HIDUP INI ADALAH WARNA WARNI YANG TERLAKAR PADA KANVAS, WALAUPUN TIDAK CANTIK IA TETAP MEMPUNYAI SEJUTA MAKSUD
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Tuesday, July 12, 2016
Friday, January 25, 2013
BEZANYA
KELETAH TIGA BERADIK SEMASA MELAWAT PEJABAT MAMA
TAPI SEMASA MELAWAT PEJABAT PAPA LAIN PULA KELAKUANNYA....
Saturday, January 12, 2013
Cuti Cuti Malaysia
Selalunya setiap malam sebelum tidur, pasti terbayang anakku iffah dibiliknya di Kolej Mara Seremban dan kawasan sekitarnya serta teman teman kelilingnya, anakku alya di MRSM KUPA dibiliknya dan cerita ceritanya, suamiku yang jarang dirumah, entah di hotel mana suamiku menginap malam ni ,apa yang dimakan, pasti tiada sambal belacan dan ulam kegemarannya....ibuku dikampung, bersendirian dan kesunyian disekitarnya.....dan masih disisi anakku adam yang semakin membesar, kehidupan yang semakin sibuk menyebabkan ada kata hatinya yang tak sempat kudengari....tak sedar air mata mengalir...rindu,sunyi, sepi dan aku juga bahagia dengan nikmat ini........
Bila sesekali dapat bersama, ........kalau tak kerana rindu yang terbendung, pasti kebahagian tak seindah ini. ya Allah aku bersyukur padamu. Dengan bajet sekadar yang telah diperuntukkan, percutian kami menjadi sangat indah dan bermakna.
angah nampak macam takut...tumpang berani along disisi.....
mahal gila .......
yang ni mama berani naik....sebab pusing pusing je...
papa sibuk ambik gambar, last-last gambar papa ambik gambar kami yang dapat di
rakamkan tab along.
sentiasa begini...tenang saja....itulah anakku adam.
jantung mama hampir berhenti berdegup, masa Along dan Adam sampai kat sini,
tempat paling curam dan tinggi. profesionalisma angah dapat merakamkan gambarni..mama ambik satupun tak lekat.
bahagia tengok anak -anak gembira....
angah cuba beranikan diri,along emmm berani sungguh anak mama yang
sorangni... katanya pengalaman tak boleh dibeli...ye latu..

Di hotel, kesibukkan yang berbeza...emm sapa lebih letih...
Relax sat...cantik juga pemandangan di balkoni hotelni.........
mama lebih tinggi dari adam..cereka di pagi hari..
kuang-kuang.....
sampai di JPO...dah dua kali smp johor,akhirnya sampai juga di sini.
ramainya orang, sampai kena beratur...
Aip, bincang apa tu, perbincangan serius untuk beli bag mama..ha ha begitulah keluargaku..semua terlibat walaupun dalam perkara kecil...
kalau beli apa apa dengan papa macam ni la..macam nak buat keputusan nak buat
projek baru dalam mara...ha ha...TQ suamiku.
Akhirnya....
Besoknya singgah KL sebab anak anak tak beli apa-apa lagi...petang besok balik jitra....habis dah cuti. percutian kali ini tanpa mak di sisi...kesian juga mak selalu duk tanya tahun ni kita nak p mana, bila sampai masa, tak boleh p pula...mak sedang buat bilik air baru..belum siap...lain kali panjang umur kita jalan lagi. InsyaAllah.
Friday, November 23, 2012
Entahlah
Selepas magrib, berehat sekejab tak sedar terlelap seketika sambil berterapi mod negative voltage. relax sikit sebab dua orang kanak-kanak ceria kat rumah kata kenyang lagi....masa balik kerja tadi masa masuk rumah dengar along sendawa. alhamdulillah....kenyanglah tu....mama dengar walaupun perlahan...kan mama tahu semua pasal anak mama...........
