eeeeemmmmmm nyam-nyam lah pokok-pokok di laman....seronok tengok mereka makin menghijau...rasa berdosa kalau biar mereka kurus kerana pokok pasuan akarnya tak kemana...kalau tanam atas tanah pun tak kan dia boleh pi beli baja kat kedai.........pi kandang lembu lagi la jauh....
lepas tu biasalah pangkas apa yang patut, merumput, ubah pasu dan macam-macam lagi supaya mereka nampak angun dan bergaya...........
Hilang seketika rindu yang bersarang, harapan yang belum sampai, hati yang resah, otakku berhenti sekejab mengira he..he..he.. tu yang lucunya....... fikiran menjadi tenang bila masuk dalam duniaKu............
Kalau tiada hobi begini rasanya payah untuk aku menongkah kesunyian dan melawan arus rindu ini.....
Pokok seusia anak bujangku Adam...
kombinasi baru.....
Pokok Pam pemberian ibu....lambaian pokok pam, membuat suasana menjadi tenteram..............
Pokok Ati-ati ni diambil dari kediaman suami....semakin besar pokok ni semakin lama perpisahan ini.















No comments:
Post a Comment