Minggu ulangkaji…. 2 hari aku menunggu di banquet…semua pelajar yang lemah diwajibkan datang…yang masih tidur dibilik pasti ada panggilan hangit dariku….”bangun mandi datang jumpa saya…saya tunggu…” mereka bagai anak-anakku sendiri………..yang dah faham boleh baca sendiri…………..aku menunggu pelajar yang tidak faham, menerang, melukis keluk dan mengira bersama-sama………..
Minggu peperiksaan…2 hari sebelum paper ekoAE015, sehari aku di DKB1 dan sehari di kubik….beberapa orang pelajar datang…..yang lain mungkin perlu masa utk study sendiri……..aku menerang, melukis keluk dan mengira bersama-sama lagi………aku mengajar mereka bagai mereka anakku sendiri……..petangnya kepalaku pening dan badanku panas….terlalu letih dan mugkin risau tentang kemampuan beberapa orang pelajar……..
Pagi sebelum PSPM, aku sms good luck dan kata-kata semangat buat pelajar-pelajar yang no. phone mereka ada dengan ku…..Di waktu ini terbayang wajah-wajah mereka, teringin nak membantu lagi .. Kimi, Mimi,Tasha, Fendi, Adam, Afina, Afiqah, Mimi, Atirah, Intan, farhan, Ada, Yana, Azi.……antara pelajar-pelajar yang sering ku panggil ke kubik……..student lain selalu kata mereka anak emas….”tak adalah, aku sayang semua pelajar-pelajarku”…..Cuma kaedah mengajar setiap pelajar caranya berbeza….ikut kemampuan masing-masing……………
Semasa pelajar-pelajarku menghadapi PSPM, tak putus-putus aku mendoakan utk mereka…semua pelajar-pelajarku punya peluang masing-masing……aku tahu semua pelajar mempunyai ibu-bapa yang sentiasa mengharapkan kejayaan mereka….sebagai seorang ibu, aku akan gembira jika dapat bahagiakan hati ibu yang lain …….
Selepas PSPM tak ada seorangpun pelajarku yang datang…..……risau, hampa, sedih…..kenapa mereka tak datang…tak boleh buatke??????….teringin nak mendengar dari mulut mereka sendiri…..boleh buat atau tidak?????…….atau mereka sebok nak balek….ayah-ibu masing-masing dah menunggu…………..atau semasa mereka datang aku tak ada kat kubik….atau dan atau….harapanku semua pelajarku dapat menjawab dengan baik………………….
Malamnya hatiku lega bila terima sms dari seorang pelajar………………
Salam… cikgu ni fasha. Saya nak ucap byk2 trima kasih sbb cikgu byk sgt tolong sy….drp saya tak tau apa2. Alhamdulillah brkat doa cikgu sy dpt jwb soalan td tapi tak tau la betul ke X…. saya rase bersyukur sangat dapat cikgu… kadang-kadang sy,wana,su,nik dgn mimi rase kita orang minat eko sbb cikgu…….. insyaAllah nasihat cikgu sy pegang…………….terima kasih byk2. Jasa cikgu memang saya tak dapat balas sampai bila…………..



















