Detik hidupku
HIDUP INI ADALAH WARNA WARNI YANG TERLAKAR PADA KANVAS, WALAUPUN TIDAK CANTIK IA TETAP MEMPUNYAI SEJUTA MAKSUD
Tuesday, July 12, 2016
ibuku sayang
Sejak
ayah dah tiada…Sejak itu ……………. aku dan adik adik akan
belikan keperluan raya untuk mak. Semua barang tu aku hantar ke rumah mak. Tapi kali ni aku cuba buat kelainan untuk
insan tersayang ni.
Pada
hari raya kali ini entah kenapa terfikir nak layan mak seperti ayah dan mak layan aku masa aku kecil. Pergi kedai , aku memilih dan mak dan ayah akan bayar. Semalam, seperti
yang dijanjikan aku luangkan masa untuk menemani mak beli keperluan raya
.
Dalam
beberapa detik daripada keseluruhan hidup ku, kupimpin tangan mak yang isinya terasa semakin lembek ke kedai dan ku biarkan mak memilih kemundian
aku bayar. Aku cuba untuk mengembalikan nostalgia seperti mana mak dan ayah melayan
aku semasa aku kecil………….Alhamdulillah
Allah bagi aku sedikit peluang dan ruang untuk aku melakukannya.
“mak nak kasut yang mana, mak
pilihlah”
“mak nak
beli kasut yang rendah dan sedap pakai. Mak tak mau kasut yang ada tumit. Kaki
mak sakit….! Jawab mak setelah membelek belek kasut di kedai BATA
“kamipun
memilih bersama sama.”
“la mak ingat
kasut tu RM 30 saja. Rupanya RM -----, mahainya. ”
Teringat
dialog tu airmataku menitis, mak sangat berhati hati membeli takut aku tak
cukup duit. Masa aku kecil dulu aku minta jer apa yang aku nak, kadang kadang
sampai merajuk bila tak dapat. Sedangkan gaji ayah pada masa tu tak seberapa….
Walaupun
cuba kubalas dengan jutaan budi dan jasa, tapi mana mungkin dapat aku beli doa
emak yang sangat mahal dan cinta mak padaku yang tak ternilai. Kasih sayangku
yang seribu, hanya layak menumpang di hujung kuku kasihmu mak!
Subscribe to:
Posts (Atom)