Monday, January 17, 2011

Senduduk yang diingati............


buah langsat kuning mencelah
senduduk sudah tidak berguna lagi
bila dapat gading bertuah
     senduk masih lagi diingati

masih diigati....sepanjang lapan tahun tak pernah kemalangan...tak pernah meragam...cuma selalu sesat jalan...tu pasal tuan dia tak cam jalan
dan masih dalam ingatan "Apa yang cik cuba buat" tanya uncle cina bila aku cuba keluar dari petak parking dan  tak boleh-boleh........"

TERIMA KASIH...KCS....WIRAKU

Friday, January 14, 2011

Saatku kerdipkan mata..............



Biarkan segala sesuatu
mengalir seirama takdir
jangan sesekali-kali kau tertidur
kecuali tetap berwaspada
saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang
ternyata Allah telah mengubah keadaan
Itulah antara kata-kata yang kupetik dari sebuah buku dan ku rakamkan semula di "Detik hidupku"
Semalam hari khamis...seperti biasa sejak kedua puteri dan suamiku tinggal berjauhan....pulang dari kerja penuh kesepian...tinggal aku berdua dengan  anak bujangku Adam....
Semasa pulang dari kerja, kereta ku perlahankan melihat warung nasi kegemaran Adam dah dibuka ke belum.....ingat nak beli 3 bungkus untuk aku, mak dan adam..........ingat nak balek kampung, rindu pada mak...boleh kami bertiga tidur satu kelambu macam selalu......warung tu tak buka pula............
Sampai dirumah berehat sekejab...tiba-tiba loceng berbunyi............"mama, ibu mai, dia kata angah tunggu mama kat hostel,dia boleh balek" jerit Adam kegembiraan............
lepastu talipon berdering...."Tie abang on the way nak balek ni."...........
lepastu, iffah talipon....perkabaran gembira disampaikan......
"saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang ,ternyata Allah telah mengubah keadaan "

Wednesday, January 12, 2011

ibu.....hebatnya











Terbaca suatu artikel di suratkhabar....tajuknya kejayaan insan-insan cemerlang sepanjang 2010... diantara insan-insan yang dipilih ialah imam muda, atlit basikal negara, pelawak, pereka fesyen, dan lain-lain, mereka  di tanya berbagai soalan.. antaranya siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda............semuanya menjawab ibu atau keluarga......jadi kesimpulannya siapa yang menjadikan ibu atau keluarga sebagai sumber inspirasi selalunya berjaya dan jangan lupa ibu serta keluarga.............. 

Teringat cerita aku dan ibuku....
Setiap hari sabtu aku akan melawat ibu, jalan kekampung ialah jalan tepi bendang  yang sempit...walaupun bertar tetapi hanya muat satu kereta sahaja...kiri kanannya bendang....mencabar bagiku....kalau motorsikal lalupun aku dah gelabah................setiap kali melalui jalan tersebut aku akan berdoa dalam hati ya Allah permudahkan aku untuk melawat mak yang aku sayangi...jangan jadikan jalan yang sempit ini sebagai penghalang.......alhamdulilliah selalu aku tidak bermasalah melalui jalan tersebut..........hebatnya ibu.....

Dan setiap bulan aku akan membeli beras untuk ibu...selalunya 60 kilo atau lebih....menjadi masalah bila menolak troli menuruni cerun untuk kekereta..........takut juga kalau-kalau terbalik troli tuu......... dan setiap kali aku menolak troli  sampai di cerun untuk keluar dari supermaket.........ada-ada saja  orang yang datang menolong........orang melayu selalulah..pernah juga pemuda cina dan siam menolong menolak troli untuk aku...itulah Allah akan mempermudahkan kita jika kita berhasrat menolong ibu............hebatnya ibu.....

Teringat juga cerita seorang yang berjaya dalam hidup........bergelar jutawan.........antara rahsianya ialah setiap bulan mesti memberi duit untuk ibu walaupun sedikit............

Ibu sangat berbisa dan sangat mujarab..............airmatanya walau setitis menitis kerana kecil hati atas perbuatan  kita........tiada keberkatan bagi anak tersebut...........tapi jika dia mendoakan untuk kita.........doanya amat mujarab...

Aku punya ibu dan aku adalah ibu..............

Tuesday, January 11, 2011

Di timang gelombang...........





Angah memasuki MRSM tingkatan satu dengan penuh kehebatan.................semasa aku dan suami menghantarnya.........dia terus berlari mencari bilik dan terus mendapat kawan........ada cikgu MRSM kata anak Encik Juha yang sorangni berbeza............

"angah tak tahu kenapa orang duk menangis masa duk asrama..........ala rindu dekat mama dengan papa tak kan sampai menangis.........kan boleh jumpa masa weekend." katanya memberi pendapat...seolah-olah hairan melihat kawan-kawannya menangis.......
Angah dipilih sebagai "freshie queen" masa orientasi.......
Angan di lantik menjadi naib presiden kelas
Angah dilantik menjadi bendahari homerome
 Bila aku dan suami pergi mencari angah di asrama..........kebanyakkan pelajar kenal angah......."oooo student form one yang mata cantik tu........" itulah gelaran untuk angah.........."
"Angah suka berkawan dengan budak form two, three, four....semua tu kawan-kawan along" rasa seronok sebab anakku ramai kawan.............
selepas seminggu di asrama..." mama esok mama bawa duit banyak sikit......angah nak bayar hutang makcik cleaner dan hutang KOOP..........." aku dan suami tergelak besar.........baru seminggu duk asrama dah pandai berhutang.........

sebaliknya pula..........

