Sunday, November 17, 2013

sewaktu menjadi tetamu- madinah

Ingatlah Ya ..........tuhanmu telah memanggilmu menjadi tetamunya...........

         
   Bermula sebuah perjalanan, benar seperti semua orang kata perjalanan ini amat berbeza dengan perjalanan yang lain....ingatan pada adam,angah dan along yang ditinggalkan tetap ada tapi ia sangat berbeza....kutitipkan anak-anak ku pada Allah kerana ku tahu penjagaannya lebih sempurna...amin...

Ziarah bermula, perjalanan ke raudah, menziarahi makam rasulullan S.A.W....rasa macam terbayang rasullullah S.A.W. tesenyum melihat tetamu yang menziarahinya..walaupun tak dapat dibayangkan secara detail bagaimana kacaknya baginda S.A.W, bagaimana bercahayanya wajah baginda S.A.W., bagaimana penyayangnya baginda S.A.W.,bagaimana dan bagaimana .tapi bayangan itu tetap ada ....kulihat kebanyakkan jemaah menitiskan airmata sewaktu menziarahi baginda S.A.W....rasa sangat sayang, sayang yang mengatasi semua makhluk ...sukar ditulis dengan kata kata..rasa sangat hampir dan yang penting rasa baginda memerhati kedatangan ini...


kami ibarat belangkas, kemana pasti bersama...masjid nabawi yang sangat tenang, lupa seketika semua masalah dunia...
mengambil kesempatan meziarah bukit uhud..disini ada makam sahabat dan shuhada perang...suatu cerita dari mutawif...suatu ketika dulu,  terdapat banjir disini, makam terhakis, tanah makam tersebut dibawa air...dan mereka ternampak kaki para shuhada masih seperti mana mula dikebumikan dulu...dan beberapa tahun yang lepas, seorang ibu yang kematian anak yang masih kecil, mengali kubur untuk anaknya dikawasan perkuburan ini dan darah terpancut keluar....setelah beribu tahun jenazah para shuhada masih seperti dulu.....

masjid Qiblatain.....dimasjid inilah rasulullah mendapat wahyu kiblat kita bertukar dari masjid Al Aqsa ke Masjidil Haram...

Besama mak dikebun kurma...dihidangkan dengan teh arab dan nyanyian lagu tradisional arab...



lawatan tadi hanya memakan masa beberapa jam sahaja, setelah 2/3 hari disini masjid nabawi dah mula dipenuhi, seolah olah tiada ruang untuk kita...tapi jika kita dapat masuk ke masjid..ruang untuk bersujud padanya tetap ada...keajaiban...Untuk masuk kemasjid dan mendapat tempat yang selesa, selalunya sejam setengah sebelum azan kami kena sampai di masjid....aku dan mak pernah ditolak oleh 'mak guard' punoh,punoh...maksudnya penuh,  duduk,duduk duduk jeritnya...maksudnya menyuruh kami sembahyang diluar masjid, jangan bergerak ke masjid sebab dah penuh....sedihnya Allah sahaja yang tahu bila kena sembahyang di luar....airmata tak sedar menitis...

selalu aku hanya membaca bukunya atau melihat di TV, kini dapat melihat secara life...air mata ini menitis...jauh bezanya dia dengan aku...rasa amat kerdil diri ini...prof ahmad kamil....antara kata-katanya.  "kita sayang ibu dan ayah kita, kita sayang isteri, suami dan anak anak kita....kalau kita peruntukkan setiap orang yang kita sayang itu untuk berdoa selama 10 minit, berapa minit yang kita kena berdoa selepas sembahyang....ini kata sayang, menangis bila orang yang disayang meninggal...tapi berapa minit kita berdoa untuk mereka...kata sayang anak anak...tapi berapa minit berdoa untuk mereka"....terkedu seketika..


sudah sembilan hari di bumi barakah ini...malam ini malam terakhir, bergambar didepan babusalam, antara pintu masuk ke raudah....ya Alah jangan jadikan ziarah ini ziarah yang terakhir...itu antara gerak hati semua tetamu yang akan meninggalkan tempat ini...suasana sangat sedih tiada bahasa yang dapat menggambarkan...

teringat cerita ustaz, kisah benar, seorang makcik semasa di raudah dia hanya berselawat sahaja...selawatnya sangat banyak..banyak dan banyak sekali...dia tertidur di raudah dan bermimpi berjumpa rasulullah S.AW. beruntungnya makcik itu....aku hanya mampu merindui, menyanyagi dan membayangkan tapi masih belum mampu bermimpi menatap wajah rasullullah...mungkin selawat aku tak sebanyak makcik itu....

takut nak publish entry ini takut ada pelbagai tanggapan....ia hanya sebuah pengalaman dan penceritaan dari insan yang sangat naif...

