Selalunya setiap malam sebelum tidur, pasti terbayang anakku iffah dibiliknya di Kolej Mara Seremban dan kawasan sekitarnya serta teman teman kelilingnya, anakku alya di MRSM KUPA dibiliknya dan cerita ceritanya, suamiku yang jarang dirumah, entah di hotel mana suamiku menginap malam ni ,apa yang dimakan, pasti tiada sambal belacan dan ulam kegemarannya....ibuku dikampung, bersendirian dan kesunyian disekitarnya.....dan masih disisi anakku adam yang semakin membesar, kehidupan yang semakin sibuk menyebabkan ada kata hatinya yang tak sempat kudengari....tak sedar air mata mengalir...rindu,sunyi, sepi dan aku juga bahagia dengan nikmat ini........
Bila sesekali dapat bersama, ........kalau tak kerana rindu yang terbendung, pasti kebahagian tak seindah ini. ya Allah aku bersyukur padamu. Dengan bajet sekadar yang telah diperuntukkan, percutian kami menjadi sangat indah dan bermakna.
angah nampak macam takut...tumpang berani along disisi.....
mahal gila .......
yang ni mama berani naik....sebab pusing pusing je...
papa sibuk ambik gambar, last-last gambar papa ambik gambar kami yang dapat di
rakamkan tab along.
sentiasa begini...tenang saja....itulah anakku adam.
jantung mama hampir berhenti berdegup, masa Along dan Adam sampai kat sini,
tempat paling curam dan tinggi. profesionalisma angah dapat merakamkan gambarni..mama ambik satupun tak lekat.
bahagia tengok anak -anak gembira....
angah cuba beranikan diri,along emmm berani sungguh anak mama yang
sorangni... katanya pengalaman tak boleh dibeli...ye latu..

Di hotel, kesibukkan yang berbeza...emm sapa lebih letih...
Relax sat...cantik juga pemandangan di balkoni hotelni.........
mama lebih tinggi dari adam..cereka di pagi hari..
kuang-kuang.....
sampai di JPO...dah dua kali smp johor,akhirnya sampai juga di sini.
ramainya orang, sampai kena beratur...
Aip, bincang apa tu, perbincangan serius untuk beli bag mama..ha ha begitulah keluargaku..semua terlibat walaupun dalam perkara kecil...
kalau beli apa apa dengan papa macam ni la..macam nak buat keputusan nak buat
projek baru dalam mara...ha ha...TQ suamiku.
Akhirnya....
Besoknya singgah KL sebab anak anak tak beli apa-apa lagi...petang besok balik jitra....habis dah cuti. percutian kali ini tanpa mak di sisi...kesian juga mak selalu duk tanya tahun ni kita nak p mana, bila sampai masa, tak boleh p pula...mak sedang buat bilik air baru..belum siap...lain kali panjang umur kita jalan lagi. InsyaAllah.
























No comments:
Post a Comment