Thursday, October 14, 2010

Kaulah laguku, Kau irama terindah.....................

1989….. Pakcik meninggalkan aku sewaktu aku di universiti…..disebabkan dia terlalu lama menderita aku lebih merelakan pemergiannya….tapi ia merupakan tamparan hebat buat nenekku yang kupanggil tok…… tapi kesabaran tok  amat aku sanjung…. Orang kampong memanggilnya Siti Fatimah…dialah idolaku…
selepas itu moyangku yang ku panggil Nyang  Nab meninggalkan aku.  Semasa hayatnya aku selalu menjenguknya semasa cuti semester. Berbagai cerita kami bercerita…tentang kehebatan nenekku menjadi Mak Andam Sultan, cerita tentang moyang aku yang berkahwin dengan Sultan Kedah, cerita tentang anak-anak dan menantunya….. aku sering menjadi pendengar yang setia…. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya… kalau aku lihat dia sedih aku akan memeluknya…. Kami  sama-sama menangis……aku selalu berjanji dalam diri untuk menjaganya bila aku besar……Tapi tak sempat….
Arwah Wan….
Semua kawan-kawan wan memanggil aku chik….itulah panggilan manja untuk aku…mungkin aku merupakan cucu sulung  dan akulah paling kecil dalam keluarga pada ketika itu….…wan terlalu berbangga dengan kejayaanku yang sebenarnya tak seberapa…selalu diceritakan  tentang aku pada kawan-kawannya…sampaikan  dalam tesis pelajar USM yang menceritakan tentang kerjaya wan sebagai seorang pembuat keris (wan seorang pembuat keris yang mahir) ada tertulis nama aku sabagai chik…bukan noryati…
Pernah sewaktu kami tinggal berdua, aku nak makan pulut, aku tak tahu masak, wan pun tak tahu masak..tapi dia cuba masak juga demi aku  …..lembik jadi bubur…kami ketawa…., tak lalu nak makan….bila tok balek dari bendang, mengucap panjang tenguk kami dua bercucu…
Wan selalu batuk dan dia akan makan ubat batuk tak ikut jadual dan tak suka berpantang,   bila aku balek dari asrama wan pasti jadi baik….makan ubat ikut peraturan dan pantang apa yang tak boleh dimakan  tapi sakitnya akan menjadi-jadi bila aku ada…..mak dan adik-adik akan senyum
Wan akan menunggu aku dengan basikal tua di pekan Tunjang bila aku balek dari asrama, menghantar  makanan kegemaran aku “gulai ikan sepat benua” bila datang melawat aku kat asrama..satu beg besar dibawanya untuk aku dan kawan-kawan…selalunya wan tak datang masa melawat , wan akan cari aku kat kelas… kalau ada lelaki tua yang bebaju melayu datang membawa beg makanan kekelas aku…itu pasti wan…..memberi duit untuk membeli uniform St John….memarahi ayah atau mak jika aku dimarahi…”kalau tak mau jaga chik bagi aku jaga”, menghadiahkan sebilah keris kepada HM Sekolah Menengah Derma, EN. Mohd Zin semasa aku Berjaya dalam SRP….     Terimakasih wan…
Semasa wan sakit…Aku puas mengubati penyakit wan…. tapi ralatnya aku tak pernah berjaya mengungkapkan pada wan semasa hidupnya bahawa aku sangat sayang dan bangga punya wan sepertinya…aku pernah cuba lakukan tapi tak terkeluar dari mulut ini……..mungkin apa yang pernah aku lakukan dan katakan tidak melambangkan sebenarnya  100% isi hatiku…..maafkan chik , wan….wan lah wan yang paling baik di dunia ini…. Alfatihah….semoga allah akan membalas kasih sayang wan pada chik dengan rahmatnya amin…..
Sebab itu sehingga sekarang aku mudah mengucapkan sayang dan memeluk orang yang aku sayangi….. kerana aku takut aku tidak sempat  lagi….( tapi taklah sampai melanggar batas agama)
Arwah Tok…..
Bapa tok aku keturunan dari India…jadi tok, hidungnya mancung tapi kulitnya gelap… semasa aku kecil, Tok selalu tanya kalau orang nak tukar tok dengan orang lain yang lebih putih nak tak? Aku selalu jawab tak nak….. kalau orang nak beli Tok RM 500 pun chik tak kan jual…..kami akan ketawa bersama-sama. Aku akan peluk Tok erat2. Bagi aku dan Tok masa tu RM 500 besar nilainya…
