Selepas magrib, berehat sekejab tak sedar terlelap seketika sambil berterapi mod negative voltage. relax sikit sebab dua orang kanak-kanak ceria kat rumah kata kenyang lagi....masa balik kerja tadi masa masuk rumah dengar along sendawa. alhamdulillah....kenyanglah tu....mama dengar walaupun perlahan...kan mama tahu semua pasal anak mama...........
Selepas tu ada masa sikit baca blog....terasa kerdilnya diri....entahlah rasa banyak sangat benda yang tak aku lakukan lagi dan kadang-kadang tak pernah terfikir untuk aku lakukan....sedangkan mereka terfikir untuk melakukannya...........
tengah mengadap komputer dah pukul 11.49 malam, angah tel dari mrsm...biasalah setiap hari mesti buat laporan apa yang dia lakukan. sempat nasihat angah, besok jumaatkan...walaupun angah tak boleh sembahyang...jangan bangun lewat sebab rasulullah tak pernah bangun selepas matahari terbit....ikut sunah dapat pahala ( sebenarnya itulah yang aku dapat semasa ceramah maulidur rasul di masjid petang tadi)....hari yang angah lalui jadi berkat.....ya mama...selalu begitulah anakku alya sentiasa mengiakan...alhamdulillah.
semalam masih teringat nasihat aku padanya ....angah mesti yakin Allah akan tolong angah untuk menghadapi PMR....selepas sembanyang jangan lupa doa betul-betul, minta sungguh-sungguh....jika ada dua orang yang sakit kronik, seorang sentiasa fikir akan sembuh dan seorang sentiasa fikir akan mati, yang sentiasa fikir akan sembuh akan lebih sihat dari yang sentiasa berfikir untuk mati... (teringat cerita timbalan pengarah ku tentang perbandingan dua orang sahabat atau saudaranya yang mengalami kanser payudara) yang angah fikirkan dan sematkan dalam hati angah merupakan doa....ya mama sekali lagi mengiakan kata-kata mama...ternampak-nampak macam anakku sedang mengangguk-ngangguk kepala....
Entahlah kadang-kadang rasa bersalah pada anak-anak....banyak benda yang sepatutnya menjadi hak anak-anak tidak dapat aku dan suami lakukan....mama cuba qadha setelah mama sedar ....bacaan dan pengalaman banyak menyedarkan mama menjadi lebih baik untuk anak-anak mama...tapi kadang-kadang ia merupakan satu perubahan yang sukar untuk anak mama terima...semoga allah mempermudahkan mama.....amin....
No comments:
Post a Comment