Semalam keputusan Pspm diumumkan…..
Selepas habis kelas aku terus pergi ambik result pelajar-pelajarku kat penolong pengarah peperiksaan…aku salin satu persatu…ada yang dijangkakan ada juga yang membuatkan aku terkejut…………walaubagaimanapun aku bersyukur kebanyakkan pelajarku mendapat keputusan sebagaimana yang dijangkakan…berbaloi usaha selama ini….memang kalau boleh semua pelajar nak bagi dapat A.. Tapi kemampuan pelajar tak sama….kebanyakkan pelajar yang sepatutnya mendapat A memang mendapat A, ada juga yang tergelincir, mungkin Allah nak mengujinya dan aku sebagai pensyarahnya..…….dan yang lemah setelah diberi penekanan dan mahu berusaha nampak hasilnya, ada yang dapat B,B+, A-…..malah C+ juga aku bersyukur…dan ada 2/3 orang boleh menggapai A, …………….aku tahu usaha mereka…bagaimana susahnya mereka nak faham konsep ekonomi tu…..syukur alhamdulillah….semoga Allah terus membuka hati mereka supaya senang faham apa yang diajar……..
Setelah pelajar mendapat result mereka… ada yang datang berjumpa memberitahu result mereka….. mengucapkan terimkasih, meminta maaf bagi yang tak dapat A. Dan bagi yang tak sempat berjumpa….menghantar sms sehingga penuh peti massege ku ……sebenarnya sebagai pensyarah aku hanya mencetuskan idea mereka yang melakukannya…….
Diantara massage yang di terima………
Assalamualaikum……
Cikgu terimakasih banyak2 atas tunjuk ajar cikgu selama ney………terimakasih banyak………..
Salam terima ksih puan coz tunjuk ajr puan slme ni…saya dapat A…terimakasih bnyak2.
Salam…maaf pn sayaX dapat tunaikan janji sy nak dapat 4 flat N A, utk ekonomi. Tp sy akan usaha buat yang trbaik nak tebus kegagalan sy. timakasih kerana susah pyh layan kerenah masa sem 1……
Setelah seminggu keputusan pspm diumumkan, seorang pelajar yang seringku panggil tidak datang,tidak sms,malah bertembung dijalan pun tidak pernah….hairan…hati kecil mula berkata… tak kan dia dah lupakan aku, sedih juga hatini…….sedangkan last sem boleh dikatakan tiap-tiap hari kami buat ulang kaji bersama…..kami melukis keluk, mengira dan berbincang bersama….
Suatu petang ada seorang pelajar datang……. Dia menceritakan pelajar tersebut malu untuk berjumpa aku…..dia berazam belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat 4.0 masa UPS nanti dan diwaktu itu baru, ia akan datang berjumpa aku………Tak sedar air mata menitis……dalam hatiku doakan semoga impiannya tercapai.... semoga Allah mempermudahkan usahanya.....amin.
Malamnya aku sms pelajar tersebut...."datanglah jumpa saya, kita dah usaha, mungkin Allah nak uji kita...saya tak marah atau kecik hatipun...nak buat macam mana dah tak ada rezeki.........datang lah"
Pelajar tersebut membalas...." saya malu nak jumpa puan....usaha puan melebihi usaha saya....saya tak usaha sungguh-sungguh...maafkan saya kecewakan puan...."
Dari feedback, yang aku terima dari teman-teman pensyarah, nampak macam pelajar tersebut macam dah betul-betul berubah..........Alhamdulillah...............
Tadi, setelah hampir sebulan keputusan PSPM diumumkan....ada seorang pelajar perempuan datang...kupanggilnya G sahaja..........berlenang airmatanya....."maafkan saya" aku faham beliau pelajar harapan untuk memdapat A tapi resultnya C+....aku simpati padanya....aku memberi semangat dan harapan .....semoga usahanya disemester ini dipermudahkan...............
Mereka ibarat anak-anaku....aku gembira melihat mereka gembira, kedukaan mereka juga membuatkan hatiku terusik.............Azam dan semangat mereka untuk berjaya membuatkan aku merasai nasihatku dan kehadiranku dihargai....biarlah jatuh dahulu kemundian bangun dan terus berlari....syabas pelajar-pelajarku...PN Yatie sayang anda semua..........











