Biarkan segala sesuatu
mengalir seirama takdir
jangan sesekali-kali kau tertidur
kecuali tetap berwaspada
saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang
ternyata Allah telah mengubah keadaan
Itulah antara kata-kata yang kupetik dari sebuah buku dan ku rakamkan semula di "Detik hidupku"
Semalam hari khamis...seperti biasa sejak kedua puteri dan suamiku tinggal berjauhan....pulang dari kerja penuh kesepian...tinggal aku berdua dengan anak bujangku Adam....
Semasa pulang dari kerja, kereta ku perlahankan melihat warung nasi kegemaran Adam dah dibuka ke belum.....ingat nak beli 3 bungkus untuk aku, mak dan adam..........ingat nak balek kampung, rindu pada mak...boleh kami bertiga tidur satu kelambu macam selalu......warung tu tak buka pula............
Sampai dirumah berehat sekejab...tiba-tiba loceng berbunyi............"mama, ibu mai, dia kata angah tunggu mama kat hostel,dia boleh balek" jerit Adam kegembiraan............
lepastu talipon berdering...."Tie abang on the way nak balek ni."...........
lepastu, iffah talipon....perkabaran gembira disampaikan......
"saat kau kerdipkan matamu kau akan tercengang ,ternyata Allah telah mengubah keadaan "