Dua tiga minggu selepas itu, angah mengalami masalah menyesuaikan diri dalam kuibmatenya.....
semua pelajar form one tak mau kawan dengan angah, "semua orang boikot angah".......bunyi macam masalah serius...........
angah ponteng kelas sebab temankan kawan yang bermasalah..
angah sentiasa tidur sebab tak dak kawan
angah sukar untuk bangun pagi........kawan-kawan kuib dah tak larat nak kejut...

semua ini menjadikan aku tidak boleh tidur malam, bangun tengah malam sembahyang hajat untuk angah.....baca yasin untuk angah........semoga angah dipermudahkan semua urusan di sana....kami sekeluarga risaukan angah...along kat Taiping tiap-tiap pagi akan call angah untuk kejutkan angah.......kalau angah tak bangun along akan minta kawan-kawannya form 4 ketika itu kejutkan angah...atau kadang-kadang minta mereka temankan angah sebab angah tak ada kawan..........

Aku dan suami sampai jumpa pengetua, kaunselor serta HEP untuk menyelesaikan masalah angah...........

Bila aku dan suami syorkan angah pindah sekolah..........katanya..."alah masalah angah tu sikit aje...sebabtulah angah tak mau cerita dekat mama dengan papa........masalah tu sat je lepas tu ok le...angah pun tak tau nak ceritalah masalah angah sebenarnya macammana, angah suka duk kat MRSM ni , angah boleh selesai semuanya".........pening kepala kami suami isteri...kata-katanya macam ok je........ tapi tiap-tiap malam talipon nangis..........

Seminggu 3 kali aku melawatnya..........khamis, jumaat dan sabtu.........kalau aku terlewat pasti dia akan tertidur dikatilnya sebab terlalu lapar, lambat bawa makanan.....RM 50, 4 hari dah habis.......tak temasuk biskut dan makanan yang  yang aku bekalkan lagi..........."angahkan takut nak makan ikan, nanti kalau lekat tulang macam mana.........."sebab tu kalau menu bukan lauk ayam angah tak pi Dewan makan...."

Anakku Alya....hidupnya penuh warna...........kini dah di tingkatan 2........
Permulaan persekolahan bermula dengan keadaan yang amat meyakinkan...............angah jadi bendahari kelas dan homeroom...angah suka pegang duit....macam mamalah tu, suka kira duit...."angah tak mau jadi naib presiden kelas sebab depa duk usik angah dengan presiden kelas...angah tak suka dia...angah letak jawatan naib presiden dan angah jadi bendahari".......ceritanya padaku.......

Kelas  agama...angah tak tau baca tulisan jawi...tup-tup cikgu suruh angah baca......angah ingat baca jawi macam baca al Quraan...angah pun baca bersungguh-sungguh siap dengan tajwid lagi...ada tempat angah baca panjang, ada tempat angah baca pendek....ada tempat kena dengung angah pun dengung lah...tiba-tiba kawan sebelah angah cuit angah...dia kata "alya ni karangan jawi bukan  Quraan"...angah pun berhenti...dan bila angah lihat keliling semua orang duk tutup mulut dan tekan perut tahan gelak.... nampak cikgupun duk tahan nak tergelak kat angah.........angah malu tapi angah buat selamba aje........,

Puan Noryati Mohd Saad, ibu kepada Alya Afina..........Saya pegawai HEP dari MRSM........ala apa pula angah ni detik hatiku........"taklimat suntikan ....sedang diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 2, saya tengok anak puan tidak begitu bersedia untuk suntikan tu."....
aku minta kebenaran untuk bercakap dengan angah....... "mama tolong angah, angah tak mau cucuk.........angah takut.........tangisannya semakin kuat........ma, angah tak mau.........."

anak ku alya....telatahnya adakalanya buat jantung mama berdegup kencang........ada kalanya buat mama tak kering gusi............itulah kehidupan............semasa dirumah ditimang mama.........tapi bila jauh dari mama ditimang gelombang...........pandai-pandailah sayang membawa diri....mama sentiasa ada untuk anak kesayangan mama ...mamakan kawan karib angah..........

Monday, January 10, 2011

Tangisan tetap sama


"mama............sat lagi masa sejarah"........kedengaran suara ifa dihujung talipon. jadi kenapa?...soalku.....suaranya semakin sayub dan kedengaran esakannya semakin kuat...........hatiku semakin berdebar........kenapa fa.............cerita dengan mama satu-satu.....dia pun mula bercerita.........."cikgu sejarah tu garang....dia   mesti marah ifa pasal ifa sorang je yang tak dapat A dalam kelas tu"............baru aku faham   pekara sebenarnya...............macam-macam kata nasihat dan semangat ku berikan.....akhirnya tangisannya reda............

walaupun anak sulungku dah berumur hampir 17 tahun, nampak sudah berani dan berdikari...............namun tangisannya masih sama  ketika dia di pangkuanku dulu...............

ketika jatuh semasa belajar berjalan.........
ketika  pertama kali dihantar ke nursery............
ketika bergaduh dengan kawan di padang permainan..........
ketika takut  naik ke pentas untuk membuat persembahan tadika semasa  umurnya 5 tahun........
ketika mendapat rawatan di PMC semasa berumur 11 tahun...........
ketika tidak dapat menyesuaikan diri  dengan kawan-kawan takkala mula menjejak kaki keasrama.MRSM Pendang (tingkatan 1)........
ketika mula-mula menjejak kaki ke asrama MRSM kubang pasu (tingkatan 2)......

Mama bangga sayang, diwaktu esakan  dan debaran anak mama tak dapat di kendalikan.....walaupun anak kesayangan mama semakin dewasa.........mama masih menjadi bahu untuk anak mama menangis,  anak mama masih tenteram mendengar kata-kata mama..............terimakasih sayang kerana mama rasa mama amat dihargai.............