Harga minyak naik 20 sen selitter. riuh rendah ramai yang memberi pendapat....suamiku pun semalam bersungut 20sen selitter tu banyak juga....aku diam saja tak kaji lagi , so tak tau nak kata apa, lagipun pengetahuan semasa aku tak berapa up date sangat. Belajar untuk tidak komen kalau tak pasti..
kereta nissanku 2.0 C.C, kalau biasa RM 50 seminggu, ulang alik p kerja, campur pi rumah mak dan asrama angah . Tak tahu lagi berapa ringgit seminggu sekarang. so tak berani komen berapa peratus kenaikan kosnya. kenaikan harga barang harian pun tak kaji lagi berapa peratus yang naik. ikut teori ekonomi mesti ada kesan penggandanya. tapi proses pengganda perlu masa sikit kot nak tengok kesannya.... pengunaan, C=a+byd tu turun atau naik, logiknya turun, AE akan turun dan Y akan turun.... tapi mesti kerajaan buat sesuatu nak naikkan AE semula, contoh, katanya brim akan naik, jadi C bagi orang berpendapatan rendah akan naik, apa kesan C orang pendapatan rendah pada AE, pengganda mereka beri impak tak...
semasa ligat otak berfikir dan kaji dengan data yang belum ada...pagi tadi tumpuan fikiran ini bertukar 360 darjah semasa aku melihat rancangan jom mengaji ...air mata ini mula menitis...dan esakan menjadi kuat...betapa kerdilnya diriku...
ceritanya ringkas tapi amat menyentuh hati...
Sebuah keluarga yang sangat bahagia dan anak-anaknya semuanya berjaya....bila ditanya rahsianya ...ketua keluarganya adalah seorang tukang sapu, membersihkan kotoran di pejabat. Gajinya RM 400.00 sebulan. Setiap bulan dia akan beratur dipejabat untuk mendapatkan gaji. Selepas mendapat gaji, beliau akan ke masjid dan sujud syukur kerana Allah memberinya rezeki yang halal.. Walaupun setiap hari ia bergelumang dengan sampah yang kotor tapi dia bersyukur kerana rezekinya halal....air mata ini mula menitis....aku tak pernah buat begitu....
dan selepas sujud syukur...apabila di tanya apa yang ia lakukan...ia malu untuk bercerita, tapi apabila di desak....dengan rasa malu ia bercerita, saya keluarkan duit RM50 satu persatu dan saya cium dengan penuh rasa syukur, saya sangat bersyukur kerana allah memberi rezeki yang halal...katanya....air mata ini menitis lagi...mengikut gajiku, sudah tentulah setiap bulan berkeping keping duit RM 50 yang telah ku keluarkan dari mesin ATM, tapi tak satu pun yang aku cium...duit sentiasa rasa tak cukup saja kerana setiap duit yang dikeluarkan itu macam ada tuan masing- masing...
walaupun begitu hebat rasa syukur atas rezekinya dan walaupun dia bekerja bersungguh sungguh ...tapi setiap bulan gajinya masih RM 400 setiap bulan...tidak naik naik. Kalau diri ini mesti rasa sesuatu...dah bersyukur dan berkerja sebaik mungkin, mesti bersungut gaji tak naik.... Tapi dia tetap bekerja bersungguh dan tetap bersyukur....rupa-rupanya walaupun gajinya tidak naik...allah memberi dan menambah rezekinya dengan cara lain, diberinya anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya dalam pelajaran dan hidup masing- masing, diberinya keluarga yang bahagia, diberikan hidup yang tiada masalah....terdiam dan insaf diri ini. Allahuakbar...
No comments:
Post a Comment