Tok juga selalu tanya kenapa Chik selalu cium Tok …..aku senyum saja …tak pernah kujawab bahawa aku sangat sayang padanya melebihi diriku sendiri….
Semasa aku sekolah rendah Tok masuk kelas dewasa…. Lucu bila aku dengar Tok baca ABC… aku tolong Tok buat kerja sekolah…. Lepas tu bila aku balek kampong sekali lagi Tok dah tak pergi kelas dewasa dah…tak payahlah aku tolong tok buat kerja sekolah…..
Sebelum raya, aku selalu tolong tok buat kueh bahulu….guna dapur kayu. Bubuh api atas dan bawah… panas tapi seronok… kami selalu buat malam-malam. Kekadang  bila letih sangat, aku terlena… bila aku terjaga  semua kueh yang tok buat besar-besar dan gemuk-gemuk… tok bukan kira cantik, asalkan cepat habis…. Tok senyum saja tengok aku tarik muka masam…tok kata,” rasa sama saja”.Bila hari raya tok akan buat ketupat besar-besar untuk orang lain tapi untuk aku kecil dan comel……tok takut aku tak makan kalau ketupat tu besar….
Bila aku study… kalau aku terlena tok tak pernah kejut walaupun dipesan…. Tok kata kesian tengok aku tidur…sebabtu aku  ketagih kopi hingga sekarang sebab aku akan minum kopi takut ngantuk…. Kalau terlena tok tak akan kejut… tapi kopi tu,  tok juga yang buat….aku tak pandai buat……
Semasa aku kecil, tok ambik upah menanam padi, tok kata masa tu habis jari tangan dan kaki tok kena penyakit kulit, kami panggil penyakit tu “makan air” sebab jari tangan dan kaki tok berair dan gatal…dan yang sedihnya semua duit upah tu dibelanjakan untuk membeli gelang emas  aku…..Aku selalu tanya tok, seronok tak jadi tok sebab tak boleh pakai fesyen2, tak p jalan2, selalu fikir nak bahagiakan orang lain tapi diri sendiri?   Tok jawab bila chik besar nanti chik tau la…..sekarang bila aku dah berumahtangga dan ada anak-anak, aku faham maksud tok…..
Mengikut cerita mak semasa zaman kanak-kanaknya  tok hidup dengan bapa tiri yang garang. Tok tak bersekolah dan tak dihantar mengaji….asyik kena mengasuh adik-adiknya dan buat kerja rumah, selalu kena tengking….akhirnya otak tok jadi lembab tapi Alhamdulillah tok dikurniakan Allah sifat yang sangat terpuji, tak pernah berdendam, sangat sabar dan semua orang sayang padanya…..disebabkan hatinya yang bersih, tok mudah menghafal ayat-ayat suci…… semasa aku kecil tok selalu hafal kat aku….bagi tok aku ni tahu serba-serbi …..tapi kadang-kadang aku tak tahupun ayat apa yang dibacanya…..aku Cuma angguk-angguk saja untuk memberi peneguhan pada tok…..
Pada malam terakhir tok, aku selimutkan dia, betulkan kelambunya dan menciumnya…esoknya tok meninggal ….aku selalu berazam untuk  menjadi orang yang paling tok sayang…..al fatihah,  setiap malam sehingga sekarang bila aku memeluk bantal aku akan bayangkan tok…. Luv  U,……. alfatihah….kadang –kadang sewaktu aku nyenyak tidur terdengar suara tok mengejutkan aku sembahyang subuh….
Terlalu banyak kenangan bersama tok…tok yang mengajar aku buat gulai, erti kesabaran…kekadang aku tak tahu nak pilih diantara tok dan mak siapa yang paling kusayang….
Arwah ayah….
Wira,PFD 1000 tak sempat ayah miliki…..lambat buat keputusan….
“Noryati, saya nak tanya, ayah noryati nama apa?”….Tanya cikgu besar semasa aku darjah dua….”Nayan”jawabku….aku hairan kenapa cikguni….lepas tu cikgu beritahu  “noryati nama ayah  noryati, sebenarnya Saad bukan Nayan” “cikgu silap aku lawan cikgu dengan yakin” cikgu pun jelaskan satu persatu pada ku….…Duniaku gelap…. Aku rasa marah, sedih, hampa….. semasa balek, ayah mengambil aku dengan basikal tua…aku tak bercakap sepatah pun, ayah mungkin tahu sebabnya….Balek rumah aku terus masuk bilik tak makan, tak minum….aku ambil semua buku, aku padam nama Nayan aku tulis Saat… aku tak tahu ejaan sebenar nama ayah kandungku…lepas siap semuanya aku letak kat luar bilik biar ayah dan mak tengok….mak dan ayah senyum saja tengok buku-buku tu…. Keesokkan harinya aku lihat ejaan SAAT telah di betulkan ejaannya menjadi SAAD…..sejak itu aku rasa aku amat berbeza dengan adik2ku…. Tapi ayah menyayangi aku seperti anak-anak yang lain….kadang-kadang aku dilebihkan dalam banyak hal …yuran sekolah aku tak pernah lewat dibayar oleh ayah tapi yuran adik-adik selalu berbaki…ayah memang sentiasa jaga perasaan aku…..tak ada orang yang akan berani bertanya tentang status aku sebagai anak tiri ayah… ayah selalu kata, anak ayah 4 orang termasuk aku….….
