Friday, October 7, 2011

Puan marah ke?????..........

PSPM menjelang lagi.............seperti  semua pensyarah yang lain....setiap kelas selalunya  ada pelajar yang bermasalah dalam pelajaran...........

seperti biasa aku mengambil masa pelajar-pelajar ini free...ku aturkan pertemuan untuk menguatkan lagi kefahaman tentang subjekku Mikroekonomi..........

Terdapat beberapa orang pelajar dikelasku yang sangat lemah...hampir 25% dari pada keseluruhan pelajar...mereka semua agak lambat nak faham sesuatu teori atau rajah..........tapi ada seorang pelajar yang amat mencuri perhatianku........pelajar ini pada mulanya seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap........kali pertama ku panggil, kami berbincang tentang markah kuiznya yang rendah......dia seolah-olah hairan kenapa dia mendapat markah paling rendah sedangkan dia ingat dia buat betul............aku cuba betulkan kefahamannya sehingga dia sedar yang jawapannya tidak menepati kehendak soalan.........

5/10/1011...........entah ke berapa sekian kalinya perjumpaan kami.... aku panggil dia dan ku ajar tentang untung dan tutup firma di kubikku ...aku katakan padanya Jumlah hasil - jumlah kos dapat untung......dan jika firma mengalami kerugian dia akan berhenti operasinya jika jumlah hasilnya tidak dapat menampung semua kos berubahnya..............aku ajar dia buat keluk dan tandakan kawasan untung dan sebagainya..........hampir 2 jam kami buat latihan mengenai masalah untung dan tutup firma...........pukul 5 petang mereka bergerak pergi kerana ada perjumpaan.........aku pesan supaya dia balek baca dan cuba buat teori yang sama untuk pasaran yang lain.............aku lihat dia dah semakin faham.........

pukul 2.00 keesokkan harinya........dia datang lagi dengan rajah semalam tak berusik.......disebabkan dia tidak melukis untuk pasaran yang lain......aku menyuruh dia siapkan apa yang tidak disiapkan........aku tanya dia ........"xxx tak baca ekonomi semalamkan"...tergaman juga dia lantas menjawab "saya buat akaun semalam"..........aku tak marah, tapi sedih juga sebab pelajar ni tak bersungguh2 tapi mungkin dia kena study subjek lain juga....aku cuba memahami keadaan pelajar tersebut.........aku pun menerangkan semula secara ringkas apa yang ku terangkan semalam.......

Dan kefahamannya tentang formula teruji lagi..........jumlah hasil -jumlah kos berubah dapat untung.........aku melihat mukanya dan mengeleng kepala..........Jumlah kos -jumlah kos berubah dapat untung..........dia cuba menjawab lagi.....aku lihat dia teragak-agak menjawab.......aku pun menerangkan semula apa yang aku terangkan padanya sebentar tadi........kadang-kadang suara sedikit meninggi, mungkin letih ulang benda yang sama.......ku lihat kawan-kawannya yang juga lemah  tersenyum.....dia mungkin malu sebab tak faham-faham.......aku tahu dia dah berusaha tapi mungkin allah mengujinya dengan cara ini............Puan marah kat saya ke sebab saya tak faham lagi...tak saya tak marah, setiap orang ada kelemahannya dan kelebihannya.....semakin banyak saya mengajar mungkin semakin banyak pahala yang saya dapat..Insyaallah...jangan risaulah kita belajar sampai faham.....saya tak marah sikit pun.........aku cuba memberi semangat padanya........semasa nak balek aku menasihatinya supaya belajar sungguh-sungguh, baca yasin, sembahyang hajat minta allah permudahkan semuga dibuka hijab yang menutup ketidak fahamannya.........

kadang-kadang letih bercakap benda yang sama.........tapi itulah tugasku........kalau semua pandai mungkin kerjaya ini tidak menarik dan hubungan aku dengan mereka tidak seakrab sekarang..........

No comments:

Post a Comment