Terbaca suatu artikel di suratkhabar....tajuknya kejayaan insan-insan cemerlang sepanjang 2010... diantara insan-insan yang dipilih ialah imam muda, atlit basikal negara, pelawak, pereka fesyen, dan lain-lain, mereka di tanya berbagai soalan.. antaranya siapakah yang menjadi sumber inspirasi anda............semuanya menjawab ibu atau keluarga......jadi kesimpulannya siapa yang menjadikan ibu atau keluarga sebagai sumber inspirasi selalunya berjaya dan jangan lupa ibu serta keluarga..............
Teringat cerita aku dan ibuku....
Setiap hari sabtu aku akan melawat ibu, jalan kekampung ialah jalan tepi bendang yang sempit...walaupun bertar tetapi hanya muat satu kereta sahaja...kiri kanannya bendang....mencabar bagiku....kalau motorsikal lalupun aku dah gelabah................setiap kali melalui jalan tersebut aku akan berdoa dalam hati ya Allah permudahkan aku untuk melawat mak yang aku sayangi...jangan jadikan jalan yang sempit ini sebagai penghalang.......alhamdulilliah selalu aku tidak bermasalah melalui jalan tersebut..........hebatnya ibu.....
Dan setiap bulan aku akan membeli beras untuk ibu...selalunya 60 kilo atau lebih....menjadi masalah bila menolak troli menuruni cerun untuk kekereta..........takut juga kalau-kalau terbalik troli tuu......... dan setiap kali aku menolak troli sampai di cerun untuk keluar dari supermaket.........ada-ada saja orang yang datang menolong........orang melayu selalulah..pernah juga pemuda cina dan siam menolong menolak troli untuk aku...itulah Allah akan mempermudahkan kita jika kita berhasrat menolong ibu............hebatnya ibu.....
Teringat juga cerita seorang yang berjaya dalam hidup........bergelar jutawan.........antara rahsianya ialah setiap bulan mesti memberi duit untuk ibu walaupun sedikit............
Ibu sangat berbisa dan sangat mujarab..............airmatanya walau setitis menitis kerana kecil hati atas perbuatan kita........tiada keberkatan bagi anak tersebut...........tapi jika dia mendoakan untuk kita.........doanya amat mujarab...
Aku punya ibu dan aku adalah ibu..............
Aku punya ibu dan aku adalah ibu..............








No comments:
Post a Comment