Friday, June 22, 2012

Along dan SPM

ma, pa kalau iffah tak dapat MRSM vitara iffah nak tukar sekolah...iffah tak mau duk lagi kat MRSM kubang Pasu....tiba-tiba suara itu keluar sewaktu kami dan ibuku dalam sebuah perjalanan.....terkejut kami semua....mak bersuara...iffah tu nampak lembut tapi hati dia keras....papa dan mama kecut perut dah, nak pi sek mana lagi ni...mrsm mana boleh tukar-tukar kalau tak ada alasan yang kukuh. nak pi sek kementerian sekolah mana pula...smj ...nanti masalah macam dulu...susah nak p sek dengan apa.....teringan juga ceritanya masa jawab soalan IQ test...mama tau iffah terlupa bawa kalkulater...iffah jawab ajela...tak dapat kot...iffah hentam saja...kata-katanya mcm dia tidak berharap untuk kesekolah MRSM vitara...aku tak kisah, lagi dekat sekolah tu dengan rumah, lagi baik.............


akhirnya ma, iffah dah call Kl, iffa dapat  MRSM Thaiping....iffa nak pi....ifa nak pi ma....boleh kan....seram sejuk, deman dah mama...semakin jauh le anak ku yang sorang  nii..... tapi dulu semasa iffah sekolah rendah...aku dan suami pernah berbincang pasal trek pantas ni...entah mengapa kami yakin iffah dapat sampai  ke sini..........mungkin percakapan kami pada ketika itu di dengari yang maha esa.

bermula kehidupan iffah di MRSM taiping....sebulan sekali iffah kan balik........balik dengan bas maktab, kami akan hantar iffah untuk pulang ke MRSM.........tingkatan empat iffah bermula dengan 3.0 CGPA yang paling rendah yang pernah iffah dapat. Ma hari ni hari penyampaian hadiah anugerah pengetua...iffah jadi penyambut tetemu....malunya iffah tak terima hadiah tu....aku faham perasaan iffah.  tak pa fa, untuk periksa sekali lagi iffah akan dapat hadiah tu...iffah study betul-betul....cakap dengan mama subjek apa yang ifa tak faham...nanti mama tolong....

sem 2 iffah sibuk pula dengan projek robotik...iffah menang peringkat kebangsaan....ma iffah kena lawan sekali lagi ....kalau menang dapat p oversea. Tak payah bertanding lagi...iffah cakap kat cikgu iffah tak mau teruskan...kalau orang lain nak ganti iffah gantilah...cukup ada sijil menang peringkat kebangsaan. fokus pada syudy pula....alhamdulillah mendengar cakap juga anakku....ifffah berhenti setakat itu dan tak sibuk lagi...tapi peperiksaan sem 2 prestasi anak mama meningkat sedikit sahaja 3.3 lebih........................masih belum dapat anugerah pengetua.............sekali lagi iffah hampa....


tingkatan empat berlalu dengan pencapaian yang tidak begitu memberansangkan....mama belum putus asa....anak mama masih ada masa lagi....perbagai kata semangat dan peransang diberikan....tapi iffah bukan seorang yang rajin study...(semasa buat ujian psikologi warna anak mama adalah jingga, orang yang tak suka ikut peraturan dan akan buat sesuatu bila dia suka ... bila dia tak mau, jangan paksa)...mama hantar iffah tution masa cuti sekolah...sekurang-kurangnya anak mama belajar............ma iffah rasa nak termuntah dah mama, pi tution...mama buat tak tau saja rungutannya...

