Suasana di rumahku riuh rendah....makanan yang penuh dalam peti ais sekejab saja dah kosong....berebut komputer, berebut canel tv...bergaduh....berebut-berebut mengaku membersihkan rumah....mengadu pasal tak buat matematik.....berlari keliling rumah...bingit...pinggan atau cawan yang pecah....dan kadang-kadang lihat mereka bertiga posing dan membuat rakaman video............menonton wayang, motosikal pizza berada di depan rumah..................kekadang terdengar suaraku meleraikan pergaduhan atau menyuruh mereka tidur kerana waktu dah lewat malam atau sudah pagi tetapi masih segar lagi mata mereka........
Telatah mereka membuatkan aku senyum sendiri...............
mama cuba rakamkan sedikit diantara telatah anak-anak mama supaya bila mama rindu nanti mama boleh menatapnya….semoga anak mama berjaya mengapai cita-cita…..doa mama sentiasa mengiringi anak-anak mama…………………..ingat pesan mama…………………………………………………………
Teringat satu cerita dongeng…seorang ibu ditikam dengan kejam….hatinya terkeluar dari badan, penuh darah…………….tiba-tiba anaknya lalu di depanya dan tersepak sesuatu….dia masih sempat bertanya…”anakku sakit ke?” Itulah kasih ibu….





























No comments:
Post a Comment