Saturday, November 26, 2011

mesti buat sesuatu

minggu lepas selepas balik dari klinik gigi, aku ke kedai pasu bunga. saja hilangkan tension. setelah dipilih akhirnya aku belilah sikit...hajat di hati nak semai anak-anak pokok yang  tumbuh dan  dah membesar. Rasa macam sikit sangat pasu yang dibeli ...tapi ada seorang pelanggan tegur aku..." baru pindah rumah ke" aku senyum saja pesepsi orang tak sama...he..he..he...

semasa pekerja nursery tu angkat pasu...aku pun bertanya, adik islam ke...jawabnya islam...makan macam mana, dia jawab masak sendiri...lega aku dengar...adik sembahyang ke?????....jawapannya tak, majikan tak bagi sembahyang, dia kata rugi masa.............terkedeu aku...bagai nak menitis air mata, orang islam tak di benarkan sembahyang di negara islam.............

rasanya aku takkan beli lagi apa-apa di nursery tu...aku tak kan bantu orang yang menghina islam.......nursery tu terletak depan masjid Al A'la.