"adam tak mau bangun sahur la ma.....adam dah kenyang" ..."mama dah masak ni....sapa nak makan nanti"kataku sambil tangan mengoyang-goyangkan badannya.....akhirnya bangun juga anak bungsuku..........
aku hidangkan makanan di meja makan, nasi dan sejenis lauk kegemaranya saja. matanya masih tertutup..."mama suka paksa adam"...rungutnya...."kalau adam tak mau buat benda baik mama kena paksala"....ceramahku berhenti disitu..masa tak sesuai....
setelah dua suapan, suapannya berhenti...."adam malas le nak makan ma"....."tak pa mama suapkan..mama suap adam "..tak jawab lagi..."mama suap ni"....akhirnya dia mengangguk....akupun suapkan sambil mulut aku terkumat kamit membaca kalimah kalimah yang aku boleh hafal.....akhirnya makan juga anak ku...lepas tu aku bagi dia makan 7 biji kismis dan jus.........sambil mulutku mambaca selawat kuat-kuat supaya dia ikut..........
"adam nak tidur mama, adam ngantuk"..."ye la nanti azan subuh mama kejut".........
semasa menghantarnya kesekolah..."adam kena minta maaf dengan mama, tadi kan adam marah mama sebab kejut adam"........adam bukan marah mama tadi, adam cakap sorang-sorang ....itulah alasannya setiapkali dia berkasar dengan mama.........sambil tersenyum dia mencium pipiku dan terus masuk ke kawasan sekolah............
nanti bila adam dah besar, kalau-kalau ada kerenah mama di hari tua membuat adam mengerut muka, ingatlah bagaimana mama melayan kerenah anak kesayangan mama..........
HIDUP INI ADALAH WARNA WARNI YANG TERLAKAR PADA KANVAS, WALAUPUN TIDAK CANTIK IA TETAP MEMPUNYAI SEJUTA MAKSUD
Sunday, September 4, 2011
Saturday, September 3, 2011
Pemilik cintaku
Along sudah 17 tahun, Angah 14 tahun dan Adam sudah memasuki 12 tahun.......dah remaja anak-anak mama....dah besar. Walaupun 2 orang anakku berada diasrama, hanya Adam di depan mata, namun sebagai ibu, aku dapat menghidu naluri remaja semakin mekar dalam jiwa anak-anakku.........ya perasaan remaja semakin berkembang ada yang positif dan takut juga yang negatifnya.........ya namapun perasaan, takut sukar nak dikendalikan tambah-tambah pula anak-anak yang masih mentah tentang resam hidup........pengetahuan agama dah dibekalkan..takut tak cukup sebab dugaan sekeliling semakin ganas rasanya.............
Hati ibu mana yang boleh duduk diam.......pelbagai cara digunakan untuk mendapat maklumat tentang keadaan anakku sekarang.........kawannya, pergaulannya dan sebagainya ......macam spypun ada juga..... dan pelbagai maklumat juga dicari untuk mencegahnya.....pergi kekedai buku, search kat internet dan yang banyaknya tanya pendapat kawan-kawan yang sudah melalui pengalaman yang sama dan juga tak kurang juga tanya pendapat student2 remajaku............dan yang tak pernah ditnggalkan doa pada pencipta supaya sentiasa anak-anakku dalam peliharaannya.............
Suatu pagi, sedang berbincang dengan pelajar, tiba-tiba seorang pelajar memceritakan tentang sebuah buku yang amat bermakna bagi pencarianku.........Pemilik cintaku...karya Fatimah Syarha Mohd Nordin, sehari buku nipis itu habisku baca.........bagus isinya, dapatlah aku panduan tentang mengawal perasaan cinta di zaman remaja.............ada idea dan nas-nas yang sahih disitu..........panduan yang sangat penting untuk aku pegang sebagai panduan mengendalikan gelora remaja anak-anaku jika ia timbul...........
baris ayat yang sangat menyetuh hati.............
Sebuah hadis yang bermaksud " sesiapa yang jatuh cinta, kemundian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid," Riwayat hakim, ibn Asakir,al dailami, dan lain-lain.
Memang nama bagi jodoh kita telah tercatat di lohmahfuz tetapi akhlak dan peribadinya adalah bergantung kepada peribadi kita............perbaikilah peribadi sendiri untuk mendapat jodoh yang mempunyai peribadi yang baik dan berakhlak mulia.
Sesiapa yang mengelak cinta palsu atau maksiat sebelum kahwin kerana Allah, insyaAllah percintaannya selepas kahwin akan diberkati.
Semasa anak-anakku pulang bercuti raya aidilfitri, aku menghadiahkan buku tersebut kepada dua orang anak perempuanku.....dan hati ini amat gembira bila buku tersebut telah dibaca oleh along di maktabnya....selalunya anak sulungku ni macam tulah sebelum disuruh dia dah buat alhamdulillah...mungkin berkat usaha cikgu dan teman-temannya..........angah belum pernah baca lagi buku tu..........selepas dia membacanya, kulihat senyum menguntum di wajah...."angah faham apa yang mama nak bagitau".........Terimakasih Ya Allah............lega dan lapang sedikit dadaku............semoga anakku sentiasa dalam peliharaannya............Amin........
Subscribe to:
Posts (Atom)