Impianku hampir semua di penuhi ilahi… ingin punya suami yang baik, memiliki sebuah rumah yang selesa, ingin punya anak-anak yang sempurna, ingin punya pekerjaan, kesihatan yang baik, mempunyai teman-teman untuk berkongsi bicara, mempunyai ibu dan adik-adik yang menyayangiku… malah Allah berikan terlalu banyak nikmat yang selama ini aku tidak pernah fikirkan….alhamdulilllah…Engkau amat penyanyang dan pemurah tuhanku………….
Dalam nikmatmu yang melimpah ruah ini dan kasih sayang mu yang tak bertepi……….mengapa aku masih menghitung kata-kata insan yang menyakitkan, memendam rasa apabila hati ini diguris, sedih bila niat suci tidak ada yang memahami, merajuk bila hasrat tak dipenuhi, pilu bila rintihan tidak didengari, kecewa bila impian belum tercapai………….…
Sedangkan baki umurku semakin kurang bersisa, dan semasa aku mengadap ilahi nanti dalam neraca timbanganku hanya amalanku sahaja yang akan dihitung….Dan aku juga tahu dibelakang setiap insan ada syaitan yang belalainya panjang mencari masa mencucuk hati supaya lalai dan tidak mensyukuri nikmat Allah………..aku tahu…aku tahu semuanya………………….
Mengapakah diusia begini aku tidak memperbanyakkan zikirku yang tak pernah cukup ku lafazkan… memperbaiki amalan wajibku supaya benar-benar diterima ilahi, memperbanyakkan amalan sunat yang amat jarang kulakukan, meneroka ilmumu yang luas untuk mencari kebesaranmu..…mensyukuri semua nikmat Allah dengan besedekah ………………dan bersedekah yang paling mudah ialah berzikir….daripada hanyut dalam godaan iblis dan syaitannnnnnn……..mengapa hati sering gundah pada segelintir nikmat yang tidak kukecapi itu…..
Aku teringat suatu cerita dizaman Rasulullah S.A.W, apabila melihat seorang yang buta, sopak, pekak, bisu dan miskin sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, nikmat apakah yang dikurniakan pada orang ini, Rasulullah S.A.W menjawab “bukankan dia dapat kencing dengan sempurna….” Ya Allah berbanding dengan orang ini aku lebih malah terlalu sempurna…………………………….ALHAMDULILLAH…………………………
No comments:
Post a Comment