siap kesurau....setelah dipaksa beberapa kali akhirnya dah jadi kebiasaan....."adam pergilah kesurau sembahyang berjemaah...adam membawa keberkatan buat keluarga kita............. "adam sorang aje anak lelaki mama. Papa duk jauh......................

nanti bila   adam dah besar dan berjaya .............ingatlah bagaimana susahnya kita merintisnya bersama-sama dengan penuh kasih dan sayang tanpa pernah mama mengeluh kerana kasih sayang mama tak berpenghujung. Mama tak pernah letih membuat segala-galanya...............Teringat kata-kata seorang imam muda....."semasa saya kecil, mama saya akan pulang kerumah waktu tengahhari untuk memastikan saya mengaji Quraan....kalau saya tak mengaji mama saya akan rotan saya......sebab tu lah dari tak tahu baca quraan sehingga saya boleh baca seperti sekarang ini......kalau saya tahu kebaikannya saya akan suruh mama saya rotan dengan lebih kuat lagi....mungkin bacaan saya akan jadi lebih baik lagi.........tapi semua tu dah berlalu............"