HIDUP INI ADALAH WARNA WARNI YANG TERLAKAR PADA KANVAS, WALAUPUN TIDAK CANTIK IA TETAP MEMPUNYAI SEJUTA MAKSUD
Tuesday, July 12, 2016
ibuku sayang
Sejak
ayah dah tiada…Sejak itu ……………. aku dan adik adik akan
belikan keperluan raya untuk mak. Semua barang tu aku hantar ke rumah mak. Tapi kali ni aku cuba buat kelainan untuk
insan tersayang ni.
Pada
hari raya kali ini entah kenapa terfikir nak layan mak seperti ayah dan mak layan aku masa aku kecil. Pergi kedai , aku memilih dan mak dan ayah akan bayar. Semalam, seperti
yang dijanjikan aku luangkan masa untuk menemani mak beli keperluan raya
.
Dalam
beberapa detik daripada keseluruhan hidup ku, kupimpin tangan mak yang isinya terasa semakin lembek ke kedai dan ku biarkan mak memilih kemundian
aku bayar. Aku cuba untuk mengembalikan nostalgia seperti mana mak dan ayah melayan
aku semasa aku kecil………….Alhamdulillah
Allah bagi aku sedikit peluang dan ruang untuk aku melakukannya.
“mak nak kasut yang mana, mak
pilihlah”
“mak nak
beli kasut yang rendah dan sedap pakai. Mak tak mau kasut yang ada tumit. Kaki
mak sakit….! Jawab mak setelah membelek belek kasut di kedai BATA
“kamipun
memilih bersama sama.”
“la mak ingat
kasut tu RM 30 saja. Rupanya RM -----, mahainya. ”
Teringat
dialog tu airmataku menitis, mak sangat berhati hati membeli takut aku tak
cukup duit. Masa aku kecil dulu aku minta jer apa yang aku nak, kadang kadang
sampai merajuk bila tak dapat. Sedangkan gaji ayah pada masa tu tak seberapa….
Walaupun
cuba kubalas dengan jutaan budi dan jasa, tapi mana mungkin dapat aku beli doa
emak yang sangat mahal dan cinta mak padaku yang tak ternilai. Kasih sayangku
yang seribu, hanya layak menumpang di hujung kuku kasihmu mak!
Tuesday, July 29, 2014
cuti hujung tahun 2013
Setelah puas berfikir dan memilih serta ikut bajet yang ada....maka bergeraklah KBW 1000.........untuk cuti hujung tahun 2013
universal studio
papa teman mama kat bawah, along bawa adik adik naik rollercoaster.
adam mengajar papa pakai beanie
makan nasi beriani dengan kupon yang ada. sedap juga
Seronok tengok anak-anak gembira...kesian juga kerana mereka ditinggalkan 45 hari semasa kami berdua menunaikan haji. ketiga-tiga anak mama terpaksa berdikari ditempat yang berbeza...along di seremban, angah di MRSM dan adam dirumah... terimakasih juga pada wak kerana temankan kami sepanjang kat singapura dan johor. percutian yang menyeronokkan dan santai...

Monday, June 2, 2014
SEKELIP MATA
Selepas sembahyang sunat musafir, kami bertolak ke kelantan. Tak sabar untuk menziarahi Usup yang sudah lama di ICU...rasa bersalah yang teramat kerana lambat datang untuk memberi sokongan pada imun dan keluarga...kedatangan abang sulung pasti dapat memberi suntikan semangat dan mungkin dapat melegakan sedikit kesedihan mereka...selepas tu bercadang nak ziarahi mak mertua di kampung, sejak balik Mekah belum ada kelapangan untuk pulang...belum dicium lagi tangan ibu yang melahirkan ...
Suasana perjalanan seperti biasa tenang dan tiada masalah..
Tiba- tiba di kilometer 18, Kupang , kereta tidak dapat dikawal, rasa jalan terlalu licin...tak sempat melihat kearah suami, kereta terhoyong hayang, semua benda menimpa aku...ternampak benda putih menutup seluruh muka dan badan aku...suasana sepi tiada siapa sempat bersuara...tak sempat nak sebut allah ...cuma dalam hati terfikir dimana kereta ini akan berhenti...semoga selamat. tiba- tiba terasa hentakan yang sangat kuat dan kereta berhenti... kereta berhenti... semua keluar dari kereta...kebingungan dan berpelukkan.....ya allah syukur...semua dapat bergerak seperti biasa...hidung adam luka, lidahku berdarah, jariku kebas, ramai yang datang membantu.tel..polis, ambulan...memberi semangat dan memeluk kami...
dibelakang bukit itu adalah gaung, di depan juga gaung...syukur yaallah kerana engkau menghentikan estima di tempat yang selamat...
sekelip mata wajah estima berubah...kesian estima...dia mengorbankan dirinya untuk kami....
sejurus selepas itu kereta merah ini pula menjadi mangsa....ditempat yang sama kereta itu berpusing.