Semasa muda, ayah seorang peminat hindustan, pernah aku dan family pergi tengok filem Hindustan di Kaki Bukit dengan aku berpakaian baju sekolah, tak sempat nak balek tukar…Terlupa pula, kami pergi naik morsikal enam beranak…sama seperti iklan kereta Nissan Livina yang menujukkan satu keluarga menaikki motorsikal……waktu tu aku kat Sekolah Derma…satu sekolah heboh esoknya…..
Masa ayah sakit, selepas balek kerja aku akan membawa ayah kekelinik….selalunya ayah akan memandu sendiri dan kami berjumpa di depan klinik Dr.Thibronni, Semakin lama ayah semakin lemah… akhir-akhir hayatnya,   ayah ku pimpin kekelinik….ayah sudah tidak kuat…pada masa itu aku bersyukur kerana aku sempat memimpin dan memeluknya membawa kekelinik…semasa menunggu doktor kami selalu berbincang masalah adik-adik aku…..semuanya ayah ceritakan padaku…ayah macam nak serah tugas itu pada aku….aku membawa ayah membuat cermin mata kerana mata ayah penuh katerak…ayah kencing manis…aku selalu menghantar ayah ke hospital..bila cuti aku akan buat gulai untuk ayah, kegemaran ayah gulai ikan keli…..aku juga pernah ditahan polis kerana memandu laju…aku beritahu polis, “saya nak cepat sebab nak ambik ayah saya kat hospital.”.…….polis macam simpati….”lain kali jangan bawa laju lagi” simpati juga abang polis tu pada aku,  terimakasih…….aku juga pernah teman ayah ambik jarum kat hospital…ayah kena suntik insulin sendiri….aku menangis melihat jarum tu, banyaknya…tapi ayah selamba sahaja….
Kami empat beradik  puas  menyuruh ayah berhenti kerja… tapi ayah enggan… akhirnya Nov 2008 ayah setuju untuk berhenti kerja….kami semua gembira…aku bertindak sebagai ceti mengumpul duit daripada adik-beradik untuk diberi pada ayah, sebagai ganti gaji ayah…..ayah memang menunaikan janjinya berhenti kerja…..tetapi ayah berhenti kerja dengan pergi buat selama-lamanya……semua orang terkejut kerana ayah hanya demam panas sahaja……Semasa hayatnya aku selalu berkata pada ayah, aku takut ayah jatuh dan meninggal dunia ditempat kerja kerana ayah dah dua kali kena strok……aku nak ayah habiskan hayatnya ditempat yang elok dan sempurna  dan memang tuhan memakbulkan doaku di mana ayah menghembus nafasnya di bilik berhawa dingin dan di atas katil empuk di hospital swasta dikelilingi anak dan isteri serta doctor pakar dan jururawat yang baik hati dengan diiringi ayat-ayat suci…..Al fatihah…..semoga Allah membalas kasih sayangnya pada ku dengan rahmatnya keatas ayah….
Selepas ayah meninggal aku membawa mak menguruskan semua urusan ayah, tentang kontrak ayah dengan syarikat, simpanan ayah dan macam-macam…..setiap kali aku berjumpa kenalan ayah ….tak putus-putus orang memuji ayah…selepas ayah tiada baru kutahu semua kebaikkan ayah….alhamdulillah…

Selepas ayah pergi.....aku jadi takut untuk melihat mentari pagi...apabila mentari pagi bersinar bermakna ada hari baru....aku takut kerana semakin hari berganti, semakin ramai orang yangku sayangi pergi meninggalkanku......

Terasa mereka semua masih bersama….tapi aku terpaksa menerima hakikat, Semua hikayat indah ini hanya  tinggal sejarah….walaupun wangian kasih mereka masih mengharum….Al Fatihah….…

1 comment:

  1. eeei atu suka la baca cerita2 ni...pandai kak yati. boleh jadi novelis nih. tak yah lah tulis buku makro tu...buat je novel.

    ReplyDelete