Selepas tu ada masa sikit baca blog....terasa kerdilnya diri....entahlah rasa banyak sangat benda yang tak aku lakukan lagi dan kadang-kadang tak pernah terfikir untuk aku lakukan....sedangkan mereka terfikir untuk melakukannya...........
tengah mengadap komputer dah pukul 11.49 malam, angah tel dari mrsm...biasalah setiap hari mesti buat laporan apa yang dia lakukan. sempat nasihat angah, besok jumaatkan...walaupun angah tak boleh sembahyang...jangan bangun lewat sebab rasulullah tak pernah bangun selepas matahari terbit....ikut sunah dapat pahala ( sebenarnya itulah yang aku dapat semasa ceramah maulidur rasul di masjid petang tadi)....hari yang angah lalui jadi berkat.....ya mama...selalu begitulah anakku alya sentiasa mengiakan...alhamdulillah.
semalam masih teringat nasihat aku padanya ....angah mesti yakin Allah akan tolong angah untuk menghadapi PMR....selepas sembanyang jangan lupa doa betul-betul, minta sungguh-sungguh....jika ada dua orang yang sakit kronik, seorang sentiasa fikir akan sembuh dan seorang sentiasa fikir akan mati, yang sentiasa fikir akan sembuh akan lebih sihat dari yang sentiasa berfikir untuk mati... (teringat cerita timbalan pengarah ku tentang perbandingan dua orang sahabat atau saudaranya yang mengalami kanser payudara) yang angah fikirkan dan sematkan dalam hati angah merupakan doa....ya mama sekali lagi mengiakan kata-kata mama...ternampak-nampak macam anakku sedang mengangguk-ngangguk kepala....
Entahlah kadang-kadang rasa bersalah pada anak-anak....banyak benda yang sepatutnya menjadi hak anak-anak tidak dapat aku dan suami lakukan....mama cuba qadha setelah mama sedar ....bacaan dan pengalaman banyak menyedarkan mama menjadi lebih baik untuk anak-anak mama...tapi kadang-kadang ia merupakan satu perubahan yang sukar untuk anak mama terima...semoga allah mempermudahkan mama.....amin....
Monday, November 19, 2012
mencuri masa
Inilah kesekian kalinya aku tidak bercuti diwaktu cuti semester.....tujuh hari bekerja dalam seminggu, letih, penat, sakit seluruh badan....teringat kata seorang teman, setiap ketentuan yang ditetapkan Allah dan kita dipilih melakukannnya..disini rezekiku..aku pasrah semoga allah mempermudahkan semua kesulitan...
adam dan angah cuti sekolah, setiap hari makan nasi bungkus.....mama kerja lagi hari ni....pertanyaan mereka selamba saja tapi dalam nada yang berbeza setiap hari...Ti kerja lagi hari ni, tanya suamiku bila nampak aku bersiap untuk ke office pada hari minggu dan cuti umum maal hijrah.....kalau orang kata kakitangan awam. atau cikgu atau pensyarah tak kerja bersungguh-sungguh tak berbaloi dengan kenaikan gaji. mau aku cekik orang tu.............
Dalam ruang yang terbatas sempat juga membawa 2 beradik tu bercuti, tempat yang paling dekat sungai petani dan langkawi....p langkawi kami p bertiga saja, sedih juga naik teksi dan berasak asak membeli tiket feri sendiri...cuti sekolah lautan manusia di jeti....alhamdulilllah kami berjaya sampai...suami menunggu di jeti kuah...
adam dan angah cuti sekolah, setiap hari makan nasi bungkus.....mama kerja lagi hari ni....pertanyaan mereka selamba saja tapi dalam nada yang berbeza setiap hari...Ti kerja lagi hari ni, tanya suamiku bila nampak aku bersiap untuk ke office pada hari minggu dan cuti umum maal hijrah.....kalau orang kata kakitangan awam. atau cikgu atau pensyarah tak kerja bersungguh-sungguh tak berbaloi dengan kenaikan gaji. mau aku cekik orang tu.............
Dalam ruang yang terbatas sempat juga membawa 2 beradik tu bercuti, tempat yang paling dekat sungai petani dan langkawi....p langkawi kami p bertiga saja, sedih juga naik teksi dan berasak asak membeli tiket feri sendiri...cuti sekolah lautan manusia di jeti....alhamdulilllah kami berjaya sampai...suami menunggu di jeti kuah...
![]() |
| demam tapi dapat juga layan anak teruna sorang ni |
![]() |
| angah dah boleh berenang |
![]() |
| macam belangkas dua beradik ni. |
along, mama dan papa bawa angan & adam berenang....."iffa tak rasa apapa pun" jawabnya tak seiring antara kata hatinya dgn bicaranya...hari ni 19 hb nov,along peperiksaan akhir, walaupun tak dikira dalam A levelnya, ia tetap juga penting...good luck iffah, semoga allah memudahkan perjuangan buahati mama yang sorang ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































