"mama............sat lagi masa sejarah"........kedengaran suara ifa dihujung talipon. jadi kenapa?...soalku.....suaranya semakin sayub dan kedengaran esakannya semakin kuat...........hatiku semakin berdebar........kenapa fa.............cerita dengan mama satu-satu.....dia pun mula bercerita.........."cikgu sejarah tu garang....dia mesti marah ifa pasal ifa sorang je yang tak dapat A dalam kelas tu"............baru aku faham pekara sebenarnya...............macam-macam kata nasihat dan semangat ku berikan.....akhirnya tangisannya reda............
walaupun anak sulungku dah berumur hampir 17 tahun, nampak sudah berani dan berdikari...............namun tangisannya masih sama ketika dia di pangkuanku dulu...............
ketika jatuh semasa belajar berjalan.........
ketika pertama kali dihantar ke nursery............
ketika bergaduh dengan kawan di padang permainan..........
ketika takut naik ke pentas untuk membuat persembahan tadika semasa umurnya 5 tahun........
ketika mendapat rawatan di PMC semasa berumur 11 tahun...........
ketika tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan takkala mula menjejak kaki keasrama.MRSM Pendang (tingkatan 1)........
ketika mula-mula menjejak kaki ke asrama MRSM kubang pasu (tingkatan 2)......
Mama bangga sayang, diwaktu esakan dan debaran anak mama tak dapat di kendalikan.....walaupun anak kesayangan mama semakin dewasa.........mama masih menjadi bahu untuk anak mama menangis, anak mama masih tenteram mendengar kata-kata mama..............terimakasih sayang kerana mama rasa mama amat dihargai.............

No comments:
Post a Comment