Di hospital Gerik...pemeriksaan dilakukan dan suntikan diberikan. semasa dihospital Gerik , polis memberi tahu ada kereta ketiga mengalami kemalangan di tempat yang sama.
walaupun tayarmu tercabut, cerminmu terkeluar, badanmu remuk. terimakasih estima....jasamu dikenang...dengan izin allah ciri keselamatannmu menyelamatkan kami...
keesokkannya badan mula sakit, lebam mula kelihatan di badan...bergerak sakit, duduk sakit, tidur sakit...sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut...
kalau terjadi sesuatu kepada kami berempat, tinggal along seorang dimuka bumi ini.oooh seperti mati hidup semula...jarang orang mendapat peluang kedua....alhamdulillah...bersyukur kepadamu yaallah. setelah kereta berhenti keempat empat boleh bergerak dan bersuara...kalau tiada suatu suara pun ia sudah amat mendukacitakan. Syukur padamu Yaallah...
Tuesday, April 15, 2014
tetamu allah -arafah-muzdalifah- mina
tak sedar tertidur di muzdalifah...tidur atas tikar berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit..
permandangan khemah di mina..tapi ada juga jemaah dari negara lain tidur dibawah jambatan.
pemandangan dalam khemah di mina, tempat tidur seluas sejadah, disitu makan , sembahyang dan lain lain...
perjalanan menuju jamrah..10 zulhijah..
selesai akhirnya...sudah boleh tahalul awal..permandangan dibelakang ketiga- tiga jamrah.
perjalanan pulag setelah melontar hari pertama...
sudah bertahlul awal -botak
permandangan khemah di mina..tapi ada juga jemaah dari negara lain tidur dibawah jambatan.
perjalanan menuju jamrah..10 zulhijah..
selesai akhirnya...sudah boleh tahalul awal..permandangan dibelakang ketiga- tiga jamrah.
perjalanan pulag setelah melontar hari pertama...
sudah bertahlul awal -botak
melontar untuk hari kedua..
berakhir sudah melontar...entah bila aku akan kesini untuk melontar lagi...semoga rezeki itu ada...
walaupun berada di arafah, muzdalifah dan mina sangat mencabar...namum keindahan sukar digambarkan..kalau boleh nak pergi buat haji lagi...
Sunday, November 24, 2013
tetamu allah-mekah
masjidil haaram ....
selepas saie
membaca doa selepas selesai bergunting,umrah pertama.
makan ais krim hilangkan letih selepas tawaf dan saie,perjalanan ke hotel masih jauh...kumpul tenaga
selepas zohor bersama kak ah..teman sebilik. menuju ke haram...puas senyum terlupa pakai purdah..
saprah berbuka, kurma dan peanut butter
dalam masjidil haram..
masjidil haram selepas isyak
program ziarah di mekah
bersama teman sebilik di mekah,aku,mak,kak ah cik syam, azean dan makcik dah di jabal rahmah. macam satu keluarga
atas bangunan di mekah...kalau ada rumput atas bumbung mungkin lebih cantik...cadangan pada arab saudi...
Jedah- menunggu flight untuk ke Malaysia..alor setar.
bersama keluaraga... dah balik alor setar...rindunya.
selepas saie
membaca doa selepas selesai bergunting,umrah pertama.
makan ais krim hilangkan letih selepas tawaf dan saie,perjalanan ke hotel masih jauh...kumpul tenaga
selepas zohor bersama kak ah..teman sebilik. menuju ke haram...puas senyum terlupa pakai purdah..
dalam masjidil haram..
program ziarah di mekah
bersama teman sebilik di mekah,aku,mak,kak ah cik syam, azean dan makcik dah di jabal rahmah. macam satu keluarga
atas bangunan di mekah...kalau ada rumput atas bumbung mungkin lebih cantik...cadangan pada arab saudi...
Jedah- menunggu flight untuk ke Malaysia..alor setar.
bersama keluaraga... dah balik alor setar...rindunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)