Friday, July 1, 2011

kurniaan atau musibah

Terpaku seketika tanpa kata tanpa pergerakan dan fikiran kosong....yang terkeluar hanya Ya Allah pencuri masuk rumah kita.... hanya itulah kata-kata yang terkeluar...

Rumah berselerak terutama bilik tidur utama....peringatan juga pada diriku dan juga teman-teman yang menbaca tulisan ini supaya jangan menyimpan semua benda berharga di bilik tidur utama....kalau simpan ditempat lain mungkin ada peluang untuk selamat...mungkin ada sedikit peluang kerana bilik-bilik lain tidak begitu teruk digelidah......semua pintu terbuka ...eeeee ngerinya...menakutkan....

Ya selepas kejadian itu  banyak ayat-ayat yang diberi oleh teman dan jiran, begitu  juga tentang aspek keselamatan rumahku, ramai yang memberi pendapat ............pendeknya aspek fizikal dan rohaniah perlu diperkemaskan...semoga Allah melindungi keluarga kami....terimakasih pada yang membantu, mendoakan dan bersimpati......

Beberapa hari selepas kejadian, bila kesedihan semakin reda, kehilangan semakin kurang dirasai.....aku terfikir semula...

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.SSSSSSSSSSSSSSSssssekadar memujuk  hati sendiri.........







No comments:

Post a Comment