Wednesday, December 8, 2010

Cepatnya Masa Berlalu

Suatu petang selepas balek kerja aku berehat di ruang keluarga sambil menonton TV...badan letih....mungkin muka nampak tak ceria..........tiba-tiba anak perempuanku, angah datang menghampiri "mama betulke angah yang buat mama sedih?" belum sempat aku menjawab terdengar suara ketawa dari dalam bilik....kah...kah...kah...Along dan Adam mengenakan angah rupanya..........begitulah selalunya...ada saja yang terkena.........................

Suasana di rumahku riuh rendah....makanan yang penuh dalam peti ais sekejab saja dah kosong....berebut komputer, berebut canel tv...bergaduh....berebut-berebut mengaku membersihkan rumah....mengadu pasal tak buat matematik.....berlari keliling rumah...bingit...pinggan atau cawan yang pecah....dan kadang-kadang lihat mereka bertiga posing dan membuat rakaman video............menonton wayang,  motosikal pizza berada di depan rumah..................kekadang terdengar suaraku meleraikan pergaduhan atau menyuruh mereka tidur kerana waktu dah lewat malam atau sudah pagi tetapi masih segar lagi mata mereka........

Telatah mereka membuatkan aku senyum sendiri...............




                               
mama cuba rakamkan sedikit diantara  telatah anak-anak mama supaya bila mama rindu nanti mama boleh menatapnya….semoga anak mama berjaya mengapai cita-cita…..doa mama sentiasa mengiringi anak-anak mama…………………..ingat pesan mama…………………………………………………………
Teringat satu cerita dongeng…seorang ibu ditikam  dengan kejam….hatinya terkeluar dari badan, penuh darah…………….tiba-tiba anaknya lalu di depanya dan tersepak sesuatu….dia  masih sempat bertanya…”anakku  sakit  ke?”  Itulah kasih ibu….

Impian.........

Semalam keputusan Pspm diumumkan…..

Selepas habis kelas aku terus pergi ambik result pelajar-pelajarku  kat penolong pengarah peperiksaan…aku salin satu persatu…ada yang dijangkakan  ada juga yang membuatkan aku terkejut…………walaubagaimanapun aku bersyukur kebanyakkan pelajarku mendapat keputusan sebagaimana yang dijangkakan…berbaloi usaha selama ini….memang kalau boleh semua  pelajar nak bagi dapat  A.. Tapi kemampuan pelajar tak sama….kebanyakkan pelajar yang sepatutnya mendapat A memang mendapat A,  ada juga yang tergelincir, mungkin Allah nak mengujinya dan aku sebagai pensyarahnya..…….dan yang lemah  setelah diberi penekanan dan mahu berusaha nampak hasilnya,  ada yang dapat B,B+, A-…..malah C+ juga aku bersyukur…dan ada 2/3 orang  boleh menggapai  A, …………….aku tahu usaha mereka…bagaimana susahnya mereka nak faham konsep ekonomi tu…..syukur alhamdulillah….semoga  Allah terus membuka hati mereka supaya senang faham apa yang diajar……..

Setelah pelajar mendapat result mereka… ada yang datang berjumpa memberitahu result mereka….. mengucapkan terimkasih, meminta maaf bagi yang tak dapat A. Dan bagi yang tak sempat berjumpa….menghantar sms sehingga penuh peti massege ku ……sebenarnya sebagai pensyarah aku hanya mencetuskan idea mereka yang melakukannya…….

Diantara massage yang di terima………
 Assalamualaikum……
Cikgu terimakasih banyak2 atas tunjuk ajar cikgu selama ney………terimakasih banyak………..
 Salam terima ksih puan coz tunjuk ajr puan slme ni…saya dapat A…terimakasih bnyak2.
Salam…maaf pn sayaX dapat tunaikan janji sy nak dapat 4 flat N A, utk ekonomi. Tp sy akan usaha buat yang trbaik nak tebus kegagalan sy. timakasih kerana susah pyh layan kerenah  masa sem 1……

Setelah  seminggu keputusan pspm diumumkan,  seorang pelajar yang seringku panggil tidak datang,tidak sms,malah bertembung dijalan pun tidak pernah….hairan…hati kecil mula berkata… tak kan dia dah lupakan aku, sedih juga hatini…….sedangkan last sem boleh dikatakan tiap-tiap hari kami buat ulang kaji bersama…..kami melukis keluk, mengira dan berbincang bersama….

Suatu petang ada seorang pelajar datang……. Dia menceritakan pelajar tersebut malu untuk berjumpa aku…..dia berazam  belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat 4.0 masa UPS nanti  dan diwaktu itu baru, ia akan datang berjumpa aku………Tak sedar air mata menitis……dalam hatiku doakan semoga impiannya tercapai.... semoga Allah mempermudahkan usahanya.....amin.

Malamnya aku sms pelajar tersebut...."datanglah jumpa saya, kita dah usaha, mungkin Allah nak uji kita...saya tak marah atau kecik hatipun...nak buat macam mana dah tak ada rezeki.........datang lah"

Pelajar tersebut membalas...." saya malu nak jumpa puan....usaha puan melebihi usaha saya....saya tak usaha sungguh-sungguh...maafkan saya kecewakan puan...." 

Dari feedback, yang aku terima dari teman-teman pensyarah, nampak macam pelajar tersebut macam dah betul-betul  berubah..........Alhamdulillah...............

Tadi, setelah hampir sebulan keputusan PSPM diumumkan....ada seorang pelajar perempuan datang...kupanggilnya G sahaja..........berlenang airmatanya....."maafkan saya" aku faham beliau pelajar harapan untuk memdapat A tapi resultnya C+....aku simpati padanya....aku memberi semangat dan harapan .....semoga usahanya disemester ini dipermudahkan...............

Mereka ibarat anak-anaku....aku gembira melihat mereka gembira, kedukaan mereka juga membuatkan hatiku terusik.............Azam dan semangat mereka untuk berjaya membuatkan aku merasai nasihatku dan kehadiranku dihargai....biarlah jatuh dahulu kemundian bangun dan terus berlari....syabas pelajar-pelajarku...PN Yatie sayang anda semua..........