Tingkatan lima bermula dengan penuh harapan....ifa study betul-betul jangan buat macam PMR dulu...allah dah tolong iffah masa PMR dulu...jangan buat lagi kita tidak selalu bernasib baik...SPM banyak nak kena baca....dia hanya mengangguk saja...

periksa sem 1 tingkatan 5 iffah dah mula dapat anugerah pengetua...mama terlompat-lompat masa dapat result kat rumah ...iffah dah come back.....ini satu permulaan yang baik...aku yakin anak aku dah mula study..........iffah dah mula dapat 100 untuk mode math...ad math dah mula dapat lebih dari 70......peningkatan yang ketara dalam matapelajaran math....mama sangat bersyukur....anak mama dah mula yakin.....tapi bila sampai pra trial ....iffah belum sempat habis baca, result iffah teruk hanya dapat 2A. mama tahu iffah tak boleh buat bukan sebab iffah tak boleh..tapi iffah tak habis baca....walaupun jauh...mama tahu anak mama...sebab tu mama tak risau sangat walaupun iffah dapat hanya 2A pada pra trial.............walaupun cikgu komen macam-macam masa perjumpaan dengan mama, ...tapi mama yakin anak mama boleh...mama kenal anak mama...........lepastu trial betul-betul iffah dapat 7A...iffah dah layak isi borang untuk ke U dengan result trial.............2 subjek sains iffah masih yo-yo....mama risau sangat pasal ni..macam -macam mama pesan...siap buat jadual lagi .... mama rasa iffah ada peningkatan....mama sangat bersyukur....mama dapat rasakan anak mama dah mula syudy....

tapi jawapan ifa menakutkan mama " ifa dapat 7A tu pasal soalan ramalan  ifah betul..."jawapan iffa selalu buat mama kecut perut...... peperiksaan akhir iffah juga dapat anugerah pengetua.

hari anugerah...mama tahu anak mama tak dapat first class macam selalu...mama tahu iffa hampa dan malu...."mama tau tak iffah dapat second class upper saja...iffah malu mama"....aku tahu itu sebabnya di hari anugerah dia hanya meminjam baju kawannya sahaja. mama tak mai pun tak pa...." mama dan papa akan pi...tak pa iffah first class ke second class  ke tak apa...yang penting SPM...iffah tak dapat first class bukan sebab iffah tak pandai tapi sebab form 4 iffah tak study...buat betul-betul masa SPM...mama yakin anak mama pandai dan boleh...iffah boleh....itu kata-kaa semangat yang aku berikan....tapi sebenarnya hati mama  sedih bila melihat muka iffah yang pucat dan badan iffah yang semakin kurus...mama tahu iffah teruk kena study sebab study iffah baru bermula diwaktu SPM hampir dua/tiga  bulan lagi...........sedangkan ramai kawan- kawan lain dah lama bermula.....

Masa SPM...mama masa jawab BM tadi iffah ngantuk sangat....ya Allah ayat itulah yang amat menakutkan aku...,iffah boleh buat tak, boleh, tapi iffah tak tau betul ke salah....lagi mama kecut perut...sejarah penat aje iffa buat soalan ramalan, satu pun tak naik. agama ada yang iffah tak ingat...tapi ifah boleh jawab tapi tak tau betul ke salah...math ok. subjek sains...fizik susah le mama tapi peper 3 tu iffah boleh buat, kimia susahnya..tapi iffah jawab semua le,  tak kan tak jawab kot..bio susah tak mau cerita..iffah rasa fizik paling susah ....hai tak kan semua susah along...emmm iffah dah lupa le mama ...iffah tak mau ingat dah...

Selepas SPM iffah minta izin nak tengok wayang dengan kawan-kawan....masa balik iffah balik naik teksi...
dan di malam itu tiba-tiba ifah menangis sungguh-sungguh...terdengar esakkannya yang amat sangat dihujung talian telefon, waktu tu aku berada di rumah mak...kenapa sayang tanyaku penuh suspen dan kecut perut..."Driver teksi tu kata kat iffah, iffah dapat 1 B dalam SPM, pasai apa dia kata iffah macam tu....dia tak kata kat kawan iffah  pun...mereka naik teksi berlima."   selepas tu hati aku dah mula senyum...ayat itu menandakan anak aku dah berusaha bersungguh-sungguh dan yakin.....................alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment