Along sudah 17 tahun, Angah 14 tahun dan Adam sudah memasuki 12 tahun.......dah remaja anak-anak mama....dah besar. Walaupun 2 orang anakku berada diasrama, hanya Adam di depan mata, namun sebagai ibu, aku dapat menghidu naluri remaja semakin mekar dalam jiwa anak-anakku.........ya perasaan remaja semakin berkembang ada yang positif dan takut juga yang negatifnya.........ya namapun perasaan, takut sukar nak dikendalikan tambah-tambah pula anak-anak yang masih mentah tentang resam hidup........pengetahuan agama dah dibekalkan..takut tak cukup sebab dugaan sekeliling semakin ganas rasanya.............
Hati ibu mana yang boleh duduk diam.......pelbagai cara digunakan untuk mendapat maklumat tentang keadaan anakku sekarang.........kawannya, pergaulannya dan sebagainya ......macam spypun ada juga..... dan pelbagai maklumat juga dicari untuk mencegahnya.....pergi kekedai buku, search kat internet dan yang banyaknya tanya pendapat kawan-kawan yang sudah melalui pengalaman yang sama dan juga tak kurang juga tanya pendapat student2 remajaku............dan yang tak pernah ditnggalkan doa pada pencipta supaya sentiasa anak-anakku dalam peliharaannya.............
Suatu pagi, sedang berbincang dengan pelajar, tiba-tiba seorang pelajar memceritakan tentang sebuah buku yang amat bermakna bagi pencarianku.........Pemilik cintaku...karya Fatimah Syarha Mohd Nordin, sehari buku nipis itu habisku baca.........bagus isinya, dapatlah aku panduan tentang mengawal perasaan cinta di zaman remaja.............ada idea dan nas-nas yang sahih disitu..........panduan yang sangat penting untuk aku pegang sebagai panduan mengendalikan gelora remaja anak-anaku jika ia timbul...........
baris ayat yang sangat menyetuh hati.............
Sebuah hadis yang bermaksud " sesiapa yang jatuh cinta, kemundian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid," Riwayat hakim, ibn Asakir,al dailami, dan lain-lain.
Memang nama bagi jodoh kita telah tercatat di lohmahfuz tetapi akhlak dan peribadinya adalah bergantung kepada peribadi kita............perbaikilah peribadi sendiri untuk mendapat jodoh yang mempunyai peribadi yang baik dan berakhlak mulia.
Sesiapa yang mengelak cinta palsu atau maksiat sebelum kahwin kerana Allah, insyaAllah percintaannya selepas kahwin akan diberkati.
Semasa anak-anakku pulang bercuti raya aidilfitri, aku menghadiahkan buku tersebut kepada dua orang anak perempuanku.....dan hati ini amat gembira bila buku tersebut telah dibaca oleh along di maktabnya....selalunya anak sulungku ni macam tulah sebelum disuruh dia dah buat alhamdulillah...mungkin berkat usaha cikgu dan teman-temannya..........angah belum pernah baca lagi buku tu..........selepas dia membacanya, kulihat senyum menguntum di wajah...."angah faham apa yang mama nak bagitau".........Terimakasih Ya Allah............lega dan lapang sedikit dadaku............semoga anakku sentiasa dalam peliharaannya............Amin........