Termenung lama di atas katil,
lama juga di bilik air…..tiba-tiba dikejutkan …” tie abang dah nak p
kerja”….napa abang p awal sangat…dah pkul 7 lebih dah ni….ye ke…jawab aku
seperti berada dlm dunia lain, rasa seperti hilang sesuatu, kepala rasa ringan
sangat, hati rasa amat lapang, dah lama tidak rasa lapang begini ………..ya allah
akhirnya sampai tarikh ini 22/11/2012………….alhamdulillah.
Buat teman-teman jawatankuasa
persiapan tempat dan hiasan kakom 2012, terimakasih atas komitmen semua. Maaf
cuti semester teman –teman menjadi medan
kerja yang tidak berpenghujung. Terimakasih atas semua jawapan ok bagi setiap
permintaan, terimakasih pada setiap senyuman ketika kita mengharungi kepayahan, terimakasih pada
setiap sokongan di waktu diri ini hampir
longlai, terimakasih kerana idea-idea
yang memudahkan, terimakasih pada penataan landscape yang indah dan menarik walaupun
terdapat banyak kekangan dan perubahan serta dugaan, terimakasih kerana keringat yang mengalir, terimakasih kerana
hadir diwaktu yang amat diperlukan……. bekerja bersama teman teman merupakan antara saat dan detik yang indah bila dikenang semula....
Buat Yan,ard,rafi,liza,ros,yanti,syitah,jama,din
dan lis. Tahniah buat semua, akhirnya kita Berjaya merialisasikan perancangan
kita walaupun terdapat perubahan mencabar disaat genting. Sekali lagi tahniah dan maaf jika ada tutur bicara dan gerak laku yang membuat teman-teman terasa hati…………..
Dunia ini bulat, hari ini teman-teman mengatakan ya pada
permintaan orang lain, hari esok diwaktu teman-teman ada permintaan, insyaallah
akan ada pertolongan yang datang. Semoaga Allah melihat keihlasan kita. Amin………………….


No comments:
Post a Comment