Saturday, September 7, 2013

Sewaktu Orang Berbicara Tentang Kenaikkan Harga Minyak..

Harga minyak naik 20 sen selitter. riuh rendah ramai yang memberi pendapat....suamiku pun semalam bersungut 20sen selitter tu banyak juga....aku diam saja tak kaji lagi , so tak tau nak kata apa, lagipun pengetahuan semasa aku tak berapa up date sangat. Belajar untuk tidak komen kalau tak pasti..

kereta nissanku 2.0 C.C, kalau biasa  RM 50 seminggu, ulang alik p kerja, campur pi rumah mak dan asrama angah . Tak tahu lagi berapa ringgit seminggu sekarang. so tak berani komen berapa peratus kenaikan kosnya. kenaikan harga barang harian pun tak kaji lagi berapa peratus yang naik. ikut teori ekonomi mesti ada kesan penggandanya. tapi proses pengganda perlu masa sikit kot nak tengok kesannya.... pengunaan, C=a+byd tu turun atau naik, logiknya turun, AE akan turun  dan Y akan turun.... tapi mesti kerajaan buat sesuatu nak naikkan AE semula, contoh,  katanya brim akan naik, jadi C bagi orang berpendapatan rendah akan naik, apa kesan C orang pendapatan rendah pada AE, pengganda mereka beri impak tak...

semasa ligat otak berfikir dan kaji dengan data yang belum ada...pagi tadi tumpuan  fikiran ini bertukar 360 darjah semasa aku melihat rancangan jom mengaji ...air mata ini mula menitis...dan esakan menjadi kuat...betapa kerdilnya diriku...

ceritanya ringkas tapi amat menyentuh hati...

Sebuah keluarga yang sangat bahagia dan anak-anaknya semuanya berjaya....bila ditanya rahsianya ...ketua keluarganya adalah seorang tukang sapu, membersihkan kotoran di pejabat. Gajinya RM 400.00 sebulan. Setiap bulan dia akan beratur dipejabat untuk mendapatkan gaji. Selepas mendapat gaji, beliau akan ke masjid dan sujud syukur kerana Allah memberinya rezeki yang halal.. Walaupun setiap hari ia bergelumang dengan sampah yang kotor tapi dia bersyukur kerana rezekinya halal....air mata ini mula menitis....aku tak pernah buat begitu....

dan selepas sujud syukur...apabila di tanya apa yang ia lakukan...ia malu untuk bercerita, tapi apabila di desak....dengan rasa malu ia bercerita, saya keluarkan duit RM50 satu persatu dan saya cium dengan penuh rasa syukur, saya sangat bersyukur kerana allah memberi rezeki yang halal...katanya....air mata ini menitis lagi...mengikut gajiku, sudah tentulah setiap bulan berkeping keping duit RM 50 yang telah ku keluarkan dari mesin ATM, tapi tak satu pun yang aku cium...duit sentiasa rasa tak cukup saja kerana setiap duit yang dikeluarkan itu macam ada tuan masing- masing...

walaupun begitu hebat rasa syukur atas rezekinya dan walaupun dia bekerja bersungguh sungguh ...tapi setiap bulan gajinya masih RM 400 setiap bulan...tidak naik naik. Kalau diri ini mesti rasa sesuatu...dah bersyukur dan berkerja sebaik mungkin, mesti bersungut  gaji tak  naik.... Tapi dia tetap bekerja bersungguh dan tetap bersyukur....rupa-rupanya walaupun gajinya tidak naik...allah memberi  dan menambah rezekinya dengan cara lain,  diberinya anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya dalam pelajaran dan hidup masing- masing, diberinya keluarga yang bahagia, diberikan hidup yang tiada masalah....terdiam dan insaf diri ini. Allahuakbar...