Friday, November 19, 2010

Engkau turunkan musibah engkau berikan kekuatan…………



                                                    Sampai dirumah adik pukul 3 pagi

Air dah masuk ke Taman Seri Utama….. Taman Ehsan dah dimasuki air, suamiku periksa air longkang, masih kering…..talifon kawannya yang bekerja MADA….tel. kawannya kat kuala Nerang ….paras air dalam keadaan berjaga-jaga….itu jawapan yang diberikan….tel. kawannya di kawasan kelubi….air dah mula naik…..kami mula mengemas…tapi masih mengharap air tak sampai……

"Mama… ibu suruh mai rumah mama….air dah masuk dalam rumah"…..rumah adikku di Taman Rasa Sayang  di barisan depan dah dimasuki air….

"Joe...Joe air dah melintas jalan ke taman kita"......jerit cikgu Mail jiranku ........suasana kelam kabut...nasib baik semua benda yang mampu diselamatkan telah diselamatkan..............pukul 2 pagi....ku kejutkan Adam (along dan angah di asrama).... kami keluar rumah kerana air dah mula masuk ke dalam rumah.....mencari kawasan selamat....meredah air setakat pinggang sebelum sampai ketempat suamiku meletakkan kereta....... terketar-ketar aku  memandu kereta ala-ala profesional ke kawasan selamat (terpaksa kupandu sendiri kerana suamiku membawa keretanya) ........ jalan kerumah adikku nasri di tutup.....mencari jalan alternatif akhirnya sampai......


                                          Setelah seharian  mencuci...inilah hasilnya............
                               bendang masih memutih....setelah seminggu banjir surut
                                      Gotong royong mencuci rumah mak kat kampung.


 Air meleleh perlahan, berus ditangan dan sepeket sabun…………………… Keseluruhan di luar dan dalam rumah  dipenuhi lumpur setinggi 2-3 inci…nak berjalan pun susah…licin….tak tahu apa yang nak di buat………. semua peralatan mencuci rumah habis di pasaran….terpinga-pinga mana nak mula dulu…bagaimana caranya……………mampukah aku  dan suami….rumah jiran-jiran dah nampak sinarnya…kain mereka dah berjemur, perabut dah bercuci…siap ada generator lagi, anak-anak mereka dah besar….kami hanya berdua………………Ya Allah engkau maha mengetahui, pasti aku orang yang hebat lantas diuji sebegini rupa……pasti aku boleh menempuhnya…..pasti……..cuba mencari kekuatan dalam kelemahan..
Dalam kepayahan fikiran jahat kadang menerjah….Air hanya naik dalam dua hari kemundian lenyap…alangkah indahnya jika tiada 2 hari itu…..  dan timbul rasa menyesal mendiami rumah ini……..kenapa rumah ini kami beli……dalam banyak-banyak rumah kenapa ini yang kami pilih….dulu kawasan ini tidak banjir, setelah 14 tahun mendiami baru banjir.….mana tahu nak jadi begini……………….ya Allah engkau telah mengaturkan segala…..engkau maha hebat, pasti ada sesuatu hikmah disebalik kepayahan ini…….aku cuba memujuk diri sendiri….mencari kekuatan untuk memulakan kerja dengan penuh tenang dan redha…….teringat ungkapan yang selalu ku cakapkan pada pelajar dikala  mereka buntu dan hilang arah….”Jangan fikirkan kerja Allah, dia Maha hebat,  dia pengatur yang amat hebat, mengapa kita hendak tentukan itu dan ini….serahkan padanya…kita jalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada kita, kita ubah apa yang kita mampu…kita jangan fikirkan kerja Allah….”
Waktu hampir merangkak malam…..Assalamualaikum….tiba-tiba terdengar orang memberi salam…Timah datang bermotosikal…ketawa dia melihat cara aku mencuci…”kalau macam ni kak Tie bila nak siap”guraunya….”Timah ajak Man mai esok ye”….kataku dengan penuh mengharap…
Esoknya….Pagi-pagi Timah dah tel. menyuruh kami membeli peralatan yang sesuai….walaupun hanya mendengar suara,   aku rasa sedikit lega… semua peralatan mencuci dibeli….bersemangat mencuci…buat sikit-sikit  lama-lama habis lah tu…..aku mencuci teres dan ruang tamu….. tampat ni agak tinggi berbanding kawasan rumah yang lain…..seronok juga bila melihat lumpur semakin hilang dan tile semakin jelas kelihatan……. Terdengar suara suami bersungut “ Tie air ni kenapa tak luak-luak….aku diam aje…fokus kerja masing-masing…………nak bagi cadangan pun, ’no idea’….. dibahagian bilik dan tempat menonton agak rendah sementara dapur tinggi sedikit, air bertakung…..
Pukul 12.00 tengah hari Timah, suami dan anaknya sampai ….sekejab saja air dan lumpur dalam rumah habis….terrazo putih semakin jelas kelihatan…………………dia mengajar kami teknik mencuci…sekejab saja selesai….sementara suaminya membasuh bahagian luar rumah…..pukul 3.30 petang mereka pulang… tinggal kami berdua…..tapi sinar dah mula kelihatan……sampai pukul 7.00 malam….semua bahagian dalam rumah dah bercuci………..lega…. ya Allah engkau berikan musibah ini dan engkau datangkan pertolongan…………….. engkau maha pengasih ya Allah… engkau tidak biarkanku sendirian mengharungi semua ini,  ya Allah engkau sentiasa dekat dengan hambamu diwaktu apapun……………..aku belajar untuk lebih mencintaimu….tak sedar airmata menitis….ada ketikanya aku lalai, aku bukan hambamu yang hebat….tapi engkau sentiasa mendengar rintihan hambamu…sentiasa memahami dan kasih sayangmu tak terbatas….ya Allah……..
Keesokannya…..”Ayah long, Mat dan seorang kawan  on the way kerumah ayah long……Mat (anak saudara suamiku…kini belajar di Sungai Petani)……jarang kerumahku….tapi tergerak hatinya untuk datang membantu hari ni………adik (panggilan untuk sepupuku)sekali tel. saja dah datang, dia mahir membaiki peti ais, mesin basuh yang tenggelam…dan sambil-sambil memasang TV……………..Pertolongan engkau datang lagi Ya Allah…………….
Tadi jiranku menegur…………Nampak dah clear tu……………….syukur……..walaupun masih tak sempurna……tapi  hati rasa semakin lega….rumah dah nampak rupa, pokok-pokok di lamanku sudah mula senyummmm kembali……………….
Selalu aku menjadi penonton pada musibah-musibah yang berlaku….dalam ribuan atau jutaan atau infiniti  itu aku dipilih untuk menerima secebis musibah ini………

"Ujian yang berbentuk musibah atau perkara yang buruk adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ujian yang berbentuk kesenangan dan kemewahan..kerana lumrah setiap insan akan mencari Tuhannya pabila mereka ditimpa kesusahan dan musibah.... petikan www.nuraishah.blogspot.com"

Terimakasih pada yang mendoakan kebaikan…….dan yang bersimpati…….di dalam kesusahan sebuah senyuman dan sedikit pengertian pun amat bermakna……………. kerana ada yang menyayangi, aku jadi semakin tabah …………. insyaAllah ………….. hidup mesti diteruskan…….hidup adalah perjuangan…………………….sampai bila-bila…………………
                             

No comments:

Post a Comment