Cuti sekolah bermula, angah pulang pada hari khamis, along pulang pada hari jumaat……
Hati ibu mana tidak gembira dapat bersua anak-anak yang amat dirindui….. setiapkali nadi ini berdenyut tak pernah satu saat pun aku tidak merindui anak-anakku…dan setiap kali itu jugalah hati ini memanjatkan doa buat mereka dan setiap detik itu jugalah kerisauan bersarang dihati…..teringat kata seorang teman…”usazah Asmak” biarlah Allah yang menjaga mereka kerana kuasa dan kederat kita tak mampu menjaga setiap detik anak kita” …….Allah amat berkuasa dan amat penyanyang ….semoga anakandaku sentiasa terpelihara dari sesuatu yang merisaukan diriku…..
Pagi-pagi aku ke pasar, sebelum ke pasar aku ke bank mengambil duit…. Rasa macam duit dalam beg tak cukup….along suka ketam, angah suka ikan besar, udang menjadi kegemaran ketiga-tiga anakku…. Ayam mesti di beli sebab kalau tak dak ayam angah macam tak berselera…adam suka kari ikan besar…..masak tiga rasa juga kegemaran mereka bertiga suka…
Semuanya ku beli, udang sekilo RM 48.00, ikan sekilo RM 25.00 ……..kat pasar Jitra tak banyak sangat yang boleh dibeli….keesokkan harinya aku ajak suamiku ke pasar nelayan di Kubang Rotanpula.. disitu ada ketam,ikan,sotong……dan seperti biasa makanan wajib kami suami- isteri ulam –ulaman dan cabai Melaka……
Suamiku tersenyum saja tengok aku shoping kat pasar….. dia pun sama macam aku….anak nak balek….
Tiga minggu anak-anak ku berbuka kat asrama…selalu masa telipon…mereka akan kata sedap tapi aku macam tak percaya…aku juga pernah duk asrama…faham rasanya keadaan diasrama……angah , boleh juga aku dan suami hantar makanan berbuka….along tak dapat nak merasa sebab jauh….
Menu hari pertama anak-anak berbuka di rumah…ikan gerut tiga rasa dan masak lemak udang besar, kangkung goreng belacan ….resepi diubah ikut citarasa anak-anakku….aku dan suami mesti ada ulam dan sambal belacan…sedih tengok anak-anak ku makan…. Adam memanglah tiap-tiap hari makan banyak…. Hari ni lagi banyak…. Riuh rendah meja makan… semua lauk mereka berebut…. Sampai air pun mereka berebut nak minum…sapa dapat dulu jadi pemenang….. aku dan suami sekadar jadi pemerhati…. Bahagia rasanya……kalau boleh saat itu nak ku hentikan puaran bumi supaya ia tidak berlalu…….
Lepas magrib berlima berjalan bersama-sama kesurau…..selalu bertiga kini berlima…..terlalu bahagia rasanya…
Menu hari kedua, masak lemak ketam, Ikan siakap bakar, sayur campur……ulam dan sambal belacan…. Anak-anak ku makan sehingga menjilat jari….
Syukur padamu Ya Allah atas limpah kurniamu aku mampu menyediakan makanan kegemaran anak-anakku ………..
No comments:
Post a Comment