Peperiksaan as level along dah dekat. trial dah habis...majlis restu dah nak dekat. Semua ibu bapa dijemput hadir untuk sembahyang hajat dan mendoakan anak anak yang nak exam ni...semua jadual tu telah diposkan ke rumah...peperiksaan memakan masa hampir tiga minggu....
mama mai la tengok iffah....ayat itu diulang dalam dua tiga masej....ini bermakna mama dan papa perlu pergi berjumpa along....iffah rindukan mama ke, nak suruh mama pi tengok iffah ni...saja nak tengok apa jawapannya...tak, dawni dan biskut iffah habis, iffah nak beli ngan mama...jawapan yang tak masuk akal....tapi itulah iffah anakku..jawapannya bukan apa yang diucapkannya....
papa sibuk sangat, mama tak janji takut tak boleh pi tarikh majlis restu tu...tak pa mama mai la tarikh lain...mcm dia nak juga mama pergi...mama bawa duit banyak tau sebab iffah nak beli dawny dan biskut mahal-mahal....sekali lagi ayat lucu itu keluar...
Atas permintaan itu bertolaklah kami ke Seremban. pergi hari jumaat balik hari sabtu, sampai post ni ditulis aku masih selsema dan demam. papa lagi letih turun saja flight, kereta sudah menanti untuk sebuah majlis di kulim pagi esoknya....tapi demi along segala-galanya dilakukan.......
